Sunday, October 31, 2010

Picturesssssss!

I was having no idea how to type my literature review so I open Photoscape and started to draw stick cartoons. I was actually having no idea also to draw, thus I let my hand play around with the cursor, lines, shapes, so on and so forth. And tadaaaaaaaa, here is the picture!

They said I'm in jiwang mood. Hek hek hek.


This picture I upload to my FaceBook for fun and few minutes later, a friend of mine sent a message to me his picture or should I called it plagiat-edited picture? Hahaha. And here is his art or my edited art?


Faham faham sendirilah dia tegur apa. :P






p/s: Cepuk kang! :P

Friday, October 29, 2010

Kalau Dah Tak Suka






p/s: Nak jadi matang. Nak jadi matang. Nak jadi matang. Fuh. Fuh. Fuh!

Thursday, October 28, 2010

Cry




Therefore, I really need your shoulder to share my bad. I need you ear to hear me sigh. I need your smile to clean my heart. I need your hug to hold me tight.
Would you lend it to me at my worse day and during my hopeless night?




p/s: This week is my tests week. HE is teaching me something.

Wednesday, October 27, 2010

Letter

"Dear Adam,

Have a lot of fun in school today! Here is your yummy lunch box. I make toasted bread, milk shake and your favorite mama-made fish ball. Mama will see you then!

I love you everyday!"

Mama





p/s: I'll do this soon! :)

Monday, October 25, 2010

Bombastik

Everyday seems so much repetitions! Doing clinic, attending on off class, exercising heavy physiotherapy, struggling to sleep every night and fighting to wake up during dawn. What do you expect to wake up at 5 if you only can start sleeping at 2?

I'm really run out of money. But, I have dad. And mom. And stable working sister. And the only eldest sister to feed off but her daily needs costs really expensive. Hahahaha. She eats much but stay skinny! Jealous!

Well, what do I want to stress here is; no matter how pathetic you think you're; others suffer much more than you do. I'm getting poorer everyday with three backup but them?

***

I'm easier to feel bored thus this is my current academical note.

Hoi seksi tangan bengkok keras macam kayu!

Sunday, October 24, 2010

Meski Tanpanya

Selamat jalan. Selamat ke sana. Selamat pergi. Selamat pulang atau semoga ketemu jalan pulang. Kalau pun tak menoleh mencari aku, biarlah ada terselit sedetik kisah kita; impian itu.

Tarik nafas panjang.

Adakah aku ada di hatinya?

***

Itu kisah dua tahun lepas dan mari beramai-ramai ucap selamat pulang kepada barang berharga dua tahun aku cari akhirnya berjumpa semalam dalam muzium barang barang hilang di Perpustakaan Hamdan Tahir.

Eh, kau ada hilang barang? Baik kau jeling jeling perputakaan mana tahu ada kat situ? Tapi jangan beranganlah ada kat situ, kalau dalam empat tahun ni sedetik pun kau tak pernah jejak sana. Heee.

Gelak besar-besar. :PP
*Senyum melebar sampai encik jaga perpustakaan pun senyum untuk aku juga!*





p/s: Kalau sudah berjodoh tidak ke mana. Kalau sudah rezekiku, lambat pun tetap datang juga. Dan, kalau hilang, berjumpa semula. :D

Saturday, October 23, 2010

VITUS eh VIRUS!

Huargh! Serius gila malas nak buat apa apa. Seronok kan kalau dapat baring baca komik sepanjang hari tanpa ingat research yang hujung pangkal kat mana tak tahu mana nak mula. Haih.

***

Last week gelak dulu. HAHAHAHA. Okay, last week aku pergi rumah kedua aku di USM; rumah Azah. Weheeeuuu. Seronok gila sebab rumah dia ada meja ping pong baru so boleh main yeay yeay! Masa tengah main, si kecil Yaya, tengah pegang handphone aku. Eh, aku yang bagi handphone aku sebab dia nak dengar suara dia menyanyi yang aku excited gila nak rekod.

Tiba-tiba dia pergi sinki sambil muka sengih sengih penuh kiut tak ada perasaan nak marah.

"Kak Huda, Yaya keno air tepon Kak Huda,"

HAHAHHA. Kau bayangkan handphone kau dijirus air mengalir. WOW! 

Of course lah akhirnya masuk bengkel. Sebenarnya okay lagi masa tu tapi aku gila pandai nampak ada wap air dekat skrin, maka aku telah mengeringkannya dengan hair dryer. HAIR DRYER okay! Hehehehe.

Tapi, bila dah diambil kurang beberapa jam dari bengkel telefon, masih berlaku perkara yang sama! Habis hangin aku ni. Kau baiki ke tak handphone aku? Haih, gua tak ada banyak masa untuk dihabiskan ke sana!

Sekali ambil nak handphone yang dah dibaiki stuck bukan sebab air dah. Ianya disebabkan oleh VIRUS yang berjaya diternak dengan jayanya oleh laptop sekian lama. Hoho. Memang dah lama aku agak pun. Aku memang gila lasak guna laptop. Jangan harap nak shutdown. Jangan harap nak eject dulu external input. Jangan harap nak scan virus. Pfft!

Okay padan muka aku.

Dan padan muka lagi sekali bila mengadu untung nasib pada Marwan pulak tu kena tazkirah bertong tong perempuan ni memang tak sayang laptop tak jaga maintenance bla bla bla sampai aku kena okay okay! Mulai hari ni aku jaga, shutdown dulu, scan pendrive, eject elok elok! Heh!

Padahal aku nak beli antivirus je pun membebel mak aih!

Hahaha. Anyway, terima kasih.

Gadis gadis cun melecun outside, sila dengar, eh sila baca kenapa kena jaga laptop anda yang comel itu dari sekalian malaun virus pehhh!

1. Kalau rasa tak sayang segala isi perut laptop tu, silakanlah biarkan ianya menjadi penternak virus yang berjaya. Tapi, jangan menangislah kalau esok esok, oh aku nak hantar assigment tapi time ni file nak corrupt! Wooo! (Okay, ini pernah terjadi kepada aku!)

2. Kalau kau tak sayang benda yang dicucuk ke dalam laptop kau, contoh pendrive dan contoh aku handphone! Kau nantikanlah dia buat perangai tiba tiba keypad kau jam! Lepas tu kau akan mula uwaaaa handphoneku adalah nyawaku. Handphone ku dibunuh virus, aku dibunuh perasaan. Euww! Okay, ini pun terjadi pada aku. Eh, bukan kat atas dah mention ke ni kisah kau?

3. Janganlah salahkan perasaan stress kau lepas tu ambil keputusan rasa nak sembelih je laptop sebab lembab dia, kura kura lagi laju. Tolong jangan! Macam mana laptop kau nak berlari lantas kalau sekalian jenis virus (contoh Trojan, worm, Iloveyou? hehehe) halang performance kesayangan kau dari pantas. Asal je baru nak berlari laju supaya kau gembira, virus itu tersengih manja bro, amacam ada berani nak lari laju laju? Lantas kerat kaki performance laptop. Okay, aku over. Hahaha,

4. Kesianlah kat orang lain sebab bila mereka mahu mengambil nota dari pusat penternakan virus, mereka turut sama mengedarkannya. Ish ish ish!

5. Heh. Fikir sendirilah keburukannya.




p/s: Disebabkan handphone aku kena format, jangan marah eh kalau kau hantar mesej aku balas; "Siapa ni?"

Thursday, October 21, 2010

Gila Malu!

 Uwaaaa. One of the USM staffs, narrow it down, my ping pong coach has found my blog. OH MY!

***

Him: Hari ni saje saya boring boring, saya google nama saya kat google, ada 2 link from blog huda :) thanks for the nice words :)

Me: Heee. Malunya En. X sampai ke blog saya. Hehehhee. Standardlah semua benda pun nak cerita. Lama dah tak main pingpong yang mencabar!

Him: Tak pe saya pun seronok membacanya :)

Me: Hahahahhaha. Bahaya ni tulis nama betul dalam blog.

***

Huu. Lepas ni kalau nak tulis nama nama staff USM macam kena hint hint ajelah. Gila bahaya oh! Lagi bahaya kalau tulis dalam tu coach ni COMEL.    -.-"






p/s: The spelling has been edited. I don't like short form except for sms. Hee.

Wednesday, October 20, 2010

Ironi [21]: Tak Ada

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.

Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.

Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.



p/s: This is fowarded message by my dad. 

Monday, October 18, 2010

Tak Nak Pening Jangan Baca

Dear all my discussion group; Laili, Ika, Nadiah, Riduan and Azah. I have to post it here because facebook is unavailable at this very moment. So, forgive the bad words if any. I make some review regarding DPOAE that we've discussed and here are the explanations that I can understand. Again, forgive me if it is wrong.

Please click on the picture for better view.

Q: At what intensity level given as a stimulus?


A: Based on the equation, it is  L1= 0.4 x L2 + 39 dB (L2 <65 dBSPL)
p/s: Careful with the dBSPL term.



Q: Why the ratio 1.2 is more common?


A: It's commonly used because in order to evoke maximum DPOAE amplitude in greatest number of persons. (Page 505, 506; KATZ)



Q: Which frequency do we plot on audiogram based on DPOAE?


A: F2. 
We discussed it wrong just now as we take distortion product as the frequency response. NO. Distortion product is used to plot the intensity, not frequency.




Q: How to plot it?


A: The frequency of F2 is selected by us as this is the frequency we want to test. Eg: I want to check the response of 500 Hz. So my F2 is 500 Hz, and the level of F1 is calculated as above picture. 

The dB response from the distortion product is actually the estimation threshold for F2. Let say, the product is 10 dB. Therefore, for 500 Hz, the estimated threshold is 10 dB.

To check other frequencies, just follow the step above. Play around with the F2 for your desire frequency to test and calculate the F1 by using the formula. (Ewaaaahh! DESIRE tu!).

Heheheh.

Sedikit info.







p/s: Klik atas gambar kalau nak tengok lebih besar dan jelas. :D

p/s/s: Later confirmkan dengan lecturer eh. Sorry for talking too much. I guess I'm not suitable for group discussion. Interrupter. -.-"

Ironi [20]: Women

Aku dengar lagu, kemudian aku terfikir.

You can be my girl, and I can be your man.

Macam tak sesuai je kan combination man and girl tu? Tapi lagi tak sesuai yang ini:

You can be my girl, and I can be you boy.

Or

You can be my woman, and I can be your man.

Erk!

Saturday, October 16, 2010

Okay, Mari I Ajar

Hari ini hari Karnival Terbuka atau nama lain bagi Ekspo Kampus, USM Kubang Kerian. Well, setiap tahun adalah menjadi tradisi ada pameran kesihatan. Pameran kesihatan ini dibezakan dengan tajuk untuk sepanjang tahun. Dua tahun lepas, temanya kencing manis. Tahun lepas, rokok. Tahun ini, obesiti.

Good work!

Hari Khamis lepas aku berjumpa dengan pensyarah aku untuk selesaikan beberapa perkara. Kemudian penghujung bicara beliau telah keluarkan ini dan aku rasa bodoh juga dengan jawapan aku. What to do.


"Awak tak pergi jenguk junior ke?"
"Jenguk junior?"
"Tengoklah diorang buat test macam mana?"
"Kena ke?"


Oloh. Hahhahaa. Hampeh gila pertanyaan aku. Tapi, aku senior yang cute untuk dua alasan menjenguk junior. Senior aku dulu sangat menjaga kami semua sampai apa sahaja kami buat mereka ambil tahu. Maksud aku bahagian pelajaran. Jadi, aku juga mahu menjadi senior sebaik mereka. Kedua, kalau junior aku tak perform, samalah macam deliver info tentang AUDIOLOGI dengan tidak jayanya. We're under one roof later on bebeh.

Sekarang bukan pasal senioriti. Sekarang adalah pasal audiologi keseluruhannya.

Maka petang tadi aku ringankan langkah menjenguk. Eh, aku dah pergi semalam sayangnya stesen mereka tutup awal. Memang dalam hati wow! Tahun ini tiada sambutankah? Masa tahun aku jaga stesen dan tahun junior bawah aku jaga stesen, memang serius wa cakap sama lu rasa nak halau je balik sebab jam dah pukul 1130 malam. Heh, kitorang penat.

But then, itu adalah kelebihan. Walaupun rata rata yang cek pendengaran sebelah malam adalah rakan rakan medik dan sains kesihatan yang teruja dengan sound proof room, we have extra time to train ourself! You know, macam diorang subjek. Hehehhehee.

No offense ya.

Aku duduk jauh sikit perhati junior aku ambil bacaan. Lama aku tengok sampai aku rasa takkan dapatnya bacaan. Eh, jangan baca dalam nada negatif. Sebab sumpah aku masa tahun dua lagi hodoh dan bodoh dengan segala alat alat audiologi. Nak tengok telinga orang pakai otoscope pun terkial-kial. Huh!

So aku datang dekat.


"Dapat result?"
"Tak,"
"Meh Kak Huda buat, wak tengok eh,"


Aku senyum dekat subjek visitor. Tengok muka. Okay student USM, tak apa.

"Kalau cek teling kiri, pegang tangan kanan. Kalau cek telingan kanan, pegang tangan kiri. Jari telunjuk dan jari hantu, pegang pinna tolak kebelakang. Ibu jari tolak tragus ke depan so canal akan straight. Macam ni,"

Angguk. Aku teruskan, bacaan dapat. Aku bukan bagus sebab masa OSCE aku tak dapat result. I hate OSCE!

So aku biarkan junior explain result pada student. Mak aih gila detail semua bacaan normal, readings nombor semua keluar.

Okay. Again aku tak salahkan diorang.

Well, sekarang aku faham kenapa kitorang ada exam hanya untuk menguji cara menjelaskan results, bagitahu apa nak buat dalam ayat yang paling mudah dan ringkas. Maksud aku kalau dengan orang kampung macam mana nak explain bagi dia faham. Dengan cikgu atau middle class and up, macam mana nak terang. Jangan gelak sebab hari ini baru aku tahu pentingnya exam itu walhal masa exam ceh apa ke hal aku nak explain begini punya susah sedangkan watak patient dilakonkan oleh pensyarah!

Huh!

Macam aku excited gila pergi nak tanya pasal asthma. Excited gila buat test dia. Excited gila belek semua inhaler atas meja. Once aku tanya, mak aih dia explain pasal bacaan bacaan okay akak ni bacaan normal bla bla bla, bacaan akak kurang dari ni, sebab akak ada asthma.

Aaaa?

Of courselah bacaan aku tak normal. Aku nak faham kenapa bacaan tu tak normal dari sudut ayat paling senang aku nak angguk. Kecewa gila bila dia terangkan okay saat ni darab dengan peak keluar jawapan so tak normal?

Aaaa? Menganga aku tak faham.

Bayangkan kalau pakcik dari ceruk kampung datang tanya pasal asthma dapat explaination total lung capacity pakcik adalah sekian percent. Kemampuan pakcik bernafas adalah masa dalam saat kali amplitude bla bla bla. Merana oh!

So aku tinggalkan dengan kecewa. Aku sangka baik dengan budak tu ingat aku budak medik kot so dia fikir aku nak uji dia. Oh, tolonglah aku tak ada kerja nak menguji uji orang! Tskk!

Punyalah excited nak tanya tadi. :'(

So back to my junior, explanation dia lebih kuranglah macam tadi. So atas dasar baik hati semua manusia belajar, ilmu jangan kedekut kena sama sama share, aku ambil bahagian yang akhirnya aku jumpa dengan manusia yang pada firasat aku dia (mungkin doktor) expert juga bahagian ini.


"Biar Kak Huda amik session ni, awak observe tengok Kak Huda explain macam mana eh?"
"Okay,"
"Test tadi kita nak tengok lubang telinga dan keadaan gegendang telinga. Kalau ikut memang cantik, gegendang pun okay. Tapi kita tak tahu belakang telinga tu okay ke, atau ada air ke, jadi test ni kita nak uji keadaan belakang gegendang telingalah,"
"Tu jangan cucuk dalam dalam. Sakit nanti,"
"Jangan risau, test ni tak sakit pun,"


Erk! Setahu aku semua test dalam audiologi tidak menyakitkan. Tapi, tak tahulah sebab bukan aku tester.


"Masa test ni, akak akan rasa tekanan sikit. Macam masa kita naik bukit tu atau naik flight. Tapi tak sakit. Nanti masa test akak jangan telan air liur eh?"
Panggil PUAN,"


Pergh! Pergh! 

So, aku bajet orang ni well educated yang oh no don't call me like akak akak. Tak standard you! Nasib aku tak panggil kau makcik okay!

Come on-lah! 

Terus aku tak ada mood sebab dari awal lagi aku bagi explanation bukan dia nak dengar pun. Bila aku cakap, tahu tahu tahu. Sendiri tanya, bila aku jawab, sendiri explain balik! What the heck?

Kalau dah tahu jangan semak datang uji nak tengok eh bodohnya kau itupun tak tahu! Kalau datang niat nak mengajar, fine! Tapi kalau nak memalukan, back home and rest well. Simpan tenaga buat benda lain!

Angin aku eh! Nasib aku dah diajar untuk terus senyum dengan cemerlang so keprofesionalan aku terjaga.




p/s: Semua orang yang bijak, bermula dengan tidak bijak! Tolonglah jangan underestimate! Allah benci tau. Itu tanda bongkak!

Thursday, October 14, 2010

Syarat

Sekarang dalam proses menunggu satu perkara. Huhuhu. Surat permohonan pertukaran dah settle. Verbally discussion dengan doktor memang tak ada masalah. In fact, memang dapat surat sokongan.

Tinggal lagi hantar surat pada orang besar itu. Oh! Mohon dipermudahkan. Memang harap sangat kali ini untuk bertukar.

Tolong doa eh. Nanti kalau dapat, kita bagitahu apa. Cewahhh. Kita tu. :P

***
Tak susah nak buat orang suka. Ada dua syarat je sepanjang aku hidup dan aku memang perasan ia berkesan. Syarat ini paling senang nak buat orang senang hati bahkan boleh menukarkan persepsi seseorang.

Syarat pertama, kau kena sangat peka dengan manusia.
Syarat kedua, sentiasa amalkan syarat pertama.

Wednesday, October 13, 2010

Buang Tebiat

Saya rasa saya sudah jatuh hati lagi!
Babai.

Tuesday, October 12, 2010

Ouch!

Since I got high fever, my stomach doesn't settle yet up to this very moment. Oh come on, I force myself to eat on time already. Do I have to add on one more illness?

1. Post-op ACL Recons
2. Asthma
3. Migrain
4. Acute Allergic Rhinitis
5. Right Saccular Dysfunction
6. Should I add what... gastric now?





p/s: Kesakitan adalah ujian atau penghapus dosa. Bersangka baik besar-besar. Heee.

Monday, October 11, 2010

Apa Nak Buat Bila Tiba-Tiba Kena Asthma

Sesuatu yang tidak menarik berlaku tadi. Benci. Tapi, bila dah jadi nak cakap apapun tak boleh. Terima ajalah. I got an asthma attack during physiotherapy session! I hate this! I hate this happens in front of others except my friends!

But, it did happen.

***
Sebelum itu, apakah asthma/lelah?

Asthma ni adalah penyakit kronik yang kacau salur pernafasan anda anda semua ye. Dinding belah dalam salur pernafasan become sore and swollen. Sebab itu beliau sangat sensitif terhadap apa apa jenis yang allergi dengannya. Bila terdedah dengan perkara perkara yang alergi, maka salur pernafasan ini mula react dengannya dan menyebabkan salur pernafasan menjadi sempit dan anda mula kekurangan oksigen. Itulah penyebab bunyi setiap kali bernafas terutamanya setiap pagi dan setiap petang. 

Fuhh. Explaination!

Aku rasa aku tak pernah dapat exercise induced asthma. Seperti namanya, asthma jenis ini orang dapat prone to latihan fizikal. Asthma jenis ini kalau exercise kuat sikit mulalah airway nak mengada ngada. Hoho. The symptoms of exercise-induced asthma generally begin within 5 to 20 minutes after the start of exercise, or 5 to 10 minutes after brief exercise has stopped.

That happen tadi.

Aku kena jogging atas treadmill and what make thing worst, the physio room was air conditioned. Air condion? So?

Contohnya, perasan tak bila kita berlari kita mesti bernafas melalui mulut instead of hidung? Masa kita bernafas biasa (melalui hidung), kita menyedut udara yang telah dihangatan (warmed) dan dilembabkan (moistened) oleh hidung (nassal pasage). Tapi, bila kita berlari, kita mula gunakan mulut untuk bernafas. Malangnya, udara yang disedut tu lebih sejuk dan kering.

Bagi orang yang ada asthma jenis ini, bahaya. Sebabnya, udara yang disedut itu menyebabkan laluan pernafasan menjadi sempit dan memberikan beberapa simptom.

Aku jogging dan macam yang dijelaskan diatas, of course aku telah bernafas menggunakan mulut. Keadaan ini diburukkan lagi dengan keadaan bilik yang berhawa dingin. Okay sila bayangkan aku menyedut udara yang sejuk dan kering melalui mulut. Ini menyebabkan aku batuk and pelik betul rasa fatigue nya.

Mula mula sorok sorok batuk. Tapi makin disorok makin menjadi jadi. Makin kuat dan mulalah keadaan memburuk bila dada makin ketat dan nafas berbunyi! Aku cuba sedaya upaya sorok sebab aku tak suka dan aku malu dengan rupa hodoh bila gasping for air. Paling aku tak suka bila orang tahu aku asthma, mulalah okay tak boleh buat itu. Tak boleh buat ini!


I hate that!


Out of sudden, dah start bernafas cepat cepat (shortness of breathing). Memang gila tak cool, bila nak cakap pun tak sampai satu ayat penuh. Cakap sikit, tarik nafas baru cakap semula untuk complete one sentence. Bibir dan kuku boleh jadi biru (cyanosis) tanda badan tak cukup oksigen. Bahaya woh boleh bawa maut!

Masa tu aku masih tenang tak gelabah. Pergi beg mula menyumpah nyumpah, damn I didn't bring my inhaler! Okay, aku dah start gelabah dan batuk makin hebat dan nak bernafas makin sukar dan wheezing sound makin melampau!

Apa patut buat masa ni?

Pertama amik inhaler/ ubat yang patut masa kena attacklah kan. Tapi tak bawak. Tssskk.

Sebab masa ni dah tengah attack, so segala ubat preventor sangatlah tidak membantu. Ala ubat prevent tu macam inhaler coklat yang kena sedut tiap tiap pagi? Haa. Yang itulah. Tapi, aku degil. Sedut inhaler coklat bukan kegemaran aku maka aku hanya simpankan ia di dalam locker dan pakai masa sampai seru atau ada mood. Cis, tak sedar diri tu sakit!

Paling penting masa kena attack adalah dengan bertenang! Kalau tak bertenang, sungguh sukar untuk bernafas. Dahlah kau punya laluan udara tu dah sempit, lagi mahu tambahkan lagi? Hoh.

Duduk seselesa mungkin di atas kerusi. Jangan tidur/lie down. Tenangkan bahu dan leher. Concentrate for not gasping the air sebab kalau kau masih sibuk sibuk rasa tak cukup udara lalu sibuk jugalah bernafas, kau akan mengangkat bahu scecara tak sengaja.

Hirup nafas secara perlahan lahan melalui hidung dan concentrate. Kemudian buatkan mulut macam nak tiup belon (pursed lip breathing), hembus nafas melalui mulut. Hembuskan nafas sebanyak mungkin dengan cara ini.

Relax. Keep using the pursed-lip breathing until the breathless feeling goes away. Rest between breaths if you feel dizzy. Okay. Slow and steady.

Kalau keadaan makin teruk, sila pergi emergency atau kau pilih sendiri untuk mati muda.

***

Tapi tadi, disebabkan batuk kuat (memang common early symptom adalah batuk uhuk uhuk) menyebabkan aku punya kemahuan terhadap udara melampau lampau. Still, masih nak sorokkan so aku tak berhenti dari buat physio. Mujur juga masa tu exercise tak lah vigorous sangat. Entah. Kau mungkin kata aku bodoh tapi aku macam dah biasa dengan asthma so aku teruskan je. Hihi.

And suddenly my physiotherapis came near to me.

"Huda ada sakit lain ke selain lutut?"

I was looking at him. Cakap ke tak?

"Ada. Asthma,"
"Kenapa tak bagitahu awal?"
"Kena bagi tahu ke?"

He was looking at me well. I didn't know wether he angry, or dissapointed or what. I just terfikir takkanlah tiba tiba masa awal datang dulu, Encik, saya ada asthma. So? Ish. Memang pantang betullah kan nak bagitahu aku ada penyakit yang satgi bila aku nak buat mulalah tak boleh tak boleh tak boleh, awak ada asthma. Huh. Hoho.

"Mujur saya baik (ececeh), dari jauh lagi tengok dah pelik. Dah dah. Duduk, rehat,"
"Tak apa. Saya okay,"
"Dah. Duduk elok elok. Sandar. Jangan bongkokkan badan. Rehat,"
"Saya okay. Serius saya okay. Saya dah experience benda ni since I was four. Already get used to it. I'm okay,"
"Awak tahu tak muka awak dah biru (cyanosis)?"

Senyap. Orang yang paling excellent kenal pasti aku asthma dari mild symptom adalah emak aku.

"Yelah. Yelah. Saya rehat,"

Tak best gila rasa ada orang tengok masa duk tamak nak hirup oksigen. Cis.

"Okay? Relaks,"

Cis! Tak suka! But then, thing didn't get any better. Serius. Batuk makin teruk. Sebab aku bernafas guna mulut memang mohn gila gila oh udara cepat masuk paru paru! So, it worsening the situation je lah. Batuk batuk batuk. Kepala migrain tak setel, maka batuk itu sungguh menyakitkan!

"Saya nak balik,"

Buat muka kesian. Aku nampak inhaler aku je sekarang.

"Saya tak nak rehat dah. Saya nak balik nak pakai inhaler,"

Batuk lagi.

"Okay. Jalan elok-elok. Jaga diri,"

Dapat permission terus jalan cepat cepat tak pandang kiri kanan heading to Nurani jalan makin cepat tak cukup tanah. Nampak inhaler melambai lambai je! Wait for me wait for me!




p/s: Tapi masa tu rasa nak straightaway pergi emergency je. Hehehhehe.

Saturday, October 9, 2010

Picture

I said I went to Lata Belatan past three days, right? Anyway I have one beautiful picture that I captured and the other two, nice incident happened.

But for now, I'll upload the beautiful first cause that nice incident pictures are in my friend's camera.

Tak kisahlah kalau I sorang sorang perasan gambar ni cantik. Hee.


p/s: Cantik sungguh semua benda yang Allah cipta!
p/s/s: Allah ciptakan aku, maka aku cantik jugalah kan? Tak tak. Aku comel. Heheeeee. :P

Friday, October 8, 2010

Bagaimana Mahu Menyambut Hari Lahir Seorang Diri

Pathetic sungguh life bila baca tajuk begitu. Oh, tak kisahlah. Hidup bukan selalu ceria dan gembira. Hidup mesti ada sedih dan kecewa. Barulah dinamakan kehidupan. Kalau ceria dan gembira je hidup, susah nak rasa mendidik hati jadi tegar kepada kegagalan. 

Alah kau faham maksud aku.

Well, dalam sepanjang hidup aku ini, hanya dua kali aku dapat kek hari lahir. Masa tahun satu. Selain dari itu, tidak. Okay bunyi pathetic.

Tapi aku dari kecil ada cara cara menyambut hari lahir yang pathetic ini. Ish. Tak naklah sebut benda benda kesian sebab aku tak rasa kesian pun. It's fun. Long term fun actually. Okay, jom jadikan sesuatu untuk hari lahir kali ini. Ulasan oleh Mak Ngah Huda. Ops.

Bagaimana Menjadikan Sambutan Hari Lahir Paling Diingati

1. Tulis Sesuatu
Okay bukan sebarangan sesuatu. Dulu masa aku tingkatan tiga, aku jot down lima perkara dalam bentuk karangan tak ada orang nak baca. Ceh. Dia kira macam aku tulis essay apa akan jadi dalam masa dua tahun. Haa, macam tu lah. Aku tulis apa entah aku lupa, cukup dua tahun aku buka balik lipatan kertas itu.

Baca sengih sengih. Sungguh comel pemikiran tingkatan tiga yang di baca ketika tingkatan lima.

Tengok. Kau dapat kegembiraan comel pada hari lahir sendiri!


2. Melukis
Hoho. Bagi orang yang tak reti melukis macam aku ni, wajiblah kecomelan itu berganda-ganda! I was once during my birthday I draw hehehe. Rahsia. Well, aku tak rasa apa aku lukiskan tu akan jadi kenyataan so rejectssss!

Eh, kau bolehlah cuba buat. On your birthday, lukis something, pekasamkan barang lima tahun and look at that back. Mesti awww sungguh sweet. Hanya kau yang rasa ke'sweet'an itu di hari lahir yang lima tahun lagi. Hari lahir kau, kaulah yang rasa!


3. Merekod
Ini mungkin comel tapi sesuatu yang sangatlah melukai aku. Ewaaaahhh!

It was during my form five. Yeps. Kan dulu ada kaset kosong boleh rekod selama satu jam? 30 minit satu side and another 30 minutes for the other side. Yeah? Masih ingat? Janganlah zaman mp3 sekarang kau lupakan kaset zaman comel kau.

Haaa. Masa tu ada kenangan manis yang ohhh cepatlah dewasa! So masa hari lahir ke 17 aku, aku telah rekodkan dalam bentuk suara segala impian, segala cerita menarik buruk manis pahit tawar masam, segala kenangan dan harapan, segala yang details pasal future life.

Masa tu, oh bergenang air mata kejap. Siap nyanyi lagu tema (Cis sampai sekarang benci lagu Mungkin by Peter Pan), siap cakap macam ni. Aku dah lupa the real ayat tapi kind of lah. Kiranya masa umur 21 tahun nanti bukan dengar seorang, tapi berdua. Eiii geli gila!

"Mr. F, nanti umur aku 21 baru aku boleh dengar balik apa yang aku dah cakap dan impian usia 17 tahun ni. Rasanya masa tu dah cukup besar untuk aku terima satu benda yang besar dalam hidup. Harap masa tu kau tunggu aku lagi,"

HAHAHAHA.

Sekarang dah umur 23, tak berani langsung nak dengar kaset rakaman hari lahir yang simpan suara sendiri masa umur 17 tahun penuh angan angan Mat Jenin. Kesian Mat Jenin kan? Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Eh, apa kena mengena?

Kaset tu cantik je ada lagi siap tulis 'Hanya Boleh Didengar Semula Ketika berusia 21 Tahun'. Ceitt poodaahh! Penakut sampai umur 23 pun tak dengar dengar simpan cantik cantik dalam keranda kotak.

Yang last ni aku rasa menarik kau buat nanti cukup lima tahun rasa sweet gila pada hari lahir sendiri dengar suara sendiri dan seka air mata ohh impian aku dah semua tercapaaaaiii.

Cumanya harap tak jadi macam akulah.

Aku rasa aku nak buanglah kaset tu. Atau mungkin aku dengar semula masa aku 25 tahun kalau panjang usia ada kesempatan bernafas lagi. Kenapa 25?


4. Belanja Diri Sendiri
Apa barang buat majlis nak enjoykan orang lain? Cis, dasar kedekut. Tak tak. Buat majlis tu bagus bagi makan orang dapat pahala.

Cuma, pergi kedai makan jauh sikit pada orang yang dikenali. Amik satu port kosong tepi tingkap lagi cun kalau pemandangan indah. Belikan diri sendiri satu slice kek paling digemari. Kau beli sebiji kek siapa pula nak telan. Bila order makanan dah sampai, tarik nafas panjang panjang dan dalam dalam.

Cakap dalam hati. Nak cakap terang terang pun boleh, tu pun kalau kau tak malu orang cop kau buang tebiat cakap sorang soranglah.

"Huda, dah 67 tahun dah hidup,"

Tarik nafas lagi. Hembus.

"Apa 67 tahun ni perkara yang paling manis kau pernah ada,"

Recall. Pastu mulalah senyum.

"Dalam 67 tahun ni, apa yang paling sedih sampai hati kena siat siat,"

Recall. Air mata bergenang.

"67 tahun ni, banyak benda berlaku. Pahit manis. Semua benda yang buat kau lemah tersebek jatuh cengeng, itulah juga perkara yang buat kau kuat. Usia 67 tahun Allah bagi, banyak yang kau buang sia sia, tapi ada secebis dua yang Allah terima bila ikhlas bersama. 67 tahun yang berlalu ni, tak datang semula, tapi kekal untuk kau ingat,"

Seka air mata.

"Selamat hari lahir, Huda,"

Pandang kek. Ambil sudu baca bismillah dan makan. Nikmat betul kek hari itu walhal kalau nak kira hari hari bantai kek yang sama. Lagi mantap tiba tiba waiter hantar chicken chop kuah black pepper kau pesan. Yummy! Bermakna sungguh hari lahir ketika itu.


5. Errr..

Sebab fobia aku tak buat dah benda benda manis sambut hari lahir diri sendiri. Eh, aku memang tak berminat pun sambut hari lahir. Itu menunjukkan aku dah nak masuk 67 tahun dah.

Tak cun!






p/s: Tak. Esok bukan hari lahir aku pun apatah lagi hari kelahiran yang ke 67. Tak. Bukan. Kalau dah umur 67 tahun, aku harap aku sambut hari lahir dengan perhati matahari terbit sambil digenggam tangan berkedut (67 tahun dah cukup tua untuk tangan berkedutkan?) my other half, sambil sandar kat bahu.

SWEETTTT!

Wednesday, October 6, 2010

Ironi [19]: Boleh

"Semua orang boleh menulis. Takat tulis cerita sendiri, budak tadika pun boleh. Tulis cerita sendiri tulis dalam diarilah. Takkan nak kasi satu dunia tahu?"

Senyap.

Kau boleh ke tulis sampai orang nak tikam kau?

Kau pernah ada orang nak bunuh kau sebab dia found out kau tulis buruk pasal dia dalam DIARI? Bodoh, diari tu rahsia! Kalau tak rahsia, tu nama dia, BLOG.

So baik aku tulis blog kalau dengan tulis diari boleh terbunuh.

HUA HUA HUA!





p/s: Lata Belatan was awesome as usual and something sweet happened tadi. I captured one beautiful picture (Kalau aku tak puji, siapa lagi?) I'll upload later, I learnt how to float freely, I laughed and jumped like a nangka busuk gedebush ke dalam air paras leher. Okay, aku pendek.

Dan I jumpa putera kayangan.

*grin*

Semuanya Akan Berjalan Pantas!

I'm the type of person who're really afraid of exams but still looks bajet cool. Whatever.

***

Today (eh dah pukul 12), yesterday was the OSCE day. Erm, I don't really know what is OSCE stands for, but it is kind of exam. Real exam. I mean you have the patient, you need to perform certain tests, or diagnose certain diseases or whatever the examiner eh the questions ask you for. Not to be forgotten, there will be a patient and 2 or three or more examiners like oh-my-god!

Up to now, I always only get nervous for my OSCE an hour before it starts and Alhamdulillah I did well for the first two OSCE. Yup. This is my third OSCE. 

Before that, I mean in the morning I had an ENT session with Dr. Nik (the real charming and beautiful and soft lecturer). I persuaded her with hope for her to come and become one of the examiner. Last semester, I got nervous and when it was her station, I could breath freely and yes I managed myself to stay calm. At least thinking well. I heart her so much and I really wish I'll be like her. In the sense of attitude maybe.


"Dr. Nik, will you be with us this evening?"
"I'm not sure. Tak kot,"
"Eh? Alaaa. Please. Please be one of the examiner. When I stress out, seeing your face make me able to calm down again. Pleasee,"


Kan dah cakap aku ni memang jujur orangnya.

And Alhamdulillah, dia ada tadi. But guess what, 3 examiners in the closed room mak aihhh! That was my first station and I was really freak out but not to that extend; crying. No. Never will I guess. Sangat tak berani tengok Dr. Nik sebab macam dah hampakan dia sebab I tak bertenang pun. Tsskk.

My hands start shaking. And of course my face as pale as cotton wool. I can even think properly and read each word like I should have to. You know what it means read sepintas lalu tak masuk otak? BLUR.

It happened and always happens. It just me. 

Next station sumpah macam erghhh! You know I got a patient and I need to take a history taking. Oh come on! I do it almost every clinical session. Come on! Come on! But, I was wonder why eh this patient keep on deny every single question I asked? At that time, I was recalling all the points in the clinical history form but then this patient still gave me negative question. Oh my oh my oh my!

Memang patient pun ketawa when I dah tak recall but baca semua zikir surah instead. Erghh! I'm so not cool but again I managed not to cry. Yet.

Next, here was the killer station the killer examiner the killer instrument the killer everything-lah senang cerita! He was Mr. Khary, one of my favorite clinician! But with his fierce face? Oh! Eh, bukan selama ni dia memang garang ke dalam klinik?

I didn't know why, whatever I did all turned up to be so wrong. Right, tak dapat. Left, tak dapat. Alternate ear, oh berjaya. Proceed next test. Berjaya. Lega. But then nak tulis result dah eh teori apa value oh apa ni apa ni apa ni!

Kriiinggg!

Loceng bunyi tamat. Hanya mampu sebut dan mengeluh nama clinician.

Mata dah merah. Syukur lega sebab next station was rest station. Masuk dalam bilik, then tengok jam. 7 minit. Empat minit menangis, dua minit fikir baik baik, satu minit gain dapatkan semangat.

Yup. Itu cara aku. Eh, kau boleh tiru!

I just need to speak out, burst out.

So I cried badly. Selagi tak 4 minit paksa juga nangis. Sebab memang hati dah pecah jantung dah luluh. 2 minit terus fikir, baru 3 stesen, ada lima lagi. Do the very best Huda. Yang tiga biar berlalu, tinggal lima ni buat betul betul. Fikir balik perlahan-lahan dan gain semangat dalam satu minit. Kriiiiiingggg!

Pergi next stesen. Pfffttt! Next. Pfffttt! Next. Pfffttt! Cukup lima, semua pfffttt!

How eh I can rid off this stupid over menggelabah? This semester was the worst OSCE ever in my life! So, I can smell the needing of repeating this OSCE and VIVA sebab fail. Tak apalah, sabaaaaarr. Ada hikmah. Tak sanggup nak mengadap all the lecturers and clinicians masa nak dengar result nanti. Rasa macam dah hampakan everyone. Benci ni benci ni benci ni!

Oh masa jalanlah cepat cepat supaya kesedihan ini pergi jauh jauh. Susahlah hati pecah jantung luluh macam ni nak hadapi hidup. Oh! 

*Nangis dalam hati*




p/s: Aku harap suami aku esok esok orang yang bertenang yang kalau aku mula nak menggelabah tengok muka dia terus cool down. Siap dapat hug lagi cakap, do it slowly, Insyallah everything goes well. :') 

Beraanggaaannnn!

Esok pergi Lata Belatan redakan hati. Babai.

Monday, October 4, 2010

Jangan Marah

Ya. Masa sekolah, cikgu cakap elok elok aku boleh obey. Cikgu cakap garang-garang, bekeng-bekeng, tak kasi itu tak kasi ini, maka siaplah syaitan naik tanduk.

Jangan diharap aku nak mendengar.

Sampai besar. Kalau ayah aku marah, yang sama naik adalah aku. Kalau mak aku marah, yang sama naik pun, aku juga. Entah apa punya besar syaitan dalam kepala pun aku tak tahu. Jangan marah aku kalau nak aku buat kerja cun atau nak suruh aku faham satu benda. Kalau marah, semuanya akan berubah seratus lapan puluh darjah. Aku work best dengan bahasa mudah dan berlembut. Aw!

Tapi aku ni berhati mulia sikit sebab cakap jujur and straight to the point, ewahhh. Hehehehe. Bila orang marah aku buat silap ke apa ke, aku akan cakap 'Jangan Marah Saya'.

So tadi pergi fisio mak aih hari ini punya exercise sungguh nganga nganga. Itu belum kira duk bertegang urat bertekam lidah dengan encik fisio. Hoh. Benda first time apalah yang nak diexpect? Pulak tu benda first time adalah perkara yang tak best berlaku. Tskk.

Berfisio agak bahaya.

Tadi antara latihan adalah berjalan dan berlari di atas treadmill. Ala yang macam jogging setempat tu. Eh, kau google lah sendiri. Jalan pelan pelan. Kemudian jalan laju laju. Kemudian lari pelan pelan. Kemudian lari laju laju.

Pesanan penaja kau jangan pandang pandai toleh belakang macam aku buat. Tolong jangan. Tolong.

Ini yang berlaku petang tadi. Tengah elok elok berlari tukar berjalan laju. Tengok masa, eh dah lima belas minit. Toleh belakang cari encik fisio di manakah beliau? Oh di situ.

"En. Latif dah lima belaaasssssssss...."

Hilang kawalan. Dunia terus vertigo. Nampak tapak berlari dan kaki makin ke belakang. Eh, otak masih berfungsi dan berkata dalam hati alamak apa nak buat lepas ni mesti menggelongsor ke belakang dan gedebuk. Tapi otak bijak kerana masih mahu cover cun maka sempat berfikir lompat. Maka melompat.

Oh vertigo satu dunia! Macam biasa mahu muntah!

Itu encik fisio sempat tarik lengan baju. Fuhh nasib lengan baju, kalau tak dah macam cerita hindustan. Tercemar I! Tapi cover macho masih kekal harusss. Walau dunia berputar masih tegas tarik tangan tak apa tak apa saya okay saya okay.

"Bawakan dia air,"

Oh malu berganda.

Tapi yang tak syoknya part kena tegur, eh awak jangan buat macam tu lain kali nanti jatuh. Jangan berhenti mengejut nanti pening rasa terapung! Jangan terus lari atau dari laju tak bertukar perlahan, bahaya. Awak jangan itu jangan ini.

Gila banyak benda kena absorb oh!

Dan macam biasa.

"Janganlah marah saya,"




p/s: Sila selalu berhati-hati dalam apa jua keadaan!
p/s/s: Okay aku banyak cakap. Tapi En Fisio itu lagi hebat bercakap. Of course aku buat muka bila ada aku tak puas hati atau tak boleh buat. Dan bahayanya telefon berkamera sebab masa aku buat muka dan membebel sorang sorang aku terperasan ada pesakit lain sedang tala telefon atas hidung aku. Okay aku mungkin perasantan, tapi takkanlah kau baca sms macam kau tengok cermin gaya macam mirror mirror, who's the beautiful lady?

Ambil video gambar perempuan membebel tak menarik. Okaay! Ergh!

Saturday, October 2, 2010

Jaga Bayi Itu

Tak sanggup baca berita terutamanya yang dua tiga minggu kebelakangan ni. Oh. Bukan. Bukan perihal bunuh jutawan tu. Yang tu sedih juga tapi paling sedih yang ini.

Bila ada kisah BAYI MATI TERCEKIK SUSU!

Sungguh tak dapat bayang apa perasaan bila bangun bayi yang dikandung sembilan bulan beberapa hari, yang terpaksa lalui morning sickness muntah uwekk uwekk, yang mengidam macam macam tu belum kira tiba tiba nak makan kapur kasut, bangun celik mata, baby dalam dukungan biru tak bernyawa.

Tak dapat bayang.

Tak dapat bayang!

Macam mana ibu bapa yang menerima ujian itu menghadapinya?

Padanlah kakak aku tak sudah sudah membebel pada ibu dalam wad, puan jangan menyusu sambil berbaring. Puan, pegang bayi macam ni haa macam ni kepala haa macam ni. Puan, sendawakan baby dulu sebelum tidurkan semula. 

Oh tolong dengar nasihat jururawat tolong!




p/s: Aku betul tak boleh baca sampai buka paper online tengok tajuk bayi tercekik susu, terus tutup page tersebut. Hati bagai kena siat siat.

Friday, October 1, 2010

Hodoh

Bila semua orang mahu merasa mereka cantik, maka siapa yang akan merasa mereka hodoh? Jika begitu, aku memilih untuk merasa kehodohan itu walaupun pepatah mengatakan cantik hodoh itu subjektif, aku peduli apa?

It's just like we actually crash when we race too fast. Kebabbooomm. Hoho. Tak faham tak apa. Jangan hentak kepala kuat kuat. Tak payah faham. Tak perlu. Bukan semua benda perlukan penjelasan untuk difahami. Kadang kadang bila kita paksa nak faham, sebenarnya kita tak akan faham.

Tapi bila kita biarkan, slowly kita akan faham. Dia macam flow air sungai, kau letak batu banyak mana pun, perlahan-lahan dia mengalir. Perlahan sangat tak apa, alam tak kering cuma lambat.

Tapi lumrah. Manusia nak semua cepat. Bila semua nak cepat, itu hodoh.

Sebab tu aku rasa aku hodoh. Sebab aku nak semua benda cepat. Lagi teruk aku nak ia kekal walhal semua pun tahu mana ada benda kekal. Mana ada? Kalau benda sedap cepat habis. Benda tak sedap, end up basi. Kan dah kata tak ada benda kekal.

Tak.

Bukan.

Tidak.

Aku tak sedih.

Cuma rasa hodoh melampau-lampau bila nak jalan raya rumah ramai ramai tapi Syawal dah habis so open house jadi closed house dah.

Tsskkk!