Saturday, October 16, 2010

Okay, Mari I Ajar

Hari ini hari Karnival Terbuka atau nama lain bagi Ekspo Kampus, USM Kubang Kerian. Well, setiap tahun adalah menjadi tradisi ada pameran kesihatan. Pameran kesihatan ini dibezakan dengan tajuk untuk sepanjang tahun. Dua tahun lepas, temanya kencing manis. Tahun lepas, rokok. Tahun ini, obesiti.

Good work!

Hari Khamis lepas aku berjumpa dengan pensyarah aku untuk selesaikan beberapa perkara. Kemudian penghujung bicara beliau telah keluarkan ini dan aku rasa bodoh juga dengan jawapan aku. What to do.


"Awak tak pergi jenguk junior ke?"
"Jenguk junior?"
"Tengoklah diorang buat test macam mana?"
"Kena ke?"


Oloh. Hahhahaa. Hampeh gila pertanyaan aku. Tapi, aku senior yang cute untuk dua alasan menjenguk junior. Senior aku dulu sangat menjaga kami semua sampai apa sahaja kami buat mereka ambil tahu. Maksud aku bahagian pelajaran. Jadi, aku juga mahu menjadi senior sebaik mereka. Kedua, kalau junior aku tak perform, samalah macam deliver info tentang AUDIOLOGI dengan tidak jayanya. We're under one roof later on bebeh.

Sekarang bukan pasal senioriti. Sekarang adalah pasal audiologi keseluruhannya.

Maka petang tadi aku ringankan langkah menjenguk. Eh, aku dah pergi semalam sayangnya stesen mereka tutup awal. Memang dalam hati wow! Tahun ini tiada sambutankah? Masa tahun aku jaga stesen dan tahun junior bawah aku jaga stesen, memang serius wa cakap sama lu rasa nak halau je balik sebab jam dah pukul 1130 malam. Heh, kitorang penat.

But then, itu adalah kelebihan. Walaupun rata rata yang cek pendengaran sebelah malam adalah rakan rakan medik dan sains kesihatan yang teruja dengan sound proof room, we have extra time to train ourself! You know, macam diorang subjek. Hehehhehee.

No offense ya.

Aku duduk jauh sikit perhati junior aku ambil bacaan. Lama aku tengok sampai aku rasa takkan dapatnya bacaan. Eh, jangan baca dalam nada negatif. Sebab sumpah aku masa tahun dua lagi hodoh dan bodoh dengan segala alat alat audiologi. Nak tengok telinga orang pakai otoscope pun terkial-kial. Huh!

So aku datang dekat.


"Dapat result?"
"Tak,"
"Meh Kak Huda buat, wak tengok eh,"


Aku senyum dekat subjek visitor. Tengok muka. Okay student USM, tak apa.

"Kalau cek teling kiri, pegang tangan kanan. Kalau cek telingan kanan, pegang tangan kiri. Jari telunjuk dan jari hantu, pegang pinna tolak kebelakang. Ibu jari tolak tragus ke depan so canal akan straight. Macam ni,"

Angguk. Aku teruskan, bacaan dapat. Aku bukan bagus sebab masa OSCE aku tak dapat result. I hate OSCE!

So aku biarkan junior explain result pada student. Mak aih gila detail semua bacaan normal, readings nombor semua keluar.

Okay. Again aku tak salahkan diorang.

Well, sekarang aku faham kenapa kitorang ada exam hanya untuk menguji cara menjelaskan results, bagitahu apa nak buat dalam ayat yang paling mudah dan ringkas. Maksud aku kalau dengan orang kampung macam mana nak explain bagi dia faham. Dengan cikgu atau middle class and up, macam mana nak terang. Jangan gelak sebab hari ini baru aku tahu pentingnya exam itu walhal masa exam ceh apa ke hal aku nak explain begini punya susah sedangkan watak patient dilakonkan oleh pensyarah!

Huh!

Macam aku excited gila pergi nak tanya pasal asthma. Excited gila buat test dia. Excited gila belek semua inhaler atas meja. Once aku tanya, mak aih dia explain pasal bacaan bacaan okay akak ni bacaan normal bla bla bla, bacaan akak kurang dari ni, sebab akak ada asthma.

Aaaa?

Of courselah bacaan aku tak normal. Aku nak faham kenapa bacaan tu tak normal dari sudut ayat paling senang aku nak angguk. Kecewa gila bila dia terangkan okay saat ni darab dengan peak keluar jawapan so tak normal?

Aaaa? Menganga aku tak faham.

Bayangkan kalau pakcik dari ceruk kampung datang tanya pasal asthma dapat explaination total lung capacity pakcik adalah sekian percent. Kemampuan pakcik bernafas adalah masa dalam saat kali amplitude bla bla bla. Merana oh!

So aku tinggalkan dengan kecewa. Aku sangka baik dengan budak tu ingat aku budak medik kot so dia fikir aku nak uji dia. Oh, tolonglah aku tak ada kerja nak menguji uji orang! Tskk!

Punyalah excited nak tanya tadi. :'(

So back to my junior, explanation dia lebih kuranglah macam tadi. So atas dasar baik hati semua manusia belajar, ilmu jangan kedekut kena sama sama share, aku ambil bahagian yang akhirnya aku jumpa dengan manusia yang pada firasat aku dia (mungkin doktor) expert juga bahagian ini.


"Biar Kak Huda amik session ni, awak observe tengok Kak Huda explain macam mana eh?"
"Okay,"
"Test tadi kita nak tengok lubang telinga dan keadaan gegendang telinga. Kalau ikut memang cantik, gegendang pun okay. Tapi kita tak tahu belakang telinga tu okay ke, atau ada air ke, jadi test ni kita nak uji keadaan belakang gegendang telingalah,"
"Tu jangan cucuk dalam dalam. Sakit nanti,"
"Jangan risau, test ni tak sakit pun,"


Erk! Setahu aku semua test dalam audiologi tidak menyakitkan. Tapi, tak tahulah sebab bukan aku tester.


"Masa test ni, akak akan rasa tekanan sikit. Macam masa kita naik bukit tu atau naik flight. Tapi tak sakit. Nanti masa test akak jangan telan air liur eh?"
Panggil PUAN,"


Pergh! Pergh! 

So, aku bajet orang ni well educated yang oh no don't call me like akak akak. Tak standard you! Nasib aku tak panggil kau makcik okay!

Come on-lah! 

Terus aku tak ada mood sebab dari awal lagi aku bagi explanation bukan dia nak dengar pun. Bila aku cakap, tahu tahu tahu. Sendiri tanya, bila aku jawab, sendiri explain balik! What the heck?

Kalau dah tahu jangan semak datang uji nak tengok eh bodohnya kau itupun tak tahu! Kalau datang niat nak mengajar, fine! Tapi kalau nak memalukan, back home and rest well. Simpan tenaga buat benda lain!

Angin aku eh! Nasib aku dah diajar untuk terus senyum dengan cemerlang so keprofesionalan aku terjaga.




p/s: Semua orang yang bijak, bermula dengan tidak bijak! Tolonglah jangan underestimate! Allah benci tau. Itu tanda bongkak!

4 comments:

DarkArtz said...

wow, caringnya senior ni.......
ngehheehhehe......

"senior yang cute"???
ngahahahahahahahahhahahahahahahahhahahahahahahahhahahaha...........

p.s: aku gurau je.......
hehehehe, lama tak kacau kau.......

INFINITY said...

Laa. Dah memang aku kiut nak buat macam mana. Hehhehe.

Kau memang tak senang hidup kalau tak mengacau. :P

Ct SoLeHa said...

xsempat pun jalan kat pameran..just g timbang berat ngan lemak je ari tue..hehe

INFINITY said...

Hehehhe. Tak sempat gak. Just gi stesen asthma and stesen junior. :)

Rasanya kena banyak latihanlah budak budak yang involve dengan healthex ni. :P