Friday, October 1, 2010

Hodoh

Bila semua orang mahu merasa mereka cantik, maka siapa yang akan merasa mereka hodoh? Jika begitu, aku memilih untuk merasa kehodohan itu walaupun pepatah mengatakan cantik hodoh itu subjektif, aku peduli apa?

It's just like we actually crash when we race too fast. Kebabbooomm. Hoho. Tak faham tak apa. Jangan hentak kepala kuat kuat. Tak payah faham. Tak perlu. Bukan semua benda perlukan penjelasan untuk difahami. Kadang kadang bila kita paksa nak faham, sebenarnya kita tak akan faham.

Tapi bila kita biarkan, slowly kita akan faham. Dia macam flow air sungai, kau letak batu banyak mana pun, perlahan-lahan dia mengalir. Perlahan sangat tak apa, alam tak kering cuma lambat.

Tapi lumrah. Manusia nak semua cepat. Bila semua nak cepat, itu hodoh.

Sebab tu aku rasa aku hodoh. Sebab aku nak semua benda cepat. Lagi teruk aku nak ia kekal walhal semua pun tahu mana ada benda kekal. Mana ada? Kalau benda sedap cepat habis. Benda tak sedap, end up basi. Kan dah kata tak ada benda kekal.

Tak.

Bukan.

Tidak.

Aku tak sedih.

Cuma rasa hodoh melampau-lampau bila nak jalan raya rumah ramai ramai tapi Syawal dah habis so open house jadi closed house dah.

Tsskkk!

No comments: