Monday, October 4, 2010

Jangan Marah

Ya. Masa sekolah, cikgu cakap elok elok aku boleh obey. Cikgu cakap garang-garang, bekeng-bekeng, tak kasi itu tak kasi ini, maka siaplah syaitan naik tanduk.

Jangan diharap aku nak mendengar.

Sampai besar. Kalau ayah aku marah, yang sama naik adalah aku. Kalau mak aku marah, yang sama naik pun, aku juga. Entah apa punya besar syaitan dalam kepala pun aku tak tahu. Jangan marah aku kalau nak aku buat kerja cun atau nak suruh aku faham satu benda. Kalau marah, semuanya akan berubah seratus lapan puluh darjah. Aku work best dengan bahasa mudah dan berlembut. Aw!

Tapi aku ni berhati mulia sikit sebab cakap jujur and straight to the point, ewahhh. Hehehehe. Bila orang marah aku buat silap ke apa ke, aku akan cakap 'Jangan Marah Saya'.

So tadi pergi fisio mak aih hari ini punya exercise sungguh nganga nganga. Itu belum kira duk bertegang urat bertekam lidah dengan encik fisio. Hoh. Benda first time apalah yang nak diexpect? Pulak tu benda first time adalah perkara yang tak best berlaku. Tskk.

Berfisio agak bahaya.

Tadi antara latihan adalah berjalan dan berlari di atas treadmill. Ala yang macam jogging setempat tu. Eh, kau google lah sendiri. Jalan pelan pelan. Kemudian jalan laju laju. Kemudian lari pelan pelan. Kemudian lari laju laju.

Pesanan penaja kau jangan pandang pandai toleh belakang macam aku buat. Tolong jangan. Tolong.

Ini yang berlaku petang tadi. Tengah elok elok berlari tukar berjalan laju. Tengok masa, eh dah lima belas minit. Toleh belakang cari encik fisio di manakah beliau? Oh di situ.

"En. Latif dah lima belaaasssssssss...."

Hilang kawalan. Dunia terus vertigo. Nampak tapak berlari dan kaki makin ke belakang. Eh, otak masih berfungsi dan berkata dalam hati alamak apa nak buat lepas ni mesti menggelongsor ke belakang dan gedebuk. Tapi otak bijak kerana masih mahu cover cun maka sempat berfikir lompat. Maka melompat.

Oh vertigo satu dunia! Macam biasa mahu muntah!

Itu encik fisio sempat tarik lengan baju. Fuhh nasib lengan baju, kalau tak dah macam cerita hindustan. Tercemar I! Tapi cover macho masih kekal harusss. Walau dunia berputar masih tegas tarik tangan tak apa tak apa saya okay saya okay.

"Bawakan dia air,"

Oh malu berganda.

Tapi yang tak syoknya part kena tegur, eh awak jangan buat macam tu lain kali nanti jatuh. Jangan berhenti mengejut nanti pening rasa terapung! Jangan terus lari atau dari laju tak bertukar perlahan, bahaya. Awak jangan itu jangan ini.

Gila banyak benda kena absorb oh!

Dan macam biasa.

"Janganlah marah saya,"




p/s: Sila selalu berhati-hati dalam apa jua keadaan!
p/s/s: Okay aku banyak cakap. Tapi En Fisio itu lagi hebat bercakap. Of course aku buat muka bila ada aku tak puas hati atau tak boleh buat. Dan bahayanya telefon berkamera sebab masa aku buat muka dan membebel sorang sorang aku terperasan ada pesakit lain sedang tala telefon atas hidung aku. Okay aku mungkin perasantan, tapi takkanlah kau baca sms macam kau tengok cermin gaya macam mirror mirror, who's the beautiful lady?

Ambil video gambar perempuan membebel tak menarik. Okaay! Ergh!

2 comments:

lunar wolf said...

..jangan marah2~ senyum~ ;)

INFINITY said...

Toblerone. Toblerone. HAHAHHA.