Saturday, October 23, 2010

VITUS eh VIRUS!

Huargh! Serius gila malas nak buat apa apa. Seronok kan kalau dapat baring baca komik sepanjang hari tanpa ingat research yang hujung pangkal kat mana tak tahu mana nak mula. Haih.

***

Last week gelak dulu. HAHAHAHA. Okay, last week aku pergi rumah kedua aku di USM; rumah Azah. Weheeeuuu. Seronok gila sebab rumah dia ada meja ping pong baru so boleh main yeay yeay! Masa tengah main, si kecil Yaya, tengah pegang handphone aku. Eh, aku yang bagi handphone aku sebab dia nak dengar suara dia menyanyi yang aku excited gila nak rekod.

Tiba-tiba dia pergi sinki sambil muka sengih sengih penuh kiut tak ada perasaan nak marah.

"Kak Huda, Yaya keno air tepon Kak Huda,"

HAHAHHA. Kau bayangkan handphone kau dijirus air mengalir. WOW! 

Of course lah akhirnya masuk bengkel. Sebenarnya okay lagi masa tu tapi aku gila pandai nampak ada wap air dekat skrin, maka aku telah mengeringkannya dengan hair dryer. HAIR DRYER okay! Hehehehe.

Tapi, bila dah diambil kurang beberapa jam dari bengkel telefon, masih berlaku perkara yang sama! Habis hangin aku ni. Kau baiki ke tak handphone aku? Haih, gua tak ada banyak masa untuk dihabiskan ke sana!

Sekali ambil nak handphone yang dah dibaiki stuck bukan sebab air dah. Ianya disebabkan oleh VIRUS yang berjaya diternak dengan jayanya oleh laptop sekian lama. Hoho. Memang dah lama aku agak pun. Aku memang gila lasak guna laptop. Jangan harap nak shutdown. Jangan harap nak eject dulu external input. Jangan harap nak scan virus. Pfft!

Okay padan muka aku.

Dan padan muka lagi sekali bila mengadu untung nasib pada Marwan pulak tu kena tazkirah bertong tong perempuan ni memang tak sayang laptop tak jaga maintenance bla bla bla sampai aku kena okay okay! Mulai hari ni aku jaga, shutdown dulu, scan pendrive, eject elok elok! Heh!

Padahal aku nak beli antivirus je pun membebel mak aih!

Hahaha. Anyway, terima kasih.

Gadis gadis cun melecun outside, sila dengar, eh sila baca kenapa kena jaga laptop anda yang comel itu dari sekalian malaun virus pehhh!

1. Kalau rasa tak sayang segala isi perut laptop tu, silakanlah biarkan ianya menjadi penternak virus yang berjaya. Tapi, jangan menangislah kalau esok esok, oh aku nak hantar assigment tapi time ni file nak corrupt! Wooo! (Okay, ini pernah terjadi kepada aku!)

2. Kalau kau tak sayang benda yang dicucuk ke dalam laptop kau, contoh pendrive dan contoh aku handphone! Kau nantikanlah dia buat perangai tiba tiba keypad kau jam! Lepas tu kau akan mula uwaaaa handphoneku adalah nyawaku. Handphone ku dibunuh virus, aku dibunuh perasaan. Euww! Okay, ini pun terjadi pada aku. Eh, bukan kat atas dah mention ke ni kisah kau?

3. Janganlah salahkan perasaan stress kau lepas tu ambil keputusan rasa nak sembelih je laptop sebab lembab dia, kura kura lagi laju. Tolong jangan! Macam mana laptop kau nak berlari lantas kalau sekalian jenis virus (contoh Trojan, worm, Iloveyou? hehehe) halang performance kesayangan kau dari pantas. Asal je baru nak berlari laju supaya kau gembira, virus itu tersengih manja bro, amacam ada berani nak lari laju laju? Lantas kerat kaki performance laptop. Okay, aku over. Hahaha,

4. Kesianlah kat orang lain sebab bila mereka mahu mengambil nota dari pusat penternakan virus, mereka turut sama mengedarkannya. Ish ish ish!

5. Heh. Fikir sendirilah keburukannya.




p/s: Disebabkan handphone aku kena format, jangan marah eh kalau kau hantar mesej aku balas; "Siapa ni?"

No comments: