Friday, April 29, 2011

... [5]

When my patient cries,
My heart...














... is crying too!

Sindrom Penulisan Banyak Effort a.k.a Penulisan Akademik

1. Baca balik segala ayat akademik, rasa nak lempang diri sendiri sebab weh, kau tulis apa ni Huda!

2. Secara tiba tiba sangat berminat dengar radio hidustan, like what the heck? Hamkushuwei, hamkushhuwei, hamkushhuwei!

Apa wei wei?

3. Rasa pening kepala bila nak hadap semula satu satu perkataan. Awak ingat siapa orang yang tolong awak ni yang awak nak subjek subjek kan? Guna /participants/ tolong!

Oh, mana I tahu, jurnal lepas guna sujectsssssss! 

4. Mulalah, eh blog I ni bukan jurnal jugak ke? Aci tak nak hantar buat tesis! Phew! Lempang kang!



p/s: Migraaaaiiiinnnn!

Thursday, April 28, 2011

... [4]



I'm no longer expecting you to help me.
But, please...
Have heart and understand...

Monday, April 25, 2011

The Heart Is Saying

This entry gonna be a long entry (I think so). Ini luahan perasaan which is too heavy to be hold right now. As usual, I'm going to write it down and hoping, the burden will fly away.. away.. away.....

Saya stress. Stress. Saya takleh berfikiran berapa normal. Tapi syukur, orang orang sekeliling masih punya hati murni angkat saya bila saya jatuh. Hulur tangan bila saya tempang. Bagi bahu untuk saya tumpang sendu.

Nadiah. Atikah. Azah. Aimi. Izza. Riduan. Dan Dr. Rosdan, saya sayang anda banyak banyak. Terima kasih jadi pada wanita wanita ini kerana sudi jadi roomates saya. Macam tak sangka malam ni bilik saya sardin. Bilik single ada empat tetamu hadiahkan saya senyuman yang setiap malam sebelumnya, sebelum saya tidur mata saya hanya hold air mata.

Kadang kadang terburai juga. Selalunya tertidur dengan tekanan.

Moga perkampungan kuseharian pagi petang malam di Library membuahkan hasil. Meningkat sabar dan redha.


Saya sungguh sangat lambat nak catch up dengan segala nombor. Dulu masa sekolah, cikgu memang kena ajar one-to-one, tu pun memang saya dah berair mata payah sangat nak paham. Masuk sekolah menengah, senior pula jadi mangsa kena buat one-to-one session sebab lambat benar nak paham satu satu nombor. Kalau dah faham, shift sikit soalan terus saya tak boleh buat.

Bila belajar Learning Disability semester ni, saya rasa memang saya suffer dengan dyscalculia. Mungkin mild, moderate who knows? 

Masuk kelas menengah, fizik memang give up awal awal. Cikgu siap call rumah risau dalam kelas 5 Sains 4 (sekolah saya ada 8 kelas sains), bila saya satu satunya dapat 9/100 untuk add math. Fizik tak payah cakaplah. Budak yang pegang juara tak pernah lulus dalam kelas. Saya bukan tak usaha, tapi saya memang alah dengan nombor. Saya kena gila workout untuk dapat A1 math. Add math dapat C kira dah cukup handal lah tu. Itu pun berapa kali cikgu kena tepuk bahu puji kalau boleh buat, bagi kata semangat kalau saya dah mula tarik muka.

Masuk matrik, satu hal bila PASUM wajib ambil Fizik. Sengsara sekali lagi. Math memang kalau tutor tu tak muak tengok muka aku memang hebatlah sebab memang muka aku lah yang datang mengadap setiap minggu. Kalau dia ajar aku, dia tak guna nombor sebab memang sampai susah aku akan senyap geleng tak geleng.

Dia tukar segala nombor kepada bintang bulan bunga supaya dengan tanpa nombor, aku faham konsep. Syukurlah dapat C+. Okaylah semester 1 dapat C-. Tu pun separuh mati aku hadap nota, cari kawan bijak math.

Sungguh lame bila Biologi A, Kimia A, tiba tiba math C? Sangatlah...

Jadi bila saat ni, saat life universiti saya kena hadap semula nombor ni seorang diri, saya lost tengah dunia. Saya pandang skrin dan saya tak boleh nak capture apa saya tengah buat bila saya kena telan semua nombor bombor bertaburan. Saya tak boleh nak relate, nak pick up, nak translate, nak faham nombor nombor ni.

Saya pujuk hati, tak apa. Perlahan-lahan. Perlahan. Tapi masa hanya memberi opsyen menghambat saya berlari yang pada ketika ini merangkak pun belum tentu lagi.

Sepuluh kali saya baca, belum tentu saya mampu faham. Saya tak tahu ini disorder atau sekadar weakness sahaja. Tapi, cukuplah saya kata, saya sedih...

Keadaan terpaksa macam ni, buat saya tiada bahasa lagi untuk bicara. Takut juga untuk bersuara kerana yang keluar hanya akan yang kasar kasar sahaja. Oh...

Saya tak harap banyak dah. Selalunya bila saya buat kerja, saya hanya pegang dua prinsip, bermain untuk menang atau bukan bermain untuk kalah. Saya dah tak lalu nak hadap semua ni. Saya tak lalu dah. Saya tak lalu dengan perasaan takut yang sentiasa bersarang.

Saya tak peduli kalah menang sekarang. Yang saya peduli saya nak keluar dari sini walaupun saya sedih kena tinggalkan Prof. Din, Dr. Rosdan.

Saya tak sanggup dah nak telan perasaan akan digagalkan. Saya tak sanggup nak fikir benda benda negatif. Saya tak tertanggung dah. Dan saya sangat tabik mereka yang bangun semula selepas jatuh. Lagi saya kagum mereka kawan kawan saya yang medik masih tahan hati, belajar sabar dan redha tinggi.

Kalaulah saya...



Saya tak tipu kalau saya cakap sekarang saya tak larat nak telan lagi...





p/s: Thanks juga kepada Hadiah sebab jadi manusia paling rapat bila aku nak jauhkan diri dari manusia Speech Audio buat sementara. She was behind me in the picture.

Heart you, friend. :')

Wednesday, April 20, 2011

The Stress Life Begins Again

Semua orang tengah stress. Lecturers (I know they do), clinicians, friends and diri aku sendiri. I wont blame anybody kerana stress ini. I wont. Cuma terkadang ada juga rasa ralat. Tipulah kalau tidak, sebab dalam diri aku, aku carry satu perkataan, manusia. Cumanya, aku kena fikir cara menyelesaikan masalah.

Semua orang perlukan some space. Satu ruang untuk diri sendiri. Ruang yang kau tak perlu bermuka-muka. Ruang yang kau boleh hambur perasaan sendiri. Ruang yang kau tak akan rasa orang lain akan misinterprete. Ruang untuk kau bernafas tanpa meninggalkan segala infeksi pada hati.

Dan untuk space dan ruang, aku rasa benda yang paling mudah adalah dengan menjauhkan diri seketika dengan manusia.

Perkara yang paling mengharukan adalah dengan membuat keputusan ketika marah, dan membuat konklusi ketika sedih. Dua duanya, pada akhir keadaan, hanyalah penyesalan.



When I'm stressed out, I wanna be with nobody but babies! This is the only remedy. This is the only way. This is the only solution. 

Benda yang aku suka buat dengan bayi dan kanak kanak adalah bercerita dengan mereka. Bercerita, bercakap. Aku tak kisah diorang tak faham tapi aku akan teruskan bercakap. And I am blessed sebab rumah Azah ada banyak budak and everytime I can't cope with my stress, aku akan minta bermalam di rumah dia.

And above picture captured by Nadiah without I realized it. The pic is so natural and I heart it! Thanks NadNutella. When I asked the little Marisa dia dah makan ke? Mengantuk ke? Tengah buat apa? Suprisingly, this amazing little creature cakap macam macam in her own way (of course aku tak faham).

Oh!
Touched!






p/s: Kalau cerita pasal baby, sampai esok tak habis. Well, at least I'm smiling now.
p/s/s: Serius. How does it feels to be lone ranger eh?

Monday, April 18, 2011

Terkapai Ku Mencari

Andainya esok, bukan milikku lagi...

Disebabkan kita manusia, selalunya nilai baik dan buruk naik dan turun dan naik dan turun dan mohon jauh turun yang tidak naik naik lagi. 

Sejak dua menjak ini, apa yang aku baca, apa yang aku lihat, sesuatu yang tak dijangka telah banyak terjadi. Put aside bencana, dan pandanglah pada satu persatu panggilan Ilahi kadang kala asbabnya sungguh luar pemikiran normal.

Dua tiga hari ni, selepas menrima perkhabaran pemergian sahabatku dalam kemalangan di Gua Musang beberapa minggu lepas, sering terdetik aku bagaimana?

Kita bagaimana?
Bagaimana?

Kat sini, dunia ni, kalau susah ada orang disisi. Paling sikit ada mak ayah bergantung harap untuk ditolong, disayang, dikesat air mata, dan rasa tempat untuk selamat.

Nanti?
Nanti?
Nanti?





Nanti, kita akan jumpa lagi ke, mak?  Nanti, ayah akan selalu protect lagi ke? Nanti, mak ayah akan sayang lagi ke? Nanti.......

Sunday, April 17, 2011

Who's The Caller?

Dalam banyak banyak kenangan sukar mengumpul data demi tesis, ini satu satunya kenangan yang aku rasa paling berjaya mengusik rasa takut yang selalunya lebih peka kepada makhluk bernyawa dari makhluk mistik.

Disebabkan suntuknya masa, aku memilih untuk mengumpul data pada sebelah malam atas tiga kelebihan, aku free, para pembantu yang menjadi subjek juga menmpunya masa untuk membantu dan aku tak payah berebut klinik. Oh terharu kepada mereka yang mesej tanda untuk membantu. Sungguh touching oh.

Ada sekali dua clinician pesan, malam sila hati hati. Ada juga perkataan 'keras' disebut tapi aku ambil kisah tak kisah tak berapa nak ambil pusing.

Sesiapa yang pernah menjadi orag pertama masuk ke dalam lab audio, akan tahu gelap macam mana dan takut macam mana yang kau kena hadapi. Dan, pintu lab adalah automatik kunci apabila dia tertutup. Hari pertama, berjalan lancar. Hari kedua, masih lancar.

Maka secara tidak langsung, rasa gusar kepada makhluk 'itu' sedikit sebanyak terpadam. Hinggalah pada satu hari, aku kerling jam.. hampir 11 malam. Mata dah tak berapa nak celik, runsing juga silap hari bulan tertidur juga aku dalam (oh minta jauh!). Pujuk hati, tepat pukul 11, boleh balik.

"Kriiiiiiiiiiiiiiiiiinggggggg!"

Cepat aku bangun dan menuju ke dalam pejabat. Dah jadi trend aku, asal bunyi telefon dekat klinik, aku lah orang yang rajin angkat. 

"Krrrriiiiiiiiiiiiiiingggggggg!"

Elok je aku nak melangkah masuk, teru terdetik dalam hati.

"Siapa yang rajin nak call office pukul 11 malam?"

Elok je terdetik, terus telefon berhenti berdering. Terus jantung aku bagai nak pecah. Terus baca segala ayat Quran yang ingat. Terus perlahan-lahan kemas barang. Terus oh tolonglah kalau kau nak ganggu aku pun, kau janganlah tunjuk rupa kau. Walaupun handsome tiada tandingan, aku tetap pilih manusia untuk menjalinkan hubungan.

Oh.

Perkara paling menakutkan adalah nak tutup lampu yang mana perjalanan nak switch off lampu dengan pintu keluar adalah jauhhhhhhhhhhhh! Dan suis lampu adalah betul betul depan office. Istighfar panjang panjang bila terfikir kalau kalau lepas aku tutup lampu...?

"Pn. X, En. F, ada call office ke pukul 11 malam?"







"Tak ada,"

Friday, April 15, 2011

Senonoh!


NajemPoyo. Reen. Izzazibang. AzahHia. Zu. Izzah. WanDodot.
HudaComam. IkaYukiko. Ecah. Laili.
NadNuttella.



Haruslah yang buat perangai tak senonoh sekali tu aku.

Harmoninya Kita!

Wohooo. Sekarang musim exam. Bukan undergrad je exam, hak post grad pun ramai. Pergi library, balik balik nampak muka yang sama jah. Huks. Kalau tak nampak doktor Iran, nampak doktor Yaman, tak pun Nigeria (eh macam ni ke eja?). Doktor Malaysia ramai gaks, cumanya hidung doktor Malaysia tak mancung, jadi tak berapa nak attract attention. Hek hek hek. Kacak kurang. Eh?

Aku pun nak exam jugok awok. First papr 19 April. Inilah exam pertama yang aku rasa macam tak exam sebab segala macam kerja masih berjujuk di belakang atas bawah bahu. Macam, weh.. kau ni nak final exam final year ke tak?

Apa nak buat. Allah sayangkan aku lebih. Heee. :)

Bila dah masuk library haruslah yang conquer meja segabak alam adalah aku sorang. Mana boleh share share. Mana boleh meja kecik kecik. Strategi haruslah meja yang mempunya seluas pemandangan library. Maka mata boleh cepat capture manusia kacak. Ops.

Tapi bila dah duduk tengah alam macam tu, mulalah bila nampak doktor ni, doktor tu.. err aku pernah jumpa doktor ni kat mana eh? Ortho? TB? Emergency? MRI? XRAY? Medical? ORL (Tipu gila kau tak kenal Huda oiii!)

Bila dah besar besar ni, okay ye faham, bila dah tua tua ni, terasa sangat nak jaga bonding dengan sekalian doktor dan nurses. Sebab besok besok, kau tak nampak tak jumpa muka lain dah. Muka ni juga.

Antara doktor yang aku jaga sangat, adalah doktor ORL. Dah nama pun doktor telinga. Tak ke mana dah patient aku nak refer kalau bukan kat pakar ni sorang. Dan syukur, setakat ni, hubungan (hubungan?) errr.. ukhwah aku dengan ORL doctors masih dalam tahap cemerlang.

Kiranya kalau aku nak melawak aku comel pun depa boleh gelak ah. Tak pun depa nak melawak aku lagu lagu mana aku boleh gelak. Kira kalau aku perlukan pertolongan dan dan tu boleh terus call. And kalau doktor doktor ni nak pinjam nota nota aku kira aku tak segan langsunglah nak kasi walau nota aku tu penuh dengan lukisan komik tanda sleepy gila dalam kelas.

Kira okaylah kan? Walaupun aku malu gila ohh bila aku selak nota lama ada tulis Huda LOVE ________. Apakah?

Alaaa, kau tulis nama lelaki kau minat pastu kau tulis nama kau pastu kau potong potong huruf ada nombor pastu kau pun kira F.L.A.M.E (Friend, Love, A (amenda ntah), Married, Enemy). Pathetic gila.

Entah apa apa. Aku nak cerita pasa bonding.

Bila kau ada hubungan atau ukhwah yang bagus, kau nak minta tolong senang, kau minta ditolong pun kau tak berat hati.

Contohnya aku dengan doktor ORL terutamanya. Kalau dah kena duduk klinik observe, haruslah datang awal dari biasa. Dah datang awal patient belum panggil, macam tak munasabah kau senyap dia senyap, ni klinik ke rumah mayat? Tapi bila bonding kau bagus, oh nak mulakan kerja sangatlah gembira!

Macam pernah aku baca kata kata ni.

Pilih kerja yang kau suka, maka seumur hidup kau tak perlu bekerja!

Kira macam aku nak jadi ginilah. Bila part patient masuk, kau nak tanya soalan sekarung guni pun tak apa. Kau nak tanya soalan paling bodoh atas dunia pun, tak ada hal. Tak adanya diorang nak judge kau macam macam. Kan kata rakan satu geng. Teheee.

Macam juga diorang datang klinik aku. Diorang tak akan rasa rendah diri pun nak tanya aku. Kenapa nak rendah diri? Of courselah weii.. aku student kot. Grad pun belum lagi. Dia dah nak tahap specialist, haruslah jaga ego.

Tapi! Itu tak berlaku dengan adanya bonding yang cun!

And satu hal. Dengan bonding yang cun, kau tak akan segan meminta kerana kita saling memerlukan. Bila nampak aku duduk tengah library dengan meja penuh kertas, tapi masih rasa bila baca buku ohhh apa aku baca nih. Maka beliau datang merapati aku.

"Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam,"
"How are you?"

Ololololololololo.

"I need your help,"
"Sure. What can I help?"
"I can't understand bla bla bla. And in the clinic what will you do bla bla bla. Does hearing impaired patient bla bla bla,"
"I'm so much sorry I can't remember much. I learnt that during my second year, and now I'm forth year. Too old to hold still every single words, but still cute for sure. Hahahhaa. Don't worry I'll find the book for you. Come,"


Comel tak aku?
Eh?

Monday, April 11, 2011

... [3]

Aku rasa ada sudut dekat hati aku terkoyak sikit. Namun koyakan itu makin melebar. Aku rasa ni semua pasal kerja banyak tak siap. Pastu exam minggu depan. Nota buku haram nak jenguk sebab asal nak baca, ingat kerja. Asal nak buat kerja, ingat nak baca!















Dem!

Thursday, April 7, 2011

Heart Breaking

First year 'head nodding' lab lecture. :P

First year dinner (or sahur?)

First year Family Day!


When everyone is still fresh, innocent, united, together.. It's heart breaking to feel the moment when we need to separate in each different way, sooner or later. Well, we're not leaving each other for truth. We just passed by and accidentally met.

Every year, the number written on our name tag, changed. So does our heart. But the only thing remains still is the memory we hold for these four years journey. I don't know how okay I can make it after facing all sorts of unique obstacles but I can promise one thing, each of you... will never fade away...

First year attending the horror OSCE.


p/s: I miss the old days. :'(

Monday, April 4, 2011

... [2]



When I needed you the most...
The most..
The most....

For the best,
And for the worst,

Forever will be at my side..
Mom and dad..

Saturday, April 2, 2011

...









Ya Allah, 
Sekeping hati ini,
Mohon kau kuatkan.