Okay. Terima kasih pada bilik basuh baju yang bagi dengar dua channel radio sahaja. Ulang. Dua channel sahaja. Ulang lagi, DUA CHANNEL sahaja.
Oloh.
Okay. Tak apa dua channel, tapi kalau satu channel dah bunyi siam maka haruslah satu sahaja pilihan yang tinggal. Kejap! Adakah itu dinamakan pilihan kalau hanya satu yang tinggal?
Hish.
Radio ini mula mula dengar sungguh geli hati. Lama sikit dengar terus nak muntah. Ohoh. Aku jiwang orangnya tapi bila aku dengar ada lagi manusia jiwang dan membaca ayat bermadah dengan penuh kelunakan suara, sumpah rasa hodoh benar jiwang tu.
Yucks!
Mari men'yucks'kan lagi keadaan.
Eh, ada juga eh rancangan anda mencari jodoh dengan sila hantarkan nama samaran kemudian tuliskan sedikit tentang diri anda dan pasangan pilihan anda.
WOW! Sungguh mudah mencari jodoh kini, hanya di hujung jari!
Saya mahukan lelaki BERIMAN, MUDAH KETAWA dan TAK PANAS BARAN.
Saya mahukan wanita YANG PANDAI MEMASAK, MENGHORMATI ORANG TUA dan SEDAP MATA MEMANDANG.
Saya mahukan pasangan yang BERUSIA 30 TAHUN KEBAWAH dan BEKERJA TETAP!
Ohohohoh.
Tak ada pula aku dengar yang merendah diri seperti saya seorang gadis yang bertubuh gempal, berkulit gelap, berjerawat batu yang bersedia untuk menjadi isteri dan bersedia untuk pandai memasak.
Ada berani?
Eh, jujur apa?
Of course tak ada orang nak berkenalan kalau macam tu. Nak orang tak dan dan. Nak yang beriman, mudah tersenyum, tak panas baran ewaaahhhhh. Kau tu termasuk dalam golongan apa yang kau nak tak? Kalau tak jangan duk beranganlah eh.
Tapi aku bersyukur lah. Sejuk hati nak orang beriman. Sejuk telinga dengar nak orang tak panas baran. Sejuk mata nak orang sedap penglihatan melihat. Buatnya aku dengar tadi; saya mahukan seorang JURUTERA bergaji tidak kurang LIMA RIBU SEBULAN, ANAK TUNGGAL KEPADA SEORANG PENGUSAHA BATIK TERKENAL DAN PENGUSAHA BATIK TERSEBUT ADALAH CUCU HARTAWAN TUJUH KETURUNAN TAK HABIS MAKAN!
Yang tu aku mengucap panjang lah sambil sental baju dalam bilik basuh.
Kau nak beriman, kau kena beriman dulu. Kau nak yang mudah tersenyum, kau kena senang tersenyum dulu. Kau nak yang bekerja tetap, kau belajar pandai pandai dulu. Kau nak yang tak panas baran, kau janganlah mudah naik angin dulu.
Okay? Simple.
What you give, you get back. Perlakukan sebagaimana ingin diperlakukan.
Islam pun ajar, nak jodoh ada 4 perkara. Harta, ilmu, rupa dan agama. Pilih yang keempat, selamat dunia akhirat.
Contoh.
"Anda mahu jadi apa esok besar?"
"Saya mahu jadi suami soleh,"
Satu dewan kuliah gelak besar besar.
Tapi akhirnya, dia menjadi SUAMI SOLEH sebenar! Dia menjadi jurutera yang pemurah dan penyayang yang membahagiakan isteri, anak anak dan masyarakat sekeliling.
Kan dah kata letak AGAMA nombor SATU. terus datang harta, ilmu dan rupa SERENTAK.
p/s: Allah TAK zalim. Okay?