Wednesday, September 8, 2010

Waaahhh!

Tadi jamu berbuka sama sama dengan satu keluarga jiran sebelah yang pergi bekerja di arab saudi. Bapa dia je kerja dekat arab tapi satu famili duduk sana. Oh, mereka bukan BEKAS jiran kerana rumah kekal di sini dan kosong.

Pak cik Amin (encik jiran) panggil ayah I, Pak Syeikh. Hikhikhik. Pertama kali aku dengar orang panggil nama ayah aku, Pak Syeikh. Selalu Kamal, Tapa, Mus (mak aku geli gila dengar hehehehe).

Paling kelakar bila aku call bapak aku, ayat ini akan keluar. Baru bagi salam nak cakap,

"Assalamualaikum, selamat pagi. Saya Mustaffar, boleh saya bantu,"

Olololol. Skema habis bercakap dengan anak sendiri. Hehehhe. Maka sejak hari itu aku tahu, panggilan Kamal adalah tidak formal dan panggilan Mustaffar adalah formal.

Eh, melalut.

Pak cik Amin semangat cerita dengan ayah I.

"Kat sana Pak Syeikh, saya tabik dengan orang arab. Diorang betul betul ambil berkat Ramadhan. Sekali tu saya pergi masjid dekat berbuka, semangat dia pegang tangan tak lepas,"

Pak cik Amin cakap yang seronok tentang Ramadhan di Madinah dan Arab Saudi, rakyat jelata sangat berkobar kobar beribadat tatkala Ramadhan. Beliau kata satu hari dia sangat terkejut kerana seorang lelaki arab pegang tangan dia tak kasi berbuka dengan juadah yang disedekahkan oleh saudagar orang arab kaya murah hati lain. 

"Tafaddal. Tafaddal mari iftar dengan juadah ana sedia. Mari mari mari,"






p/s: Dialog tu aku reka. :P

No comments: