Tuesday, August 31, 2010

Kenapa Kena Pakai Dua?

This is why people say the experience is the precious thing.

***

It was last Sunday. I had to manage this one patient with really simple test and can be done in a very short time. Furthermore, I was the one who willing to conduct not because the test is simple (there always be sometimes, I don't want to manage so being chosen with the simple case would be great) but the kid is  too cute and luckily, he was easy to be distracted thus ease the work more.

Tapi itulah. Langit tidak selalunya cerah. Ecececeh!

Aku ni jenis orang kalau itu kerja aku tapi bila orang tolong tanpa aku tahu pula tu ramai-ramai penuh sesak, otak aku terus automatik jadi lembab. Walhal, kerja aku paling terbaik adalah kerja under stress.

Last sekali aku perlu hantar folder ke kaunter setelah berjaya mendapat tempat paling awal bagi pesakit ini. Bila bayi/budak adalah pesakit anda, maka secara tidak langsung, beliau adalah bos. 

Kau doktor ke, kau audiologis ke, mood pesakit perlu ikut dan diturutkan.Terutamanya akulah yang memerlukan pesakit SILENT and STILL.  Eh, apa kau ingat aku boleh buat kerja kalau budak tak nak bagi kerjasama? Itu satu hal. Kalau budak menangis, memang babailah sesi hari itu.

Dan disebabkan aku tak tahu siapa yang let the patient wait for the doctor (as I didn't know where he was while sending the folder), aku assume dia dah ada depan pintu bilik doktor. Nak cari memang tak sempat sebab next patient was waiting and yet, aku percaya sesiapa yang bagitahu, dah bagitahu yang sepatutnya.

Sejam setengah berlalu.

Aku keluar ada kerja, tiba-tiba ayah patient tercongok depan aku.

Sungguh dari seratus jatuh kosong semangat aku nak tengok patient bila kena marah yang bukan aku salah. Tak, aku tak salahkan sesiapa. Aku rasa dia salah faham tapi apalah guna aku terangkan kalau dengan penerangan bukan menjernihkan. Maka, minta maaf secara polite adalah yang terbaik.

Tapi, mood yang jatuh itu tetap tak naik naik.

But then I learnt, don't assume anything when you in doubt. DO! Make sure what is unsure.

*** 
Allah tu adil. Dia tak kasi hamba dia sedih lama-lama, terus dia bagi benda yang gembira.

Next session.

Hati terus jadi lembut, terus nak banyak bercakap dengan diri sendiri nanti esok besar aku akan jadi anak yang macma ni ke tak?

Okay, selepas ini entri berunsur ilmiah ye anak-anak.

Ada seorang makcik (mungkin layak aku gelarkan nenek) datang, terus aku rasa zapp hati tersentap. Aku tak boleh kalau orang tua tua masuk klinik. Aku ingat dekat mak ayah tu lebih sikit. Selepas beberapa assessments dan history taking, this patient was diagnosed as severe sensorineural hearing loss bilaterally.

Tahap pendengaran teruk jenis saraf kedua-dua belah telinga.

Nak ambil history agak sukar sebab of course kena tinggikan suara which memang sangat nampak tidak polite. Tapi, nak buat bagaimana dah naturenya klinik akan berlangsung begitu jika pesakitnya orang dewasa yang bermasalah begini. Nampak rude, tapi for the patient's sake, it has to be like that. No matter how. It has to.

Apabila seorang audiologis sudah mendapat diagnosis, management seterusnya adalah membuat keputusan samada pesakit perlu di refer pada kepakaran lain, atau perlu di ulang semula assessments pada lain waktu, atau penggunaan alat bantu pendengaran dan jika perlu sebelah telinga (unilateral fitting) atau kedua-dua belah telinga (bilateral fitting). 

Untuk kes yang didiagnosiskan sebagai presbyacusis (faktor usia) tahap keterukan seperti kes ini, penggunaan BILATERAL hearing aids would offer very much benefits.

Kenapa perlu dua?

Cuba kau tutup sebelah telinga, apa perasaan bila mendengar begitu?
Cuba tutup sebelah telinga, kau boleh agak tak orang paggil dari belah kiri ke kanan ke depan ke belakang ke?
Cuba kau tutup sebelah telinga, kau cuba rasa kening kerut tak bila orang cakap laju?

Haaa. Itu baru sikit, sebab banyak tak boleh nak dicomparekan bila pendengaran normal. Bilateral hearing is always better than unilateral (sebelah telinga). Bilateral hearing also important for localization. Cuba ada bunyi kereta dari belakang tapi kau tak tahu dari arah mana bunyi tu? Tak ke bahaya? 

Unilateral hearing reduce the perception of speech. Nanti kau banyak guna gerak mulut untuk faham apa orang cakap. Bila mendengar dua belah tinggi, kita dengar lebih better kerana ada binaural fusion. Kira macam bila guna dua belah telinga, benda yang kita dengar akan jadi lebih kuat sikit. 

Terima kasih kepada Allah kerana menciptakan otak seefektif begini.

Bila kau berbual tengah pasar penuh bunyi bunyian yang bising, kau perasan tak serabut tu? Orang ada hearing impairment, keserabutan mendengar dalam background noise adalah berganda-ganda dan itu sungguh frustrating. Hearing aids adalah alat yang paling membantu sebab dia akan cut off the unwanted noises.

Kalau pakai sebelah sahaja, sebelah lagi yang tak diamplifykan saraf pendengarannya makin lama makin deteriorates dan akhirnya, elok elok takat tu tahapnya, lain kali cek akan jadi lebih teruk. Silap haribulan, hearing aids juga sudah tidak mampu membantu. Itu antara reason kami, audiologis mahu elakkan berlaku.

Maka kami telah prescribe few hearing aids dan senang kita scorekan begini dalam sesi bersoal jawab.

1. Without heairng aids: 0-10 percent patient answered correctly
2. Unilateral fitting: 50 percent or less correctly answered
3. Bilateral fittings: 80 to 90 percent. If without the needing to repeat the questions, almost all were answered correctly.

Obvious kan? 

Masalah besar adalah kita perlu memberi fahaman ini kepada pesakit. Dan, untuk memberi faham bukanlah mudah.

Eh, kau ingat kita nak faham ABC tu mudah ke? Nak faham kenapa ayam di eja A.Y.A.M dan bukan A.Y.A.N. Haa. Macam tu lah.

Oh. Pesakit aku ni tidak mahu memakai dua hearing aids. Ololololoh. Aku sedih lebih sebab aku percaya one day dia akan nak pakai dua. Dia cuma belum perasan yang dia menjawab soalan kami dengan betul dan sudah berjaya menjadi sebahagian dari conversation. Maka sesi dah jadi macam negotiate tapi sungguh happy sesi ni sampai lupa kes kena marah dengan pesakit tadi. Nenek ini sungguh comel.

"Pakai satu sudohlah,"
"Bakpo tok sei pakai duo? Pakai duo lah mudoh,"
"Tok sei. Malu,"
"Malu ko sapo? Kalo tok pakai lagi malu. Nanti oghe perase mok cik tok dengar,"
"Mak cik oyaklah mok cik to dengar. Pakai satu sudohlah,"

Pandang clinician. Pandang partner. Anak dia memang dah happy. Berapa kali dia bagitahu, kalau tak pakai mana boleh mak dia nak berbalas soal jawab. Nampak benefit itu? 

Hearing loss is the common factor to cause social impairment.

"Pakai dua deh?"
"Mok cik to sei pakai duo, bosan ko dia (merujuk kepada anak) dok pakso suruh maghi. Tu hok maghi,"

Aku berterima kasih kerana anak ini sungguh care. Kau kau yang baca ni, kalau dah perasan diri sendiri atau ada ahli keluarga yang dah nampak mula ada masalah pendengaran. Pergilah awal, the earlier the better. Kalau nak tulis kenapa, panjang. Lain entrylah.

"Rayo oghe buleh baju raya, mok cik buleh telingo rayo,"
"Pakai satu sudohlah?"

Adeh.

"Pakai duo mudoh nak kecek nge oghe. Sedap sikit dengar,"
"Oloh doktor. Bukan nok pegi mesyuarat pun,"

Huahuahua. Semua orang dalam klinik tersenyap dan kemudian ketawa. Sungguh bijak makcik ini membuatkan kami terdiam dan mula bekerja keras berfikir alasan apa lagi sesuai untuk dia setuju.

"Nanti nok gi balasoh (musolla) mudoh nok dengar ceramah. Cucu kelik bule bual macam-macam,"

Heeee.

Sudahnya, anak dia beli dua juga dan nanti dia pujuk pakai.

Baguskan?

Semoga kita semua akan menjadi anak yang baik. Seorang mak boleh jaga sepuluh anak, seorang anak boleh jaga tak bukan sepuluh mak tapi SATU! Oh, mungkin DUA kalau kau ada mak mertua.

p/s: Hehehhehehehehehhee. Research proposal postponed lepas raya. Terbaik! I trust my guts and its proven, postponed!
p/s/s: Ada banyak kesalahan ejaan bahasa kelantan. Kalau aku eja betul betul, kau tak faham pulak.
p/s/s/s: Padanlah kalau nak menegur, ada caranya. Sungguh happy bila supervisors kata my research proposal bagus, terus melonjak-lonjak nak buat the best! (Walaupun nak start awal writing tu, bau pun tak ada :P).

Tak kisahlah kalau lepas ayat pujian tu ada, 'kalau begini lebih baik, kalau begitu lebih bagus'. :P





No comments: