Aku tak tahu kalau korang pernah lalui sama dengan aku, tapi lately... aku macam selalu dapat benda ni. Confuse.
Aku perasan ada beza zaman belajar dengan zaman bekerja. Dulu, kalau penat bagai nak gila sekalipun, still ada masa nak hang out, tengok movie, buang masa. Sekarang, penat gila tu maknanya penat menggila. Setiap detik masa adalah rugi kalau tak digunakan untuk tidur. Macam tulah.
Selalunya, kalau maghrib aku tunggu nak solat Isyak sebab elok je lepas tu memang selamat tinggal dunia, hello alam mimpi. But lately, lepas maghrib, pantang kalau aku letak kepala je... memang alamatnya pukul 3, 4 pagilah Isyak aku. Kalau sekali ngan tahajjud sedap juga aku dengarrrrrr tapi memang taklah kan.
Disebabkan dah tak berapa nak betul jadual lelap aku, jadilah satu malam aku tunggu Isyak sambil baca novel. Masa baca novel, hati aku tak sedap jadi aku pesan lepas azan sila solat.
Tiba-tiba aku terbangun pukul 4 pagi, terus pergi bilik air ambil wuduk, masuk semula bilik dan confuse. Eh, aku dah solat ke belum? Dah ke belum? Dah ke belum? Aku tengok kain sembahyang aku dan sejadah, elok tergantung. Hmmm. Tengok baju, elok dah pakai baju tidur. Tengok novel (takut-takutlah terlelap masa baca), elok terletak tepi bantal siap penanda buku aras aku baca. Tengok lampu, dah bertukar dari lampu bilik ke lampu tidur. Tarik nafas.
Kalau ikut pada bukti-bukti yang dah ada, maknanya aku dah solat. Aku ni dah semayang ke belum? Untuk mengelakkan was was, aku semayang jugak. Nampak benar tak khusyuk tadi. -.-"
Sampai sekarang aku duk fikir, apa jadi sebenarnya. Aku dah semayang ke belum. Oh! Heh.
Lepas kejadian tu aku jadi beringat. Sebenarnya satu je penyelesaian terbaik, nabi dah ajar pun saja buat degil suka ikut syaitan. -.-" Nabi ajar;
Solatlah di awal waktu.
Okay, sila tampar muka sendiri laju-laju.
2 comments:
xsemayang lg lettew..
Entahleee~
Post a Comment