Tak adalah beautiful mana just hmm.. hanging out with dear friends masa zaman zaman belajar and text-ed the others to let them what? Jealous? Haaa.
We decided to watch movie yang dah tentu tentu aku yang pilih cerita.
"Kak Hud. Ni?"
"Aku tak layan melayu, sorry,"
"Huda, yang ni?"
"Urgh.. tak layan komedi,"
Sudahnya aku pilih Contagion yang aku dah tahu and boleh predict jalan cerita. Nak pilih Final Destination 5, kang ada yang termuntah dalam tu kang. Cliche sangat kot cerita macam ni. Well, cerita a bit slow, bosan for another word. Virus datang, jumpa cure, dunia stabil kembali. Simple. Bukan takat simple, lembab pun iye.
Hahahha.
Well, aku cuba tengok perspektif berbeza. Sebenarnya nak kasi alasan biar worth spend tiga belas hinggit. Actually, aku terasa cerita ni berbaur politik pada awalnya. Blogger-politician-citizen. Makin lama aku tengok, makin ternampak jelas yeppp, it's more or less.. political issue.
Itu satu hal.
Satu hal yang lain, aku sedar yang nilai normal manusia amat mudah terjejas bila keadaan mendesak. Salah satu scene yang buat aku telan air liur, wuu macam mana merusuh boleh jadi sesenang dan secepat sekelip mata? Like whoaaa?
Aku yang pernah terperangkap dalam deruan manusia yang tiba-tba membanjiri kawasan beg aku tengah pegang, pun dah cukup lemas terus larikan diri. Inikan pulak rusuhan yang dah sah sah kalau kau mati siapa nak peduli?
Huh! Sebab tu aku tak suka Jusco buat Happy Hour! Nanti aku lemas tengah jalan. Jantung laju, peluh menitik, kepala berdenyut. Eh, tetiba.
Dan aku terfikir, berapa ramai pemimpin yang sanggup berkorban macam yang ada dalam cerita ni. Jauh panggang dari api kot. Yang ramai adalah yang bila naik jadi pemimpin, maka parti heyy mari mengumpul harta habis habisan.
Kalau apa yang aku cakap ni salah, maka seharusnya tidak terjadilah rampasan juta jutaan Tunisia, ataupun tidak terjadilah emas kilo kilo-an Libya. Dan, tak adalah baju dinner saja 14 almari, 36 rak, dan 117 stor. Tu baru dinner. Lunch? Breakfast? Supper?
Kalau ada sepuluh waktu makan, sepuluh jenis almari lah kan. Belum masa berpuluh-puluh jenis perayaan. Tak kira lagi yang enterpremmmmmm punya pakaian.
Macam kalau jadi pemimpin maknanya kau kaya. Kan? Nasib tak nampak dosa dosa sendiri atas kepala. Belum masuk dosa rakyat berat bahu pikul, berat lagi otak ketakutan nanti. Kalaulah tuhan bagi nampak satu dosa kau buat, tinggg keluar suara! Sila ambil peringatan, satu dosa telah dibuat, sila top up dengan 2 kali pahala agar nilai timbangan anda mencukupi untuk masuk syurga.
Tak adanya orang nak jadi perdana menteri siap tawar diri oh lantiklah aku aku aku!
Tak adanya orang nak jadi perdana menteri siap tawar diri oh lantiklah aku aku aku!
Tuhan tak buat macam tu. Sebab tu ada dosa pahala syurga neraka.
Kejap. Bukan kau nak cerita pasal movie Contagion ke?
2 comments:
nice blog :)
Thanks. :)
Post a Comment