Wednesday, February 9, 2011

Dear Diary: I Broke My Promise

Dear Diary,
Saya janji masuk sem baru saya akan kerja kuat. Saya akan selalu happy bila masuk klinik. Saya akan jumpa patient dengan semangat. Saya akan siapkan diari patient sebelum balik dari klinik macam mana lewat pun. Saya akan usaha sungguh sungguh supaya saya dapat guna semua mesin dengan cekap. Saya akan buat report yang paling sikit supervisor saya akan tandakan salah.

Saya belajar banyak benda dengan semangat macam ni. Walaupun patient saya menangis. Walaupun patient saya pelik pelik. Walaupun saya hampir give up tengah jalan. Walaupun saya masih terkial kial guna softwares, walaupun saya selalu tak dapat catch up dengan kelajuan supervisors saya, saya gembira. Saya bersemangat masuk klinik.

Saya buat baju baru supaya sama macam semangat saya. Demi Allah, perasaan jumpa pesakit macam ni tak pernah ada selain dari semester ini. Dan demi Allah, inilah semester yang saya tak sabar nak tolong pesakit pesakit saya sendiri bila saya berjaya grad.

Dear Diary,
Saya tulis ni bukan saya mengeluh. Cuma, saya takut. Saya selalu pesan pada diri, just follow the flow. Macam mana susah pun, saya mesti boleh. Allah tak uji di luar mampu. Walaupun ada kawan kawan saya yang dah hampir habis collect data untuk projek penyelidikan mereka, saya tetap pesan supaya bertenang. Saya tahu, kalau saya takut saya tak boleh buat kerja. Kalaupun saya boleh buat kerja, kerja saya tak akan efektif.

***

Atas tu tulis masa betul betul BETUL LOST! Macam biasa, bila sesak dada serabut mesti nak tidur. Baring atas katil, cuba cari lelap, yang tinggal hanya sebak dada.

Makin naik tahun, makin lapang masa, tapi dada terus sesak. Kadang kala, rasa mahu balik ke tahun dua. Biar assigment bertimbun, biar kelas berturutan dari pagi sampai petang kadang sampai malam. Biar kena ke hulu hilir Murni-Nurani-Library! Tak apa. Kena tegur dengan supervisor balik cengeng, kena marah dengan patient pun TAK APA!

Jangan lengang begini. Kerja bersusun tapi sumpah tak ada mula. Tak boleh mula.

Mula semester dah ajar hati jangan ada dengki. Kawan sudah mula collect data, hati tak kisah sikit. Sungguh tak rasa apa. Appoinment dengan doktor hanya postpone dan sekarang sudah lebih sebulan pun masih tak apa. Masih boleh pujuk hati. Sungguh tak tipu.

Selalu nak pergi jauh dari USM tak berani sebab temujanji. Nak pergi fisio pun tak berani, takut lewat. Nak makan pun kadang kala tunggu dulu, takut tak sempat kejar. Tunggu lama atas tangga pun boleh didik hati sabar sabar sabar.

Saya sangat sayang pengajar saya. Sangat kagum dan menjadi idola. Sangat pemurah, baik hati, mudah senyum, suka melawak. Saya tak pernah jumpa guru begini sepanjang hayat saya belajar. Sebab tu bila jadi benda benda macam ni, sikit pun dalam hati saya tak simpan.

Tapi ralat mula bila kawan tumpang risau sebab langkah pertama pun entahkan bila boleh diambil. Tapi, saya yakin diri saya work well under pressure. Memang nanti muka saya serabut, nanti emosi saya cepat nak angin, eh semua orang stress macam tu kan?

Tapi saya suka kerja yang macam itu. Kerja yang buat saya energetik. 

Cuma kali ini, saya deal dengan manusia. Bila deal dengan manusia, kena ikut jadual waktu, ingin, mahu, selera, bantu mereka. 

Tadi memang betul betul saya dah tak ada daya sebab takut saya agak memuncak. Saya lost. Saya ada benda kena buat tapi saya tak boleh mula. Saya nak grad tahun ini. Saya dah cukup tertekan fail clinic disebabkan panic attack. Kalau boleh saya tak nak berulang lagi sebab tu sem ni saya ajar bertenang. Tapi, terlalu bertenang tidak bagus.

"Dr. R, ada masa tak?"
"Ye Huda?"
"I need your help. Saya betul betul lost sekarang,"

Tak pernah saya buat confession yang saya memang lost. Bila doktor ini bercakap, tak ada benda yang timbul melainkan kagum.

"Huda, awak belajar satu benda baru kali ini, kan?"

Angguk.

"Okay. Sekarang kita tulis satu satu masalah dan macam mana nak selesai,"
"Saya perlukan permission,"
"Then you need a letter, contact," 

Panjang saya cakap. Dia bagi saya jalan. Dan saya memang orang yang bukan boleh sabar. Sungguh tidak. Saya tenung jam. Baru 3 petang. Saya yakin pukul 4 saya boleh siapkan.

"Saya boleh siapkan dalam pukul 4 . Tapi doktor janganlah tunggu,"

Saya kejar benda saya kena buat. Dalam masa sejam, saya kena baca folder patient, telefon untuk emel, fotostat 100 salinan. Kerling semula bilik Dr. R. Masih terbuka. Lari pergi library untuk komputer.

Library guna sistem baru. Nak pinjam kena daftar. Librarian bagi sejam untuk mula. Saya berjaya siapkan surat. Dua bahasa. Saya savekan dekat desktop. Saya baca semula untuk final check. Tarik nafas hampir lega. Buka emel, attach files. Out of sudden, komputer black out.

Tengok jam, oh sejam berlalu. Dah selesai renew untuk jam berikutnya. Buka desktop. Kosong. Search file 'golf', kosong. Tengok recent document, kosong.

"Oh, once computer shut down, all the files will be automatically deleted,"

Allah.
Allah.
Allah.
Allah.
Allah.

Hanya kurnia sabar ya Allah untuk masa ini. Terngiang-nginag bicara Dr. R.

"Even you work fast, when others don't, thing still won't goes well,"

Dari library sampai bilik dah tak peduli. Air mata tak berhenti turun. Sebak bukan sebab surat hilang sangat. Sebak sebab marah pada diri sendiri. Lagi marah sebab tak tahu apa nak dimarahkan.

***

Dear Diary,
I'm sorry. I promise I won't cry this semester. 
But.... 
I just did....

3 comments:

Aimi said...

I just did it too. I have been tried very hard. But, it just happen....

reading your entry, once again, I broke my promise that I made last night...

Kak hud, will we survive?

Fatin Sakura said...

whatever happen, dont give up... chaiyok2! please, hold on to your self, the biggest promise that u will break is your own dream!..

Just this moment u will have this kind of limited time for everything. Just hold on, At the end , u will have more time to spend. (nasihat untok diri sendiri jgak)

(ape panjang2 sangat komen nie)
aja2 fighting!

INFINITY said...

Aimi: If you ask me, I don't know.

Insyallah. We will! We have to. Sometimes, I really feel wanna give up.. but stand strong the only choice we have. Insyallah, we can make it, Aimi. :)

Fatin: Thanks untuk nasihat. Final year agak berat nak hadap. :'(