Tuesday, January 11, 2011

Jangan Pandang Susahmu

Kadang kadang aku putus asa kerana masih tidak dapat melompat berlari. Kadang kadang kecewa kerana sukarnya merebut masa ke fisioterapi. Kadang kala mahu biarkan kaki ini semakin mengecil dek kerana muscle wasting. Namun dalam hati pasti membisik ada gembira bila ke pusat pemulihan di sana.

Mungkin mereka yang seangkatan denganku melakukan perkara yang sama kacak kacak belaka. Meski di sana, aku banyak memilih berdiam diri seakan sombong, aku punya fisioterapis Masyallah! Hahaha.

Hingga satu hari, aku duduk sebelah seorang makcik tua. Aku bukan peramah dan aku suka menegur orang tua. Tapi disebabkan aku banyak diam dalam fisio, maka mak cik ini menegur aku dahulu.

"Mek bakpo?"
"Penyakit cari sendiri. Main bola, putus urat, kena skru semula. Mok cik?"
"Accident. Kaki patah tiga. Tangan patah tiga. Rusuk patah dua,"

Aku pandang. Berfikir ayat apa paling sesuai untuk bicara.

"Lama dah ke?"
"Setahun dah,"
"Berlanggar gapo dengan gapo?"
"Kereta sama kereta. Kakak mok cik masa bawa tu royak sakit kepalo tapi dio nok bawok jugok kereto walau anok dia tawar nok bawa. Masa bawa, jalan straight, dia keno strok. Kaki atas pedal minyok, masok jalan orang, berlanggar di Panji. Masuk berita masa tu,"

Siapa sangka akan berlanggar atas kejadian sebegini? Stroke attack during driving?

"Orang lain teruk ko?"

Diam. Ada warna merah mula terbit di tubir mata.

"Kakak mok cik mati,"

Aku pula diam mencari sesuatu. Ini bukan Deja Vu. Ini sesuatu aku tahu.

"Mak cik, accident tu bila?"
"Tahun lepas,"
"Jalan luas kan? Straight? Kiri kanan sawah?"
"Ho,"
"Kereta viva?"
"Aah,"
"Warna putih?"
"Ho.."


Siapa sangka aku adalah orang yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kerana kemalangan ini ketika itu?

1 comment:

Fatin Sakura said...

eh... cam penah ingat jer pasal kes nie...