Friday, January 14, 2011

Kadang-Kadang

Kadang-kadang bila fikir perlahan,
Susahnya berkawan-kawan,
Hidup dua tiga teman adalah cukup.
Sempurna pada angka,
Mudah pada cerita.

Bukan senang orang nak faham perangai kita.
Tiada yang tahu bahasa bagaimana selalu kita guna.
Tiada yang mengerti susah payah rasa berubah.
Tiada yang hargai kenapa kita mencuba.

Bukan mahu terima kasih.
Sungguh bukan mahu bertekak lidah.

Hanya salah fahaman.
Maka sepatah tak dibenar bicara.
Dan terus meletakkan salah.

Mahu senyum, hampa.
Mahu bicara, terasa.
Mahu biasa, kecewa.

Kalau aku begini, kau harus telan.
Kerana aku terima, bagaimana kau begitu.
Kalau ini sifatku, fahamilah.
Kerana bila itu lakumu, aku tak berhelah.

Aku bukan lahir, dari keluargamu.
Engkau juga bukan hadir, dari keluargaku.

Kau tidak telan sukar zaman kecilku.
Engkau tidak rasa dihina zaman remajaku.
Engkau tidak hadap pijak zaman mudaku.

Kerana itu,
Aku telus dalam bicara, jelas pada cerita, dan banyak pada tanya.
Kerana kau tidak telan bagaimana hina aku diketawa.

Aku selalu,
Tegas pada kata, tiada dua pada percaya,
Kerana kau tidak rasa, bagaimana torehan luka sang mangsa.

Aku kerap,
Mencari benar pada cerita, memberitahu pada samarnya,
Kerana engkau tidak hadap, bagaimana aku salah, jika berdiam.

Namun, buluh terlentur kini,
Dari bukan enak masa rebungnya.
Dan andai dapat ku putar agar kau melihat,
Sejuta genap dalam hidupku,
Boleh kau kasihan.

Bukan itu aku mahu,
Dalam jauh hati,
Jangan amarah pada sifatku.

Cuma kasihani,
Zaman silamku,
Yang menjadikan aku,
Apa yang kau nampak,
Apa yang kau perhati,
Apa yang perlu kau alami,
Hari ini.

Aku sedar pada salah sifatku.
Aku cuba pada ralat lakuku.
Aku pesan pada setiap langkahku.

Sesekali ia terlepas bebas.
Selalunya ia mengundang benci

Maka aku mohon, jangan lama.
Maka aku pohon, jangan sentiasa.

Hati kerdil ini, dalam tidurnya,
Hanya mimpikan kamu.
Dalam lenanya,
Tiada baik datang menjelma.
Hingga setiap mimpi hadir,
Semuanya buruk cerita.

Terkesan dengan situasi,
Berperang dengan diri,
Betapa setiap wajah kamu,
Penting dalam hidup aku.
Dan,
Andai terganggu di siang hari,
Maka meranalah sepanjang mimpi.

Percayakah engkau perihal psikologi?
Tahukan engkau segala teori?
Dia yang kau selalu terkadang terbit benci,
Berperang sentiasa dengan diri...

Aku cuba.
Sungguh aku cuba.
Sungguh.
Aku.
Cuba.


Aku harus sembunyi silamku.
Namun menjadi tari yang tampak,
Dalam alam dewasaku.


Maka, baiklah aku sendiri.

No comments: