Friday, December 31, 2010

Lu Jantina Apa, Bro?

Aku kalau duduk sorang sorang memang jangan haraplah aku nak cakap sepatah pun. Muka memang ayah aku kata sombong habis pulak tu dok perati orang macam nak makan. Kalau jalan memang tak tengok kiri kanan sampaikan orang tegur eh huda nak gi mana?

Mulalah gelabah sori sori tak perasan.

Aku rasa lately Malaysia makin parah. Kenapa? Aku rasa mereka mereka ini jati diri makin entah. Haih. Kalau Allah nak turun bala, kalau kena kau sorang tak apalah, ni kalau dah turun, semua rasa sikit sorang.

Masalahnya, kalau nak ditegur, bukan jernih pun keadaan. Makin keruh. Silap hari bulan, tak pasal pasal kau kena tikam celik mata terus, maaaa rabbuka?

Oh dunia.

Tempoh hari aku tunggu turn masuk toilet. Masyallah, ramainya manusia, tuhan aje yang tahu. Tandas memang banyak, tapi masih tak tertampung oleh ramainya manusia yang nak menggunakannya.

Tengah duk layan perasaan, berlalu seorang yang lembut dan ayu dan sopan dan jalan berlenggang lenggok. Dari cara jalan yang wanita asli ayu pun tak selembut itu, aku boleh teka siapa.

Ek ele, dengan warna hijau dekat pipi tanda baru lepas shave lagilah, come on mannnnnn. Aku tengok je, tak campur. Aku tengok tapi menyirap darah.

Weh, kau nak tukar jantina, itu kau dengan tuhan.

Tapi kalau kau decide nak masuk tandas WANITA, tolonglah agak gak weh.

Aurat aku nak kena jaga dan sepatutnya tak payah dalam tandas wanita yang aku perempuan?!

Ke aku patut masuk tandas lelaki?

WTH!

4 comments:

DarkArtz said...

nape kau x halau je beliau???
kata gagah perkasa.......
huhuhu......

INFINITY said...

Malas nak berlagak menghuru harakan suasana. Hhehehehe. :D

hanisah said...

dia sampai masuk tandas pmpuan ke?
ish. ntah pape je.
agak agak laa.

INFINITY said...

Aah. Memang masuk restroom pompuan. Teruk gila!