Thursday, November 4, 2010

CIK Huda

Aku mulakan dengan bismillah semoga tiada riak dari syaitan yang kejam mengiringi penulisan ini, Insyallah.

Fuhh.

Pembukaan yang mantop. Elok lepas solat Maghrib aku terlentok depan kain setimbun atas katil yang baru kering ingat nak lipat cantik cantik tapi TERtidur! Serius punya tertidur ni. Tapi mimpi, Masyallah sungguh menakutkan.

Mula mula manislah sebab berada dekat tanah tinggi sejuk ada orang jatuh hati. Eh?

Betul. Lepas tu terus mimpi tukar bahawanya ajal sudah hampir tiba. Masa itu ayah emak kat sisi terus peluk erat-erat, terus mengaku semua salah salah sepanjang hidup tak kira yang melawan cakap, yang amik dua puluh sen sorok-sorok nak beli aiskrim pop punya pasal, yang itu yang ini. Sumpah takut gila bila tahu ajal sendiri.

Lagi sedih bila ayah tak nak dipeluk sebab dia tak mahu ditinggalkan anak gadis yang dibesarkan 23 tahun yang sungguh sukar. Apa tak sukar kalau dah kepala batu, hati keras. Hoho. Dan dan tu terus ketat dada, batuk batuk sambil zikir, oh sudah sampai masanya aku tinggalkan alam yang fana ini.

Tarik nafas sepanjang boleh, terus sedar dari lena. Ohhh, kena serangan asthma padanlah mimpi bukan bukan. Musim hujan macam ni, akan adalah sesi berjalan seorang diri ke jabatan kecemasan. 

Mengucap syukur dengan banyak sebab semua mimpi dan masih hidup, masih mampu taip entry ini dengan jayanya. Jenguk jam dekat tangan, kemudian terkejut. Aik? Sejak bila tak pakai jam masa tidur?

Turun katil, oh pukul 1030 malam. Blurr sambil mengingati mimpi itu. Dan padanlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah  mimpi bukan bukan, TAK SOLAT ISYAK LAGI.

***

Bukan nak ceirta tu sebenarnya. 

Ada sekali aku tulis dekat FB, kita mudahkan kerja orang, kerja kita pula dipermudahkan. Kebelakangan ini (Ya Allah jauhkanlah aku dari sifat riak!), adalah beberapa orang minta tolong perihal pendengaran atau telinga atau seumpamyan. Bermula dari tulisan tulisan separah ilmiah berkenaan ilmu yang seciput cuma, hinggalah yang dari alam realiti.

Dulu memang tak tahu apakah audiologi. Lepas dapat sakit, mulalah ada insaf terselit. Dan setiap hari dikelilingi pensyarah pensyarah baik hati, ringan tulang, sungguh sopan, hati jadi lembut minta doa selalu supaya satu hari nanti kalau tak jadi baik macam tu, sekurang-kurangnya ada yang lekat. Sikit pun jadi, janji kekal.

Perkara yang paling mengagumkan bila selalu berjumpa atau terjumpa dengan penasihat akademik, Prof. Din, tak pernah sekali dia tolak orang minta tolong. Serius sekali pun tak pernah. In fact, antara pesakit yang selalu minta tolong, aku.

Terus tanam dalam hati, kalau orang minta tolong terutamanya pesakit, perkara terakhir aku nak lakukan atas dunia, adalah menggunakan perkataan ini; TIDAK.

Alhamdulillah, setakat ni mana mampu aku tolong. Berat juga kadang kadang nak kata ya bila tengah sibuk taip report. Susah juga kadang kadang nak jawab mesej perihal alat bantu pendengaran, masa tengah seronok luang masa dengan keluarga. Sukar juga kadang-kadang nak arrange masa untuk pesakit jauh tapi sungguh berharap.

Berpaksikan cuba kalau aku sakit dan sangat memerlukan macam sekarang nak dapatkan bilik kosong, tiba tiba orang tak mampu layan sebab beliau ada kerja yang lebih besar. Apa perasaan aku? Berpaksikan juga janji Allah kalau rajin membantu, maka akan dibantu, terus tahan hati dan nasihat jiwa, mesti tolong orang dalam kesukaran apatah lagi kalau pertolongan tu dalam bidang kita. Sebab kalau bukan kita, maka siapa lagi?

Contohnya kalau kau sakit, mesti nak minta tolong doktor kan tapi kalau doktor taknak bantu takkan nak suruh jurutera? Maka, apa hukum keatas doktor itu? Macam tulah maksud aku.

Macam ada pesakit yang aku bantu ketika di salah sebuah hospital tempat aku menetap dulu telefon benar benar mengharapkan bantuan untuk mendapatkan tarikh senang cerita temu janji di HUSM dan ketika ini aku sedang menghadapi bulan peperiksaan akhir. Kalau ikut prioriti, boleh je kan aku refer mana mana dan siap kerja aku.

Tapi, siapa tahu dengan aku bantu Allah permudahkan aku menjawab ujian? 

Hidupkan roda? One quote said, what you give you get back. Kan?

Dan sungguh berbesar hati bila dapat dengar suara sangat gembira dihujung talian ucap terima kasih berkali kali. Tersentuh habis. Betul juga kalau guna proverb, 'put youself in other's shoe' sebab tengah berbual tu terus bayangkan diri sendiri bila berhajat, disambut senyum. Perasaanya manis, bukan?

Cuma satu je masalah aku. Betul-betul jadi masalah namun macam kena sedar diri aku dah dewasa. DEWASA!

"Cik Huda, saya ada baca blog Cik Huda perihal alat bantu pendengaran bla bla bla,"
"Boleh saya minta tolong satu benda dulu?"
"Apa ya?"
"Rasanya panggil Huda je. Buang cik kat depan,"

Ini yang tanya melalui mesej.

"Saya nak tanya pasal kursus audiologi. Cik Huda sibuk ke,"
"Ada kerja sikit tapi it's fine. Nak tanya apakah?"
"Bla bla bla. Cik Huda boleh jelaskan?"
"Boleh. Dan, tak perlulah ber 'cik' 'cik',"

Ini melalui laman sembang.

"Terima kasih Cik Huda! Terima kasih banyak, Cik Huda!"

Ini penggilan telefon.

Sigh! Bagi aku yang lebih senang membahasakan diri guna nama, terus rasa pelik. Takkan lah nak cakap lepas ni, "Tak apa. Nanti dah sampai HUSM boleh call CIK Huda (instead of saya/Huda), kalau tak ada aral CIK Huda datang,"

Buruk benar bunyi!





Terus mengadu pada Azah, kalau tak letak 'Cik' kat depan nama tak boleh ke? Dan dan Azah mengomel, sampai bila nak jadi budak kecil? Sila sedar diri, lagi beberapa bulan nak melangkah ke alam kerjaya dan panggilan CIK kat depan nama adalah biasa, menunjukkan formal dan mesti guna. Cess!

Tak naklah. Dah kerja nanti bila orang guna CIK Huda, cepat cepat aku nak betulkan. PUAN Huda.

Aci?

3 comments:

lunar wolf said...

..sy syg cik huda~

Fatin Sakura said...

ohoho...cik huda, saye tegelak2 bace cerita kamoo..ohoho

INFINITY said...

Lunar: Saya sayang Puan Haida. HAHAHHA.

Fatin: Ada yang lucukah? :P