Monday, July 12, 2010

Saya Belajar Secara Formal Bagaimana Tidak Mahu Marah

Semester ni I ambil satu subjek lain dari yang lain; Stress Management atau senang I translate; Pengurusan Stress. Stress ni adalah tekanan. Walaupun bunyi perkataan tekanan tu lebih kepada sudut negatif, stress sebenarnya terbahagi kepada dua.

Distress contohnya yang macam kecewa terjun tingkap dan Eustress contohnya macam heh, I kena dapat dean list mesti mesti mesti, lalu I belajar dengan penuh berkobar-kobar.

Okay? Ada faham?

Sekarang ni I rasa nak marah tapi I nak aplikasikan benda yang I belajar tapi tetap geram!

I hantar dobi segala perkakas selimut bantal cadar comforter. Bila I nak pergi ambil, cormforter I je ada. Kalau zaman dulu-dulu, memang I mengamuklah. Ceh. Taklah mengamuk tapi akan agak melentinglah. Ni I dah belajar stress management I tak nak stress stress maka I masih pergi minta dan kekal senyum cakap baik-baik.

Jawapan tetap sama. Tak jumpa lagi. Tak jumpa lagi. Tak jumpa lagi. Orang lain pun akan naik hangin juga kan kalau dah 5 hari pergi jawapan kekal sama.

I nak je tanya ni cari ke tidak ni tapi I masih senyum dan berkata esok saya datang lagi.

Haih. Nak melenting boleh?

Apa kes I tidur tak pakai cadar dan bantal berbogel? Cinderella punya bilik masa jadi hamba abdi mak tiri kakak-kakak tiri pun cantik!

Geram I.





Euwww. Gelikan Ber'I' 'I'? Huuu.

Tak. Tak. I memang tengah marah betul!

2 comments:

Manji Tan said...

i used to take that subject, eventually find that it never works..its better to piss off when im supposed to piss of

INFINITY said...

Is it? Aduhai. Well, senang score tak? Hhehehe. Carry marks pun, banyak kerja tak?