Sunday, July 11, 2010

Menyampes Eden

Semalam bersengkang mata tengok bola. Rasa macam dipulaukan bila Uruguay gol aku sorang bersorak! Aku SEORANG okay! Olohla. Bila part Jerman, kau ambik nak, tak dan dan semua suara keluar. Panas sungguh! Maka hari ini, tolonglah Netherlands menang!

Hari ni klinik dan ada taklimat. Berbekalkan satu jam masa tidur haruslah tak ada semangat dengan dalam hati sibuk mejerit berintensiti 100dBHL, olooohhhhhhh banyaknya kena cover clinic dan report! Macam mana nak tidur extra masa?

Eh, tak patut. Rephrase ayat.

Macam mana nak siapakan tesis?

Tak sesuai. Rephrase lagi.

Macam mana nak melakukan perkara secara multi. Atau multitasking. Atau menjadi pelajar pintar serba boleh sambil kaki kiri kanan melangkah, bahu ada beg berat 3 kilo (sebab ada buku KATZ mak aih!), jalan tangan kanan boleh buat kiraan kalkulator, tangan kiri jawab panggilan, "Ya ya, saya akan usahakan sampai ke sana secepat mungkin," Kemudian telefon satu lagi bunyi, suara kekal lembut (kan dah cakap multitask!) "Okay, puan jangan risau. Datang 18 Ogos ya,"

Okay ayat rephrase ni sesuai. Nampak sungguh busy student life walhal balik bilik on laptop, busy FB! Takpun ni ha, busy blog! Hebat lagi, busy nak pilih movie bersiri mana patut tonton dulu. Heh.

Alasaaaaaaaaan.

Okay semangat baru! Patient's quality of life adalah keutamaan. Sebelum itu, harus polish skill dengan klinik yang banyak dan report yang berjujuk (dalam bahasa Kelantan) atau berlambak-lambak dalam bahasa melayu surat.

Semangattttttt! Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penggilapan skill klinikal supaya kelak menjadi audiologis yang berdedikasi dan berkeyakinan tinggi!

Semangattttttttttttttt! Huruf besar. SEMANGAT! Boldkan. SEMANGAT. Maximum saiz menunjukkan betapa semangat membuak-buak,


SEMANGAT!






Okay, tidurlah dulu. Rehat.
Pfffffttt!

4 comments:

Izzahsakinah said...

S to the E to the M to the A to the N to the G to the A to the T!

part pasal multi masting tu I nak like so much! terbaiklah! =p

INFINITY said...

Hadei. Ternganga-nganga denagr semua perihal klinik semalam. Terlalu BANYAKKKKK. Wohooo.

^^ PinKy_FuNKy ~~ said...

klo tanak buat semua boleh nggak?gagagaga...azrin

INFINITY said...

bolesssss!