Sunday, June 6, 2010

Psikologi Semata

Minggu lepas adik aku membuat majlis di rumah kawan dia. Aku dan Azah adalah antara jemputannya. Aku merupakan anak yang sangat jarang berada di rumah, maka aku adalah anak yang kurang dikenali jika dibandingkan adik beradik yang lain. Jiran tetangga hanya tahu mak ayah aku ada anak tengah yang jarang mereka jumpa.

Bersempena majlis itu, punyalah aku memakai jubah bertudung litup habis sopan (eleh, sebab baru balik kerja malas nak mandi dulu je pun) dan Azah ketika itu hanya berT-shirt.

"Akmal, kawan kakak kau ayu je tapi kakak kau muka samseng,"

Ohoh. Muka aku samseng?
---

Bukan aku nak cerita ni sebenarnya. Berkenaan pos entri Mari Bernikah tempohari, maka bermulalah hari di mana ibu ibu tidak perlu memasak di hari minggu. Oh, aku adalah anak yang kena paksa pergi ke majlis kenduri kendara. Kalau bukan kerana paksaan, haruslah jiran tetangga makin tidak mengenali aku.

"Inilah angah? Kaki okay dah?"
"Okay aja. Sihat ni main futsal balik. Hehehhehe,"
"Macam tu pula. Tak apalah, lepas ni rawat orang pula. Bakal doktor kan,"
"Doktorlah sangat,"
"Buat apa sekarang?"
"Praktial kat Hospital Serdang,"
"Kerja situ terus ajalah,"


Sengih sengih.

Olohlah. Letih dah eh aku nak jelaskan, maka aku ambil pendekatan diam ajalah. Pesakit aku pun asyik duk panggil; doktor, kalau macam ni? Doktor, macam mana eh telinga saya? Doktor, telinga saya sakit.

Gasaklah kau. Doktor pun doktorlah.

Aku memang alah pergi tempat ramai orang. Alah benar. Mungkin psychosomatic tapi apalah sangat aku peduli. Tempat ramai orang buat aku serabut dan rasa nak muntah. Mujur Islam mengajar bersosial maka adalah alasan besar aku nak jawab pada syaitan penuh godaan.

Itulah hebatnya minda. Cuma, sampai sekarang aku tak faham kenapa minda sangat dipengaruh oleh melodi, irama dan lagu. Contohnya sepanjang proses makan memakan tadi, lagu yang sangat tinggi decibelsnya berjaya buat aku terfikir kalau tak kahwin tak boleh?

Kalau isteri pertama merajuk,
Balik ke rumah isteri muda.
Kalau dua-dua merajuk,
Ana kahwin tiga.

Banyak cantik?

Tak, bukan pengaruh lagu tu yang buat aku berfikir begitu. Aku cuma terfikir how marriage can be a nightmare?

Dan kemudian ke Kuala Lumpur yang dipenuhi bangunan bangunan pencakar langir, setinggi alam hasil dari susunan batu batan membentuk kemegahan. Dalam celahan setiap ciptaan yang memunahkan hutan itu; masih adakah manusia berhati manusia bersembunyi di situ?



p/s: Macam comel gila bila kenangan lama nak berputik semula. Oh comellah anda. :')

No comments: