Apabila helang berjumpa jaws dan mereka berbual-bual; angguk-menangguk. Kadang menggeleng kemudian ketawa. Sorang angguk sorang sengih. Sorang bercakap, sorang kerut kening. Sorang semangat bercerita, sorang lost in a track. Sorang A, sorang Z. Sorang itu dan sorang ini. Heh!
---
Petang tadi saya ada pesakit. Dia bawa anak dia yang bila saya tengok muka anak dia saya agak terkejut sebab saya rasa macam kami satu universiti. Saya rasa macam selalu nampak dia dekat USM tapi memang tak pernah bertegur sapa apatah lagi nak berborak. Jadi, saya diamkan ajalah ketika dia masuk melangkah bersama ayah dia.
Oh. Appointment ayah dia hari ini adalah untuk prosedur pemilihan alat bantu pendengaran. Apabila saya sibuk untuk menukar beberapa brand alat pendengaran, saya ringan-ringankan mulut bertanya.
"Student lagi ke?"
"Aah,"
"Oh. USM ke?"
"Tak lah. UK,"
Aku ketawa.
"Saya salah oranglah ni. Muka awak familiar dengan student dekat sana,"
Ketawa jelah kan. Apa lagi boleh aku buat bila dah malu sendiri. Ketika proses pemakaian alat bantu pendengaran, banyak dia tanya. Mula-mula aku assume dia budak medik ajalah. Asal study luar, semua aku cop budak medik. Hehhehehehe. Jadi, setiap kali aku explain, aku gunakan medical term aja. Dia menggangguk, jadi aku assume dia faham. Sekali lagi main main aja buat assumption.
"Ni brand apa eh?"
"Siemens,"
"Tadi?"
"Siemens juga,"
"Apa beza dia ya?"
Aku pandang muka dia. Sengih. Dalam otak, ligat fikir perumpamaan paling mudah aku nak jelaskan. Penjelasan paling faham. Pemahaman paling ringkas.
"Macam Nokia. Banyak brand tapi berbeza teknologi. Hearing aids ni, samalah. Brand sama, tapi features dalam dia lain,"
Dia angguk. Senyum.
"Study ambil medik ke?"
"Taklah. Engeneering,"
Aku ketawa besar.
"Saya cakap tadi, faham, kan?"
Sengih.
"Okaylah sikit-sikit,"
Aku pun agak nak menyekeh diri sendirilah kan sebab memandai buat assumption. Padanlah ada masa, dia kerut kening. Dia tak tanya, aku tak jawablah. Kalau dia bertanya, ringan aja mulut aku nak bercakap. Akukan suka mengajar, menerangkan memberi faham. Ewaaaahhhh!
"Cuba tanya ayah awak, yang mana dia suka. Hearing aids yang ni ke yang tadi ke yang mula-mula sekali,"
"Okay,"
"Ayah saya cakap yang ni ada bunyi noise. Low base dia kuat sangat,"
"Errr.. awak maksudkan low frequency ke?"
Dia garu kepala.
"Noise tu ayah saya kata hearing aids ni lagi kuat, yang tadi lagi okay. Disturbance noise tak kuat sangat. Low frequency tu maksudnya apa?"
"Low frequency ni macam bunyi aircond. Bunyi vacuum ke, kan macam bising sikit. Erm, saya tak tahu lah low base engineering tu sama ke dengan low frequency yang saya maksudkan,"
Aku ketawa. Kan macam sorang cakap lain, sorang faham lain.
"Dia kata yang ni dengan yang tadi, yang ni okay. Over amplified,'
"Ha? Kuat sangat ke? Uncle, bunyi suara saya kuat sangat eh?"
"Eh. Taklah. Ayah saya suka yang ni,"
Aku kerut kening.
"Kejap. Dalam bidang saya, over amplified tu maknanya saya bagi gain terlalu tinggi. Maksud dia bunyi terlalu kuat jadi ayah awak tak selesa dengan bunyi yang dia dengar. Tapi, saya tak tahulah kalau engeneering maksudkan apa,"
"Oh. Lainlah. Saya maksudkan, dia suka sebab dia dengar suara saya jelas. Bukan kuat sangat,"
Ketawa besar lagi. Itu baru dua dialog. Sepanjang sesi tadi, lepas aku tahu dia ambil engineering aku mula pakai aje gunakan term-term audiologi yang memang ada bunyi fizikal sikit. Senang aku tak pening kepala otak nak fikir ayat paling sesuai. Sekali kau, teruuuuussss....! Sorang cakap lain, sorang faham lain. Sorang tanya lain, sorang explain lain.
Big sigh!
Itulah kan kalau soon-to-be engineer bercakap dengan bakal audiologis. Bagai jaws dan helang! Bagai pokok dengan bayam. Bagai udang dengan ayam. Eh? Kena mengena?
p/s: Sini ada cerita bola menarik!!! Hik hik hik! Sejak-sejak England kalah, paper pun jadi hangaattt!
Pesanan Besar: Sebab tu dalam Islam, penting mengelakkan salah faham. Benda-benda macam ni lah yang kita tak tahu boleh jadi BESAR kesannya! Tak kisahlah keatas pesakit, kehidupan seharian mahupun pemahaman amalan. Paling penting; tiada salah faham dalam AGAMA! Oraittt?
No comments:
Post a Comment