Saturday, May 8, 2010

Terima Kasih

Mama,
Hari ini hari ibu. Adik cuma nak ucap terima kasih sebab lahirkan adik ke dunia walaupun untuk sekejap cuma sebelum nyawa adik mama tamatkan. Adik tetap syukur. Sekurang-kurangnya adik dapat jumpa mama. Tengok mama walaupun sekejap.

Mama,
Hari ini hari ibu. Terima kasih sebab letakkan adik tepi kawan-kawan semut, sebelah kucing kurap, depan anjing liar. Terima kasih mama. Kecil lagi mama dah kenalkan adik dengan binatang di dunia. Mama ajar adik, bunyi lalat, ngiauan kucing, gogongan anjing. Indah. Bunyi angin malam juga indah. Tapi mama, sejuk! Sejuk sangat!

Mama,
Hari ini hari ibu. Terima kasih mama. Tapi adik nak cakap adik lapar. Adik nak bagitahu adik takut. Malam gelap. Semut. Semut tu gigit adik. Sakit. Mama mana? Baba?

Mama,
Hari ini hari ibu. Terima kasih mama. Adik tidak tahu menjerit untuk bagitahu adik sakit. Sakit dingin malam. Sakit gigitan lipas. Tapi mama, sakit lagi malaikat tarik adik pergi.

Mama,
Hari ini hari ibu. Terima kasih mama. Kenalkan adik pada dunia. Terima kasih mama. Letakkan adik pada syurga berbinatang menunggu makanan. Terima kasih mama benarkan adik pergi sekarang. Jalan adik lurus ke syurga. Tanpa hisab. Tanpa seksa. Tanpa derita. 

Mama,
Hari ini hari ibu. Terima kasih kerana singgahkan adik pada dunia untuk ke syurga sana.

Mama,
Terima kasih, mama. Terima kasih, mama. Terima kasih mama. Adik hanya mahu ucapkan ini. Selamat hari ibu, mama!






p/s: Tak apa. Aku mengucapkan selamat tinggal dengan tenang. Dunia bukan hanya kau sorang.


Pesanan Besar: Anak itu harta. Anak itu aset ke syurga. Kau, aku, kita adakah aset kepada orang tua?

2 comments:

:.Yus.: said...

i miss my mom..walauapn baru je pulang dari kg..huhu

binatang atau manusiakah mereka itu.begitu tega membiarkan anak2 yang tidak berdosa begitu saja.namun gembira sebab confirm tempat anak2 itu di syurga.

dimanakah tempat kita nanti?

INFINITY said...

Hee. I'm soon to go back home. Kan. Kita ni entah kat manalah sesuai. :(