Hajat mahu mengemas segala barang-barang yang tinggal. Menyapu bersih semua kenangan. Kalau tak kerana temujanji dengan pakar tulang, tak perlulah aku kembali semula ke Bandar Kubang Kerian. Namun, takdir tuhan itu mengurniakan satu lagi kenangan untuk memberikan senyuman tatkala kerinduan. Ya. Aku ada kawan.
Dari maghrib bertangguh ke Isyak. Dari Isyak hingga ke 10.30 malam. Maka misi menghantar Ika ke Pasir Puteh sudah menjadi sungguh lewat. Oh, Kubang Kerian dan Pasir Puteh adalah lebih kurang 45 minit beserta pecutan.
Aku rasa tahap pelupa aku melampau-lampau sekarang. Adakah kerana aku makan berekor-ekor udang dengan kepala sekali? Persolan ini timbul kerana aku ternampakan papan tanda Selising. Kemudian Pauh Lima.
"Ika, Pauh Lima?"
"Apsal?"
"Aku rasa ada Pauh Lima ni ada kena mengena dengan aku. Tapi aku tak ingat kenapa. Ke ada kena mengena dengan kita?"
"Tak ada pula,"
"Aku sekolah kat sini dulu. Tak tahulah kalau Pauh Lima tu kampung kawan aku dan aku pernah pergi. Tapi macam familiar Pauh Lima ni dengan akulah. Hmm. Abaikan ajelah,"
Kerana radio rosak maka akulah yang akan menjadi penghibur. Bersabarlah atas sumbangnya suaraku ye semua. Aku nyanyikan lagu kat bawah ni. Entah kenapa aku teringatkan lagu kat bawah ni dan sampai saat ni terngiang-ngiang lagu ni kat telinga. Tipu gila terngiang. Dah memang kau buka youtube taip Kau Dihatiku, Tarzan, lagi mahu terngiang?
Destinasi tiba kau harus tabah,
Ku kan bersamamu bersabarlah,
Di suatu masa ku tahu,
Buktikan bersama, kau...
Di Hatiku!
Sehari suntuk berjalan dan sampai kaki sakit dilupakan. Misi kemas mengemas mari kita lupakan!
p/s: Orang kata kalau kita rindu orang itu, orang tu akan sama merindui kita. Benarkah? Aku selalu terfikirkan ini. Kalau aku teringatkan manusia itu, adakah dia sedang melakukan benda yang sama?
p/s/s: Hospital Serdang, sila ucapkan selamat datang kepada saya. Saya terlalu takut!
p/s/s/s: Punyalah pelupa aku, sampai sekarang aku tak dapat recall kenapa dengan Pauh Lima tu. Heh. Kena makan kismis banyak ni!
Pesanan Besar: Menangislah, DIA ada!
No comments:
Post a Comment