Apa perasaan kau bila kedua-dua evaluator memandang tepat ke mata kau memberikan khabar berita hanya kau satu-satunya gagal dalam OSCE?
"Kalau boleh saya tak nak kena viva. Tapi saya tak naklah kalau saya lulus sebab kesian,"
Menunduk habis tahan panas mata.
"2, 3, 4 dan 5 saya pergi UKM, ada conference. Lepas tu saya balik USM semula, ada appointment ortopedik,"
Tahan air mata.
"Saya nak menangis boleh?"
---
I have no point explaining! I did this before entering the room to be evaluated.
Autumm in USM! Sangat teruja aku melihat semua ini!
---
Dulu masa aku tingkatan satu, aku selalu ikut balik rumah kawan-kawan. Satu hari, aku balik kampung kawan aku. Sebab teruja adalah ada sawah. Sebab tak teruja, ada pacat.
Aku kan mesra alam, mesra bayi, mesra kanak-kanak. Dekat kampung dia, ada banyak budak. Dan budak-budak ni bawak aku merayau-rayau petang tunjukkan buah katak puru yang masam, petik pauh ringan (ringan sangat ke mangga tu?), ajak aku tarik lembu, ajak aku cari pucuk paku, ajak aku mana-manalah yang diorang sempat tarik tangan aku.
Aku layannkan aja dengan satu syarat!
"Lepas ni kita pergi sawah!"
"Okayyy!"
Maka ke sawahlah kami. Aku rasa masa tu aku budak bandar sangat! Heh! Aku jumpa banyak cendawan besar-besar alam jadi dengan teruja aku jerit banyak gila cendawan. Dan haruslah budak-budak itu bersama melayan kejakunan aku. Salahkan Selangor sebab tak ada bendang ye.
"Jomm!"
Gila bangga aku bila beramai-ramai mengutip cendawan besar tapak kaki. Masa tu entah apa aku fikir mak diorang akan masak dengan cendawan tu. Memang semangat gila aku kutip. Oh. Sekejap je, sebab lepas tu aku menjerit ada paaaaaaaaaaaaaaaaaaaacat! Jadi aku duduk jauh-jauh dengan jantung berdegup bagai nak pecah rayu diorang balik masa diorang gila sangat mengutip!
Aku teringat kisah tingkatan satu bila aku terpandang cendawan ni tadi. Tapi cendawan yang itu lain dengan yang bawah ni!
Sekepul cendawan. Heh?
Maka akhirnya kami pulang dengan dua plastik cendawan dan haruslah yang bangga lebih tu aku!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Ya Allah! Bawak balik cendawan TAHI LEMBU ni buat apa???!"
Okayyyy. Fine!
3 comments:
laaaaaa, kenapa tak kutip je cendawan tu???
baru puas makan.........
Aku tak makan. Apsal, kau nak?
Ahaks!
Kamera cikai sahaja Haida. Hee. :D
Post a Comment