Saturday, March 15, 2014

Cinta

Oh Tuhan.
Izinkan aku untuk jatuh cinta.
Kali ini saja—

Dan Tuhan.
Betapa menggunung dosa dan ketidakmampuan.
Aku tetap saja memohon meminta.

Kerana kau Tuhan.
Tidak sekelumit benci pada hamba yang mendamba sahaja.
Tidak ada tiada boleh pada hamba yang mengharap magika tanpa usaha.
Yang membeza.
Hanya masa dan bagaimana.

Oh Tuhan.
Atas dasar kasih sayang maha Pencipta.
Atas kasihannya engkau pada lemahnya hamba.
Atas segala janji-janjiMu yang terus mendengar walau apapun cerita.

Aku pohon rayu meminta.
Kurniakanlah aku—

Cinta.



No comments: