Aku suka bayi.
Kalau kau surh aku cerita pasal bayi sepuluh juta kali pun aku sanggup. Kalau kau suruh aku attend bayi patbelasjutaratusribu kali pun aku rela. Aku tak tahulah kalau perasaan aku ni tak normal ke normal ke, yang penting aku boleh tenung baby tidur tanpa berkelip (statement over) sejam straight. Autism ke apa?
Aku tak tahulah kenapa, tapi bila tengok kaki bibir jari mata hidung yang serba kecik, aku jadi happy satu macam. Tu belum tenung diorang hisap jari sendiri, boleh mengekek tak pasal pasal. Gilo ko apo.
Jadinya, aku suka lepak nurseri. Bila nurse nak amik darah, aku akan pujuk sebab baby nangis adalah sungguh mencabar untuk sistem auditory aku proses. Hhahaha. Aku suka tukar lampin baby (daaaa?), tapi aku just tengok je lah prosedur mandi.
Hari ni, aku buat hearing test macam yang aku biasa buatlah of kos. Ada satu baby aku attend, bernafas satu macam. Aku try dukung dengar, sama. Aku wrap balik elok elok, letak elok elok takut salah letak kepala, sama. Aku perhati hidung, nampak struggle untuk bernafas. In fact, sometimes dia bernafas dengan mulut. Hmmm.
Aku keluar.
"Baby ni nafas berbunyi lah,"
"Iye? Semalam baru lepas suction,"
Nurse tengok. Kena buat suction lagi ni. Aku haruslah excited, sebab ni prosedur baru untuk aku observe. Well, memang bukan bidang aku pun tapi bila berkaitan dengan bayi, dia jadi perasaan lain macam. So aku tengok dengan tekun dari mula prepare hinggalah nak mula.
Tapi........
The moment nurse masuk wayar dalam hidung dalam anak tekak this baby, itulah saat aku berpaling jauhkan diri, menitik air mata.
Tak sanggup.
Itulah hikmah Allah bagi bayi ni memori dia hanyalah jangka masa pendek sahaja. Kalau tak, mesti baby tu benci aku sampai dia tua sebab aku just tengok tak buat apa apa and worse palingkan muka masa dia tengah terseksa disuction.
Allah, sangat adilkan?
"Crying isn't a sign of weakness. Since birth, it's been a sign that you're alive!"
"Crying isn't a sign of weakness. Since birth, it's been a sign that you're alive!"
p/s: Cuba kalau baby ada ingatan jangka masa panjang, orang pertama dia benci, doktor. Kedua, orang yang mengumpat mak bapak diorang masa dalam procedure room. Kekekkekeke.
2 comments:
nak anak sndiri lettew.
Opkossss~
Post a Comment