Banyak orang susah, banyak orang lapar, banyak orang perlukan bantuan. Tapi, banyak jugak orang menipu dengan menggunakan tiga ciri pertama aku tulis. Sanggup palsukan sukar, demi dosa, demi mudah tanpa usaha.
Setelah beberapa kali ayah jumpa manusia guna alasan tiga yang pertama untuk tutup niat busuk kedua, maka ayah lebih berhati-hati.
Setiap kali terjumpa orang yang minta sedekah, ayah aku tanya nak makan tak? Kalau nak makan, ayah aku bawak tapi kalau nak duit, minta maaf. Kau tahu tak, kalau betul betul orang tu susah kelaparan, dia akan nak makan dan dia akan pilih makan.
Petang semalam, ayah aku jumpa sorang lagi tengah jalan.
"Tolong incik, saya lapar,"
"Nak makan? Kalau nak makan, saya boleh bawak tapi nak duit, saya tak bagi,"
"Betul incik, mahu makan,"
"Naiklah,"
"Tapi incik, saya tak pakai kasut. Nanti kotor kereta,"
Aku yang dengar ayah aku cerita, terus sebak. Nak nangis memang tak lah. Jatuh saham hati batu aku. Huuuu. Susah kan jadi orang susah? Sebab tu Islam suruh berusaha, supaya tak susah jauh sekali di hina. Tapi bila senang, jangan lupa daratan. Tuhan nak balas, tak payah tunggu minggu depan.
"Naik. Tak apa. Roti canai boleh?"
"Boleh incik. Boleh. Nak dua boleh incik, lapar,"
I was like, ohhh atas bumi Malaysia bertuah makan melimpah boleh buang buang, ada lagi orang menagih. Kena simpan rasa syukur banyak banyak.
"Boleh,"
Ayah aku cerita, lepas bagi roti canai dan air, orang tu terima kasih sungguh sungguh siap nak sembah kaki (orang ni India), aku terus pandang tempat lain. Jauhkanlah aku dan keluarga aku dari sukar dunia sebegitu rupa.
Pesanan Besar: Orang jahat ramai sangat. Orang jahat berlakon baik lagi ramaaaaaaai. Tapi kalau niat mulia, Insyallah Allah selamatkan. Ikhlas dan istighfar.
2 comments:
Kindness is difficult to give away because it keeps coming back and because it creates an echo in the universe.
Think of the butterfly effect.
Butterfly Effect - Flap of a wing to email
Butterfly Effect - Lorenz
Butterfly Effect - Wikipedia
Post a Comment