Huisho. MC pertama aku ambik sepanjang bekerja. Sungguh menjatuhkan kredibiliti! Lama-lama aku makin rasa aku ni dah near workaholic. Hari Ahad ingat kerja, nak tidur teringat kerja, MC pun ingat kerja?
Parah.
Dulu-dulu, tak, dulu dan sekarang aku suka gila tengok cerita berasaskan medikal. Grey's Antomy, House, Team Medical Dragon, Code Blue dan sebagainya. Rela hadiahkan diri kalau siap esaimen boleh pulun tengok movie straight. Apa punya reward untuk diri pun tak tau. Orang bawaklah diri belanja makan ke hape, ni tadah mata tengok movie.
Pulak tu menyeksa. Satu tangan kamus bahasa, belah kiri ada Dorlands. Sungguh dedikasi hokay.
Hospital tempat aku kerja ni mewajibkan semua pekerja ada lesen Basic Life Support (BLS) dan kena revew every two years. Sebabkan aku perkerja baru haruslah aku dihantar untuk training ni. At first aku gila excited sebab yeay pernah tengok grey's tak sabar nak belajar pulak! Yeay.
Tapi langit cerah tidah sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Ececececeh. Dan dan tu that week, tekak tak selesa. AKu dah boleh agak dah bila jadi macam ni, tak lama lagi datanglah perangai lama paru paru aku tuh.
Sampailah hari ditunggu tunggu, gila enjoy okay kelas tambah tambah doktor cute, terus mencanak naik semangat nak belajar. Asal doktor cerita kejadian medikal, otak aku merewang slot slot dalam drama Grey's Anatomy, tu yang jadi orang dah berhenti gelak aku tak abes lagi sampai doktor pandang tajam, awak kenapa yang lucu sangat?
Kan dah malu. Hahhahaha.
Sampai lah masa praktikal. Ada 4 stesen, dan stesen pertama stesen airway dengan doktor cute. Ololololo. Haruslah aku pilih nak jadi terakhir sebab semua peserta adalah nurses, aku je tergodek godek clinical staff yang bukan nurse. Haruslah tercengang-cengang. Dan dan tu berharap, kawen ngan nurse boleh? Nanti senang hidup nak belajar. Eppp!
Mula mula masuk stesen, berpinar kepala, menatang apa semua ni. Tengok nurse lain buat sambil cuba hafal satu satu. Apa ingat senang?
"Dari department mana?"
"Allied health, audiologist,"
"Lama tak sentuh eh?"
"Tak pernah sentuh pun doktor,"
Mujur doktor cute lagi baik hati bagi attention lebey. Dan dan tu berdoa tolonglah esok aku stesen dengan doktor ni. Tolonglah.
Masuk stesen kedua, CPR; Cardiopulmonary Resucitation. Tercengang kali kedua dapat pulak clinical inctructor sikit punya garang.
"Department mana?"
"Allied health,"
"Hmmm. Sila buat,"
Dan dan tu,
"Bukan macam ni!"
"Head lift and chin tilt,"
"Angkat, chest tak rise pun!"
"Perform jaw thrust skang,"
"I hope you pass tomorrow,"
Aik? Belum exam dah niat nak failkan aku?
Pengsan! Hahhahahhaa. Berdoa pulak, tolonglah jangan dapat examiner ni esok oh please. Dan tolonglah jangan CPR dulu, sebab aku dah start wheezing. Yeay!
Infant CPR nasib perform. Nampak naaa sayang baby lebih. Last stesen, Emergency trolley? Seriously. Oh mana aku nak tahu atropine adrenaline, sekalian drips, intubation punya benda, cannula tak cannula, entah apa tube, ambu bag, ryles tube? Pengsan kali kedua.
"Department?"
"Allied health,"
"Mesti tak biasa kan?"
Haruslah.
Aku duduk bersila lukis satu satu mana letak medication, sekalian jenis mask, tube, lukis okay. Lukis! Malam tu tidur dengan nota macam nak exam zaman sekolah. Bangun pukul 4 pagi study.
Sampailah hari dinanti.
Duk mintak jangan CPR dulu, tapi itulah yang dapat. Lain kali jangan duk mintak sangat. Lemah longlai aku masuk stesen.
You may begin now.
"I'm safe, patient safe, and the area safe from danger,"
Second step.
"Sir sir, are you okay?"
No reply, no breathing.
"Cop!"
Aku yang dapat cardiac arrest dan dan tu.
"Macam mana awak tau tak bernafas?"
"Errr, puan cakap,"
"Macam mana awak cek?"
"Dada dia,"
"Macam ni?
"Macam ni lah,"
"Betul macam ni?
"Macam mana lagi?"
Sumpah aku tak tau mana salah aku. Tak tahan tu menjawab lak aku. -.-"
"Tak payah buka baju?"
Gelak besar besar dalam hati. Pang sebiji atas dahi. Apa ke bengap aku boleh lupa.
"Double three double three, this is Huda, audiologist from 3B, calling for code blue, adult. Repeat, code blue adult,"
"I starting CPR now,"
"One two three........ first cycle,"
"Attaching the defib. Clear!"
Hahahaha. Patutnya kena dua minit sebelum another clear, tapi aku dah semput. Semput okay. Semput sebab kena marah, terkejut, berdebar, semua ada. Patient aku memang mati dahlah kalau macam ni, chest tak naik naik. Sakit hati aku sampai menyumpah bodoh punya patung! Hahhahahha. Ingat semput makin okay rupanya!
"Awak okay?"
"Okay,"
Tadi marah sangat. Dah aku biru nak kejung, baik pula. Kan bagus kalau baik dari tadi.
"Tarik nafas. Stop CPR. Take a deep breath, slow down,"
Hmm. Tak de mood dah aku nak exam. Malu.
Next peads. Nasib okay despite the coughing and wheezing. Next airway stesen; dan bukan doktor cute lagi. Pengsan entah kali keberapa.
"Okay, show me how to handle this patient,"
"I'm going to check the airway, suction and prepare for the ETT tube,"
"What's ETT tube?"
Dangggg!
Aku hapal ETT tube je. ET aku tau apa, eustachean tube kekkekekkee.
"Errrr...,"
"Endo?"
"Tracheal... kut (slow je nih),"
"Yes, now this patient got 60 percent oxygen, show me how to handle,"
"Well, ermm I'm going to change to the high flow mask that with the ambu bag (sumpah tak tahu apa nama lain dia), that can provide up to hundred percent oxygen from 10 to 15 ml,"
"Good,"
"Show me,"
Phewww.
"Now, for semiconcious patient, which tube would you choose,"
"Nasal.... something (slow lagi sebab tak ingat), to prevent gag reflex,"
"Which one,"
Danggg! Haru. Main tengok asal logik, "I think this one,"
"Good,"
Phewww.
"Okay thanks Huda,"
I was like thanks to Grey's Anatomy! Aku boleh jawab sebab aku recall slot dalam cerita tu hokay! And guess what? Guess what?
I passed!
With full mark at airway station and infant CPR! And nearly best for written exam! Yeay! Got the licence now! Heee. Tahniah untuk aku, dah boleh assist doktor cute dah lepas ni. Kekkeekke.
p/s: Pastikan orang kacak je eh cardiac arrest, baru ada mood nak buat CPR. Bahhahaa. Taklah, janganlah. Lagikan buat kat patung dah asthma MC bagai. Orang sebenar entahlah. -.-"
2 comments:
assalam akak. saya baca blog diarisenja. awsome. takde baca semua. adalah beberapa. sampai menangis baca salah satu post akak. tahniah akak akhirnya dapat kerja. dan nak tanya, maccam mana dengan bidang audiologi? okay tak? saya pelajar asasi. pointer sem satu saya teruk, bawah tiga. :'( sekarang sem dua. baru dalam sebulan lebih. mak and keluarga mengharapkan saya menjadi seorang doktor. macam mana ek? sekarang semua kos nak 4.0. saya tak tahu nak hadapi ini semua macam mana, masalah belajar, kawan, muet dan banyak lagi. blog akak memang menaikkan semangat saya, macam manalah baru jumpa hari ni blogakak, yang diari senja, then yang ini jugak, thanks akak, luahan akak di blog membuat saya bersemangat :)
Awak ke yang dari FB? Heee. Akak dulu asasi gak, pointer akak 2.3 lebey je. Parents siap kene panggil kot. Huuuu. Second sem okay siket tapi bila tambah dua tu, tak lepas 3 pun. Dekat Malaysia ni, jadi Dr. orang pandang. Padahal, kerja subhanallah. Tengok niat dulu, tu paling penting. Kalau sebab nama, atau mak ayah suruh tapi diri tak mampu, no point jugak kan. Nak tolong orang ni, ada banyak jalan. Tak semestinya jadi doktor. :)
Cane boleh jumpa blog neh? Well, akak amalkan dhuha. Awak amalkan hari hari, masa cuti sangatlah boleh buat hari hari. Insyallah ada rezeki. Kita tak dapat apa kita nak, tapi apa kita perlu. :)
Post a Comment