Friday, December 9, 2011

Review: Growing Up Bin Laden



"There will be always two sides of flipping coin. Same goes to every story,"


Sejak tahun 2001 ketika peristiwa Pentagon dirempuh, saya sering tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan isteri dan anak-anak Osama bin Laden? Pertanyaan itu menjadi rahsia tersimpan tiada jawapan. Akhirnya saya menemui buku ini setelah 10 tahun menyimpan soalan! 

Growing Up Bin Laden memaparkan bagaimana liku-liku anak-anak Osama membesar dan isteri-isterinya, namun difokuskan lebih kepada isteri pertama dan anak keempatnya dalam buku ini. Kisah benar sebagaimana yang diceritakan oleh salah seorang anak Osama, Omar dan isteri pertamanya, Najwa adalah cerita dari satu pihak lagi yang tidak pernah bersuara didunia. Beberapa fakta telah dilengkapkan/dibetulkan/pandangan tersendiri dilontarkan oleh Jean Sasson penulis buku ini yang juga merupakan penulis bestseller Princess. 

 Teringinkah anda mengetahui bagaimana budaya pergaulan lelaki dan perempuan, suami dan isteri, anak dan ayah dari beberapa negeri timur tengah? Apakah perasaan anda menjadi isteri seorang jutawan kemudian berubah menjadi masih isteri jutawan namun hidup dalam suasana yang bukan seumpamanya. Bagaimanakah seorang isteri membesarkan anak-anak apabila dinafikan segala kemodenan dan perlu hidup luar dari norma alam rumah tangga? Apakah keperitan menjadi seorang anak pejuang, berumahkan istana luasnya, namun terhad langkah merdeka? Pernahkah anda dibesarkan dalam kehidupan dimana perkataan 'tidak', tidak boleh ada dalam kamus hidup seorang anak?

 Jika anda berminat perihal sejarah namun mahukannya dalam bentuk cerita, selamilah buku ini. Jika anda mahu merasakan perit peperangan tanpa perlu melalui pedihnya, hadamilah buku ini!

---

That's the formal part. Actually, aku post review buku ni dekat Nasi Lemak Kopi O which I doubted lah kan depa akan baca. Politik bebs politik. Well, I think otherwise. Kalaulah hidup ni senang bila nak tau kebenaran, sumpah tak kan ada hakim, mahkamah, peguam segala. 

Tapi, nak cari kebenaran ni susah. Gila susah. In fact, kadang-kadang kita rasa betul dah apa yang kita tahu,  alih alih salah? This is life.

Okay Huda, stop talking about life.

Aku jenis manusia (Urgh, I swear I'll stop talking about me me and me despite this is MY blog!), peduli-apa, aku tak boleh benda benda ditindas menindas ni. Aku tak boleh tengok benda benda kejam. Lagikan tengok Saddam kena gantung aku muntah seminggu, ni pulak kalau benda melibatkan bebudak yang aku ada melting point dalam hati once perihal budak budak dibicarakan.

Okay, back to the story.

There was during 2001, aku tingkatan satu, masa tu tengah bercuti sekolah. Aku tengok sorang-sorang tv kat ruang tamu yang out of sudden ada berita terkini. Heh? Berita terkini tengah tengah malam? Normally Berita Terkini TV3 pagi tengahari petang to those wo ask.

Aku macam aa? KLCC kah? Tapi syukur, bukan. Dan sebenarnya aku tak pernah tahu pun menatang apa Pentagon. Kamon beb, masalah dunia belum masuk dalam otak aku. 

Macamlah sekarang masuk.

Tu satu hal. Then, Osama Laden jadi femes. Kontroversi sebenarnya bukan Osama yang buat. Sebenarnya Amerika sendiri kalau tak kenapa 5000 jews amik cuti that day, when the incident happened.

I doubted that.

Well, aku tak nak get attached sangat because apa apa benda yang aku fikir, will lead to nightmares. Yeap. Aku dapat setahun nightmare, repeated bad dreams regarding plane-crashed. Ridiculous, I know. Yeap. I know. Should I complaint or accept the way it happened, to me?

Baru aku baca paper semalam, Afghanistan kena bom kat 8 (kalau tak silap) tempat. Lagi pelik kes mengebom ni adalam dalam kalangan mereka sendiri. In fact, while reading this book, ironi sungguh  bila baca sesama muslim boleh berperang, membunuh.

Then, no wonder muslim tak pernah menang pun zaman sekarang. Really!

Okay, this thing might be a bit controversy but truth is truth, agree to disagree is another thing. Dalam buku ni, ada satu part dimana satu ketua dengan bangganya berkata, kita tanam dadah ni bukan untuk kita, tapi nak jual pada American so biar rakyat jelata depa rosak akhlak, rosak kesihatan.

Ahaaa.. yeap, terkejut gue. Kita asyik-asyik salahkan Yahudi itu ini, tapi bila aku baca kes ni, aku rasa tak salah pun apa yang aku ragu-ragu selama ni. Yang ni judge orang ni begini begini, yang sendiri buat begitu begitu halal pula? Sekali lagi, no wonder Islam tak pernah menang.

Aku perasan kita ni selalu kalau orang kita sokong, kita sokong habis-habisan, lantaklah apa dia buat. Kalau dia buat benda tak betul sekalipun, mati mati kita pertahankan. Sama juga macam orang kita benci. Kalau dah benci, gila gila kita benci. Dia buat baik pun, kita maki. Maki okay lagi. Ni bawak cerita mulut busuk, hati hanyir, tu buat tu ada maknalah tu!

Aku bukan baik sangat, sebab tu aku guna 'kita', termasuk aku sekalilah.

Memang kita tegar salahkan orang lain dari muhasabah diri. Selalu kita dengar sebab Yahudi, muslim perangai teruk. Ni semua agenda yahudilah ni. Muzik, rokok, lalai, semua Yahudi punya pasal. Tu tak termasuk semua ridiculous theory yang geng geng illuminati buat. Tolonglah. Oh come on! Kau yang tak nak ikut agama, kenapa kau nak salahkan orang lain?!

Okay, aku bukan nak menangkan mana-mana pihak. Tak. Al Quran pun dah ada terang-terang tulis (kang ada jugak orang kata aku sesat), tapi, sebabkan kau tak nak ikut agama, jangan tunding jari pada orang lain. Senang senang judge itu ini, padahal sikit pun tak nak cermin diri bila muka tercalit najis sendiri.

Sekali lagi, kalau kita sendiri sayang agama, yahudi buatlah apapun, tak akan goyah. Masalah sekarang, kita sendiri, attitude kita sendiri kena muhasabah balik.

Kan ke kita kena tepuk dada tanya iman?



Haaaa. Iman jawab apa?




p/s: Sebab dah terlampau banyak sangat buku aku dah baca, aku pilih pilih mana aku nak review dan of course, tertakluk pada tahap kerajinan aku. Teheee.

2 comments:

Fatin Sakura said...

I like too... ward pnuh ngn pesakit rr(busy la konon)... virus kat blog i pon blum dijumpai..hesh jelus u. x dpt lg nk hupdate.. sebut pasal buku..dah sbakul buku yg terbeli x baca2 lg... nice kan? buat hiasan...ohoho

INFINITY said...

Haida: Rindu kamu juga! Tak sabar nak dengar full plan kamooo~

Fatin: Buat hiasa pun okay, cantik rumah. Kekkekeke