Kau tahu punyalah susah aku nak hadam bahasa orang puteh. Nak masuk U paling sikit kau kena dapat band 3. Kalau markah band 3 tu paling sikit 129, 129 lah aku dapatt. Pheww. Nyaris nyaris. Kalau tak, takdenya kau jumpa aku kat USM. Syukurrr.
Disebabkan audio dekat hospital aku buat part time ni sangat baru, maka proposal untuk propose barang adalah atas kepala aku. Hadei. Kau ingat senang nak buat proposal pulak tu pakai bahasa omputeh? Aku buat proposal penyelidikan pun dah separuh nazak, lagikan proposa entah apa apa tak tau format macam ni? Lagilah.
Dua hari kot aku mengadap komputer baca segala jenis mak nenek proposal bisnes, klinik, pusat rehabilitasi bla bla bla. Naik biul aku menghadap menghadam.
Smart tak opis aku? Opislah sangatttt! Dahlah sejuk gila sampai nak muntah! Rajin kan aku meja penuh kertas? Percayalah tu semua hanyalah kertas proposal, brochures audio yang aku kena reka, sampah betul takde photoshop kat komputer rumah! Oh, dan segala macam jurnal berkaitan. Tu kau tak tengok lagi lantai kat sebelah kerusi, dah macam tong sampah kertas akademik dah ghupanya.
Mengadap dah berjam jam. Nak reka ayat omputeh, berjam jam lagi. Sampaikan nak buat muka depan, dah sakai dah ayat aku tunggang terbalik. Nasib ada BFF Hakim (dan dan tu kau naik pangkat jadi BFF aku, Hakim! Hahhahaha!)
"Proposal For Adding Audiology Instrument. Betulkan grammar aku, Hakim. Pleaseee.."
"Betul dah tu. Lepas /for/ kena ada /-ing/ kalau verb. Ni proposal apa? Tajuk research ke kau just nak minta tambah instrument?"
"Hee. Tambah instrument,"
"Kalau macam tu bukan ke kau patut tulis Proposing For More Audiology Instrument ataupun Proposing/Request For An Addition of Audiology InStrument?"
"Ooo eh? Yeay! Sedap sikit bunyinya!"
"Memanglah sedap, struktur ayat kau yang tak betul, bukan grammar pun,"
Ketahuilah Hakim, sesungguhnya aku ketawa terbahak-bahak baca mesej kau dan bangga ada kawan yang selalu boleh tolong aku betulkan English. Hhahahha.
Akukan tengah buat kerja part time audiologist, ada satu masalah dengan bilik tu yang menyebabkan aku kena buat aduan. Masalah tak adalah besar, takat bunyi aircond tak de pekaknya telinga kau. Tapi, kalau kau dah pegang title audiologis, tu masalah besar!
Maka turun naiklah aku mengadu. Oh tipu. Orang orang biomed dan maintenace yang turun naik cari aku teheee.
"Cik Huda?"
"Yes. Just call me Huda,"
"We received a complaint that bla bla bla,"
"Yeah. Please come in and hear it yourself. The aircond is quite loud for this room, and I would say all of my patients get distracted, hard to focus hence affecting the test result. It's hard for me to diagnose,"
"Hmm. Yes yes. I can hear that. You can test on me?"
"Sure! You can experience it, so you will know how bad it is,"
Mulakan ujian, sesekali ada anggukan dari pekerja ini. Lega.
"Your english is good-lah. Which school you graduated?"
Aku tersedak. Nak ketawa pun ada. Kalau dia tahu mesej aku pada Hakim, sumpah dia tak puji aku. Hahhaha.
"Oh, Universiti Sains Malaysia,"
"Penang?"
"That's the main campus. For health, Kubang Kerian Kelantan,"
"Baguslah USM,"
HAHAHHAHAHHAH! USM jugak dapat nama! :D
2 comments:
...........................
(terharu kerana nama disebut2 dalam ni)
haha!
Terbaikk. :PP
Post a Comment