Sunday, July 3, 2011

My Hand

Antara kanak kanak yang sentiasa menyentuh hati dan perasaan aku serta tidak pernah gagal untuk membuatkan aku berfikir tentang kehidupan adalah kanak kanak autistik. Autism, pada aku adalah satu penyakit misteri yang selalu buat aku terfikir masa depan mereka nanti bagaimanakah?

Baru baru, aku berada dekat dengan kanak kanak begini. Sangat dekat dan oleh kerana aku tak pernah ada kelas formal teknik mendekati diorang, maka tak banyak yang aku boleh buat melainkan sapaan dan senyuman dan bercakap.

Oh. Aku tak tahu kenapa, kalau dengan kanak-kanak, normal atau tidak, aku sangat percaya dengan perbualan hati ke hati. Mungkin bunyinya agak pelik dan lucu, tapi iya, aku selalu senyum dan bercakap dalam hati. Aku percaya kanak kanak tiada stigma jika kita benar benar ikhlas, mereka tahu.

Mereka tahu dengan tanpa alasan. Tak kisahlah kau cantik ke hodoh ke, mereka melihat hati.

Pada akulah.

---

Untuk seminggu kebelakangan ini, aku sentiasa berjumpa dengan seorang kanak kanak autistik dan tiada apa yang boleh aku lakukan melainkan berbual dari hati dan juga senyuman serta sedikit sentuhan yang dia sentiasa larikan diri.

Selang 3 hari, saat aku tengah sibuk memasang tikar, dia datang mendekati, menarik tangan aku, dan memegang erat.

Tanpa sedikit memandang muka aku, dia eratkan pegangan tangan dan meletakkan di dadanya sebelum melepaskan dan berlalu. 

Jika ini kanak kanak normal, tidaklah aku ralat sangat.







Namun si kecil yang istimewa begini? Hati siapakah tidak tersentuh?

No comments: