Antara benda yang paling aku tak gemar dengan A&E adalah kena masuk kerana sakit selain asthma!
Sebab utama adalah kena tunggu tapi Alhamdulillah, setakat ni kalau kena masuk kerana selain asthma, aku tak perlu tunggu lama sangat. It was either the patients were not too much, or my face as white as cotton wool, and bluekkkkk all the time so the triage counter will allow me to be treated earlier.
Hahahha. Sekarang bolehlah gelak gelak. Masa sakit terjelepek atas katil tak bangun bangun, harapaaannn.
Pheww. Aku rasa A&E dan aku untuk sakit selain asthma sangatlah tak serasi. Sumpah tak serasi. Sungguh tak serasi, sebab aku rasa tempat tu berhantu.
Pertama, asal masuk je, katil persinggahan aku mesti katil yang sama, cube yang sama!
Kedua, kalau kena masuk wad sementara, katil yang sama, sudut yang sama!
Ketiga, sebelah aku mesti orang kemalangan yang kalau tak patah tangan kaki, mesti tak sedar diri. Kalau tak sedar diri, macam macam bunyi aku dengar dan tu dah cukup buat mata aku meleleh ketakutan!
Keempat, yang masukkan IV line aku mesti nurse perempuan dan musibah yang sama akan berlaku setiap kali!
Okay. Bila aku ketakutan macam tu, mesti aku baca ayat ayat Quran dengan mata berair merayu rayu, dan serius aku boleh rasa akan rasa tenang perlahan lahan. Tapi, kejap je la. Huu. Lepas tu takut balik, hailah hai banyak dosa.
Kes IV line tu, aku tak salahkan nurse perempuan tu, tapi aku salahkan boleh tak tolong hati hati masa nak keluarkan jarum dekat tangan aku tsk tsk tsk!
"Adik baring situ dulu eh. Nurse ambil darah kejap lagi,"
Phewww. Doktor sungguhlah lemah lembut. No wonderlah satu pertiga dari kesembuhan seorang pesakit, datangnya dari doktor. Namun, sungguh kasihan sebab baru doktor tu nak cakap sepatah aku lari terlanggar dia cari sinki untuk bluekkkkkkkk.
"Ni parut kat tangan ni parut kena cucuk ke nyamuk?"
"Semua parut kat situ, kena jarum,"
Aku senyum.
Masuk wad pukul 12, pukul 4 pagi barulah habis 2 botol air! Gila lama. Hahhaahaha. Tangan masuk air, mulut muntahkan air. Terbaikkk! Anyway, syukurlah masa sakit ni Allah still hantar kawan kawan tolong masa mak ayah tak ada. Tsk tsk, Aimi Fifah Mika, terima kasih sungguh sungguh. Tolong lap lantai, suap makan, sukat dos ubat, kasi plastik etc etc.
Oh, awak sorang lagi tu pun terima kasihlah rajin layan jawab soalan tambah tambah berkeras suruh menapak ke A&E, jasamu ku kenang. :')
Oh, perkara berhantu nombor 4 tu adalah, bila nurse nak keluarkan jarum saat dah selesai semua, mesti dia tarik sticker yang lekatkan IV line dengan kasar. Tu lah tragedi yang mesti jadi, selalu jadi.
Kasar tu sampaikan jarum terkopak keluar (uish bahasa aku!), dan darah pun membuaklah keluar dengan suara arahan,
"Tekan dik, tekan dik!"
Kesian aku kan? Tsk tsk... Ya Allah sihatkanlah aku, dan jadikanlah ini yang terakhir...
No comments:
Post a Comment