Thursday, June 9, 2011

Tragedy

I was on my way back from night market; which was rarely. When I was safely crossing the road, payoh eh kecek omputeh ni. Hee.

Masa selamat lintas ada basikal ditunggang budak around 8 tahun and dia bawa budak area 3-4 tahun. Tiba-tiba dia berhenti mengejut depan aku dan aku nampak budak yang membonceng menangis selok.

Err.. menangis selok ni macam kau menangis tapi kau permulaan menangis yang suara tak keluar air mata berkerut nafas stop, dan kau tahan sakit sekali. Haa. Macam tulah.

Terkejut aku. Aku bagi plastik makanan dekat adik aku dan aku lari pergi dekat. Abang dia terkejut tengok kaki adik dia tersangkut dalam roda basikal. Aku lagilah terkejut. Buatnya patah, fracture, ligamen putus ke apa. 

"It's okay. It's okay. It's okay. Shhhhh,"

Aku tak sempat stopkan abang dia dari force kaki adik dia keluar so the only thing yang aku boleh buat dulu, tenangkan budak ni yang dah boleh keluar suara menangis; sakit dan terkejut.

Abang dia sapu sapu kaki adik dia tapi makin kuat menangis. Aku tak tahu sakit sebab luka, atau sakit benda lain. Cepat aku tarik tangan abang dia dan tenangkan dan cakap apa yang kita boleh buat. Dia bagi aku ais.

Yeah. Aku teringatkan lutut aku yang kena balut dengan ais 3 hari 3 malam nak kurangkan bengkak so aku try nak dab kan dengan ais but he kept on jauhkan kaki dengan aku jerit tak nak.

"It's okay. It's okay. Kakak tak buat. See, akak tak pegang ais pun. Okay, Adam sakit kat mana? Bagitahu kakak,"

Yeah. His name is Adam. Dan tahniah, dia menangis makin kuat yang buat aku risau. Patah ke? Heee. Nak juga guna /kakak/ lagi, padahal taraf aunty dah. Kekekeke.

Sebab dia menangis makin kuat, maka aku usap belakang dia untuk redakan. Aku rasa dia terkejut, dan aku stranger. Stranger adalah tak bagus untuk kanak kanak, okay. Bila menangis makin kuat, aku jadi gerun semacam. Yeap. AKu tak suka keadaan macam tu because I can't think! 

And aku imagine benda yang tak best, yang teruk teruk; macam patah or fracture instead of being realistic. 

Aku usap dan keep on pujuk everything is fine, he is a good boy, he's doing well. Lama-lama makin slow dan sedu sedan makin jarak jarak.

"Okay. Gooood boyyyyyy. Kakak tengok kaki Adam boleh,"

Mula nak nangis.

"Okay, kakak tak pegang,"

Tangan aku angkat macam nak kena tangkap polis. -.-"
Syukur dia tak menangis.

Aku mula teringatkan Hadiah bila berdepan benda macam ni. Aku pernah tanya dia pasal fracture, pasal patah, pasal inflammation, pasal bruising et cetera. Entah mana tiba tiba minda aku teringat Hadiah pernah cerita pasal compartment syndrome. Aku tak tahulah make sense ke tak tapi menengokkan cara kaki dia terbelit dalam roda basikal tu dan dengan budak umur 3 tahun, everything is possible. At least possible in my mind. Though it won't. Heee.

Tapi sumpah aku takut kalau patah atau fracture.

Just to make thing okay, aku hanya boleh fikir logik je lah buat masa tu.

"Kakak nak pegang kaki sikit je. Tak ada darah pun. Kuatnya Adammmm. Okay, sikit je kakak pegang,"

Thanks god tak panas dan tak merah. Masa ni teringatkan kawan yang pernah assess lutut takut kalau kalau ada inflammation. So, aku rasa tak bengkak.

"Okay, Adam boleh gerakkan ni (jari kaki) untuk kakak tak?"

Dia cuba gerakkan and He did well. Aku tak tahulah apa yang aku fikir ni betul ke tak, tapi yang aku fikir masa tu, kalau ada apa apa berlaku dekat pergelangan kaki dia, dia takkan boleh gerak hujung jari. Simple.

Syukurr.

"Goood boy! Very good boy,"

Aku pandang abang dia.

"Bawa adik balik dan cakap dengan mak eh. Ingat tu, cakap dengan mak ayah,"

Aku pesan, in case something happens later. Who knows?








"Kakak, terima kasih,"

Oh...

4 comments:

Mohd fadzli Tuah 313 said...

salam..

wah!! hebat! Boleh jadi Dr!

Untuk tambahan, kamu boleh tambah advice sebelum mereka pergi,

" kalau adik tu masih sakit, tak boleh tidur, kaki makin bengkak, tak boleh jalan langsung... terus ajak mak ayah ke hospital/klinik.. Jangan tunggu melarat." sebab...

compartment syndrome tk semestinya berlaku terus mendadak.. ada kala ia ambil masa...

Budak kecil, tulangnya juga unik. Greenstick fracture... patah tapi mcm tak patah... tapi nak sembuh senang. InshaAllah..

p/s: ok, kalau silap, maaf, nak study ortho!! lama xbaca!!!!!

Fatin Sakura said...

hebat demo kak huda.... nice thing to do.. yup kurangkan tangisan adalah salah satu perkara supaya kita yang dewasa ni tak panic... barulah boleh check dengan tenang...

INFINITY said...

Fadzli, abang dia 8 tahun kot, hahhahaa.

Jap, logik eh berlaku compartment syndrome yang saya fikir? Saya pakai bantai je semua yang sayang ingat. Betul salah belakang kira. Gabra ohhh~

Kalau awak silap, saya berganda ganda salah. Hahahhaha. :D

INFINITY said...

Fatin, hahahha. Takdelah hebat, cuma I can't think kalau suasana stressing macam ni.

You'll do lot better for sure. You're a nurse! :)