Saturday, June 4, 2011

Over Tau

Tahun ni.. eh, semester ni, ujian bertulis final cuma dua. Dalam masa sebulan exam tu, aku ada dua paper je tahun ni hokay! Apa kau ingat seronok paper dua je? Huh. Paper banyak lagi seronok nak hadap exam sebab ada rasa, wow! I dan nak final exam!

Lagi seronok dari OMG apsal tesis aku tak ada rupa nak siap dan wow kena berdepan dua klinikal exam yang empat kalikena repeat like kau ni kenapa Huda? Nak grad ke tak?

Tak seronok okay! Tak seronok! Lagi lagi kena berendam air mata berbulan bulan macam orang wad lima pun ada. Wad lima budak budak USM tahu apa, kau tanya depa la.

Punyalah tak sedar diri nak exam final, mujurlah kawan aku tag gambar 'Good Luck' exam dekat FB. Nampak nau aktif FB walau nak exam. Masa tu baru, Ya Allah, exam slip tak print out lagi!!

Pfffttt.

Tak ada slip tu berangan la kau jawab exam. Tak de slip tu free free kau dapat F atau fail, eh mari besarkan FAIL! FAIL sebelum bertarung. Eceececeh. Kira macam the biggest loser ah kau tak tulis apa apa atas paper terus dapat F? 

Tapi sangat over first day masuk exam, tengah tengah seronok jawab exam tetiba nampak nota kaki (kenapa nota kaki?) atas meja di celahan slip masuk dewan. Eh? Kertas apa?

Oh kena angkat tangan tinggi-tinggi pastu tercari-cari mana pemeriksa nak datang meja I. Tolonglah jangan yang garang garang sekali ambil nak Prof. M. S yang garang masa first year.

"Nak kertas?"

Tak. Memang jadi sejarahlah aku ambil kertas lebih masa exam. Buat apa? Memang nama aku nak amik paper extra tu tak lah kan. Hahhaa. Sekali lagi nampak sangat kalau nak sepuluh point, sepuluh je lah aku bagi. Memang kertas sentiasa cukup. Lebih tak kurang tak. Cukup cukup.

"Tak. Err, ni.. terbawa masuk nota. Tapi saya tak tengok lagi,"

Dan dan tu datang lecturer lain. Nasib tak kena halau keluar dewan dapat F awal awal sebab euwwww, you cuba meniru ke apa?

---

Kau ingat tu cukup?

Selang dua hari, paper kedua, 3 unit tapi sejam je exam! Sejam. Phew. Pantang betul aku kalau dia cakap kegarisan, sedia, MULA! Tapi aku terhegeh-hegeh cari tempat duduk lagi.

Haila haiii.

Memang Huda lah kan exam pukul 9, 8.45 baru keluar bilik pastu lari lari ala hidustan dan zikir oh I dah lewat I dah lewat! Pastu tak sedar diuntung membebel sendiri, aku tak duduk lagi nak mula. Lepakla, Bro. Lepak tengkorak hang. -.-"

Cari tempat duduk.

Buka kertas isi mana patut. Okay. Done. Done. Done. Jom jawab exam! Cari pensil.

Erk?!
Erk?!
Erk?!

Terus lari keluar dewan cepat mungkin.








Over okay bawak 3 set lecture notes besar A4 paper masuk dewan peperiksaan!

2 comments:

lunarwolf said...

..ahahaha..terbaek..naseb hg xbawak buku cam medical-surgical dak nursing yg tebal alam tue..kalu tak, mmg cari pasai r!!..ahahaha..btw, rindu kamu~

INFINITY said...

Ingat nak buat gitu gaks. Hek. Well, rindu kamu juga. :')