Sunday, June 5, 2011

Genre

Fiction.
Thriller.
Action.
Psycho.


Lain daripada tu ampun banyak banyak memang saya tak tengok saya tak layan saya tak minat saya rasa tak berbaloi saya spend masa tonton. Oh. Comedy, romance atau gabungan dua tu memang lagilah pandang sebelah mata langsung tak terintai. Kalau comedy atau/dan romance digabungkan dengan salah satu dari 4 genre kat atas tu punnnnn, belum tentu saya mahu. Tak kisahlah omputeh ke ommelayu ke. Ommelayu berdooh doohlah saya tak layan.

Tak thrill. Tak berbaloi. Tak ada umph. Eceh.

Ampun.

---

Semalam singgah muktamar Pas jangan tanya sempena apa sebab aku tak tahu aku tak ambil port. Aku layan je dan aku rasional. Okay? Sebab asyik duk kata tak bercampur orang maka aku melayan ajelah. Aku tak berapa gemar tempat sesak, lagi lagi tempat jerit-jerit.

Pertama , aku migraine.
Kedua, aku asthma.
Ketiga, aku psiko diri aku.

Yang ketiga lagi besar kot. Dia kira psikosomatik sebab bila aku tengah tengah manusia ramai, aku jadi bernafasa laju dan dada ketat dan dan tu aku rasa nak pengsan. Sesak. Lemas. Hoh.

Dua kali fikir beb.

Lagikan Alamanda pun aku pening dengan manusia, inikan Wakaf Che Yeh? Tapi iyalah, dah adik beradik perempuan, lepas satu kedai, satu kedai. Lepas satu booth, satu booth. Lepas satu kasut, kasut lain pulak. Lepas satu handbag, handbag lain pulakkkkkkk. 

Ergh.

Dari aku duk cakap sabaaaaaaaaaaaaaar ikut aja, sampailah aku tarik muka. Aku suka je window shopping (eceh!), tinggal lagi aku suka jalan sorang diri. You know, aku spend masa aku sendiri, aku nak spend doplohpatjam pun takpe. Aku nak makan bila bila masa pun tak pe. Aku nak tilik satu beg separuh hari pun takpe.

Eh, melalut habis.

Ahaaa.

---

Makna Muktamar pun aku tak tahu apa sebenarnya. Nama je sekolah arab, nak ingat tu memang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Muktamar Pas ni yang aku ingat dari kecil sampai besar dia ada ceramah, ada Tok Guru, ada gerai macam macam, ada makanan macam macam.

Dan ada kebisingan dan manusia ramai.

Cuma dah besar besar ni, bila aku datang semula, aku lebih dewasa. Dewasa dalam menilai. Dewasa dalam cuba faham tutur kata. Dewasa. Dewasa pada usia dan pemikiran.

Dan cukup dewasa untuk menjadi kreatif. Macam macam permainan juga aku tilik yang diorang jual kat gerai tepi tepi jalan. Dari yang berbunyi sampailah yang bercahaya sampai nak wow tahniah kepada diri sendiri sebaaaaaaaaaaaaaaabbbbbb, asal nampak mainan hah ni patient suka. Nama benda bunyi, pheww ni boleh buat assessement kat patient. Nampak benda bercahaya, hmmmm ni condition patient pun bagus ni.

Like what the heck semua kau nak ingat patient ni, huda? Kau kerja pun tak lagi hokay.

---

"Angah, 11 12 Jun ni ada apa apa?"
"Ada apa apa? Tak ada apa apa eh?"
"Turun eh nanti,"
"Hmm.."

Lari lari cari adik dekat bawah.

"Weh dik, ayah suruh angah turun 11, 12 Jun ni. Turun apa?"
"Kem Remaja. Kau jadi fasi, jadi tutor budak budak tu. Dia nak budak budak lepasan IPT,"

Nganga mulut. Kerut kening.

Aku jadi fasi, jadi tutor?
Aku dulu tuang kem motivasi ada.

Nasib anak jiran kacak baru balik dari Jepun ada join sekali. Boleh cuci mata sambil sambil.






p/s: Eheks.

2 comments:

chanz said...

haha lawak kat part last sekali

INFINITY said...

Yang mana? Yang jepun ke yang eheks? Heeeee. :PP