Sunday, February 27, 2011

This? No Way!

Lagu rakyat yang aku tak akan menyanyi untuk anak-anak (pergh ramai tu!) nanti adalah lagu Bangau oh Bangau. Ye, lagu bangau ni!

Ini bangau. Sekian terima kasih.


Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul.
Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku tak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumpu kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau kenapa tak makan rumput?
Mcam mana aku tak makan, perut aku sakit.
Perut aku sakit.

Perut oh pertut kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.
Kayu api basah


Kayu oh kayu kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku.
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa, katak panggil aku.
Katak panggil aku.

Katak oh katak, kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.
Ular nak makan aku.

Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan?
Memang makanan aku.
Memang makanan aku!



Phewww! Gigih gila nyanyi sambil taip. Kau perasan tak apa yang tak bagusnya dengan lagu ni? Perasan tak? Perasan tak? Perasan tak?

Okay, aku nak kasi annoying sikit.

Perasan tak?
Perasan tak?
Perasan tak?
Perasan tak?
Perasan tak?

Tak?








Sebab lagu ni asyik nak menyalahkan orang je. Huuu. Aku tak naklah anak aku nanti, eh ANAK-ANAK aku nanti salahkan aku bila aku malas masak nasi lenyek campur ayam diorang.

HAHAHAHA.





p/s: Okay, tak lawak.

5 comments:

Fatin Sakura said...

yang penting ular jgak yang kena mengaku!....

DarkArtz said...

wahhhh, kau lukis eh??
cantek...........

btw, versi bangau oh bangau tempat aku ada 'kayu api basah'.......
hehehee........

INFINITY said...

Atin: Tau tak pe. :P

Azahiri: Bukan aku lukis le. -.-"
Kayu api basah? Aaahh macam pernah terdengarlah. Haaaa. Aku edit sat. :P

Nadiah said...

Mr. K nyanyi enjit2 semut kat klinik td lg bes ahaha.

INFINITY said...

Nad: Ahahahhaha. Awat tetiba nyanyi lagu enjit enjit semut? WOW!