Sunday, February 13, 2011

Tidak Sempurna

Taken from Google


Sometimes, the imperfection completes us. Kan?

Macam aku tak makan kulit ayam, kau pula gemar terutamanya yang rangup. So, kita tak membazir. Walaupun aku selalu bising, sakit jantung jangan salahkan aku!

Macam kau suka mendengar, aku pula banyak cerita. Kalau tiba-tiba satu hari aku diam, kau mesti gusar sambil kata, hari ini kau kenapa? Dan aku akan bercerita semula. Sempurna.

Macam kau suka ketawa. Aku suka menangis. Kalau aku bersedih, kau muzikkan suka. Kalau kau ketawa, aku ingatkan air mata. Tidak sempurna yang menyempurnakan.

Kau tak makan seafood. Aku tak makan sayur. Kau ambil aku punya. Aku ambil engkau punya. Bila kau mahu rasa, aku pesan gatal hidung padan muka. Bila aku tolak sayur, kau cakap tak cukup zat sendiri rasa.

Aku cakap jarang tapis. Tak lama nanti aku sesal. Kau cakap susun ayat, sungguh manis sungguh memikat. Bila sesal engkau pujuk, sambil pujuk engkau pesan. Lepas ni silap aku tegur, perlahan-lahan tirulah aku.

Aku pagi mengantuk. Kau malam berjaga. Kelas pagi, aku kejut. Malam study, engkau ingatkan.

Kalau jatuh, engkau bangunkan. Kalau rebah, aku papahkan.





Kalau nanti, kita tak sekali. Ingatkan ini semua. Tak sempurna kita, saling menyempurnakan...


5 comments:

sherypah said...

sama itu serasi..berbeza itu melengkapkan....

aimi said...

tekan butang like like 100x

---zindagi ek safar---

*pergh..aku kagum pd ayat rumet aku. xsangka. xleh lawan. salute2.

INFINITY said...

Lunarwolf: Bersih bersih tau.

Pah: Phewww! Ayaaaat hang!

Aimi: Aimi, nampaknya you tak mengenali rumet mu lagi.. Hee.

FurBall said...

wah..sungguh bermakna kata2 nih..i loike!!!

INFINITY said...

FurBall: Arigator Gozaimasss. :)