Tuesday, February 15, 2011

Salam Kekasih

Kadang-kala kita bukan mahu merungut, jauh sekali sengaja mengeluh. Cuma, ralat manusia biasa, terkadang ada lelah yang ingin kita zahirkan. Justeru mengakibatkan orang memandang itu seakan manusia lemah. Lebih teruk, ada yang menoktahkan disebalik keluhan itu sebagai putus asa.

Kau. Aku. Kita. Mereka. Langsung tak pernah terkecuali. Susah payah kita memang ada beza pada tahap dan lama masa. Mungkin pada aku, susah kau sangat ringan. Namun pada kau, ringan itu separuh nyawa terbang.

Maksud aku, tahap dan kadar beza itu tidak sesempurna hukum fizik. Jelas pada teori dan hasil. Susah kau dan susah aku, adalah ujian iman yang masih bersisa agar bertambah teguh. Ujian iman dari tuhan tanda betapa kecintaan dia pada hamba, langsung tidak pernah sedikir pudar. 

Lantas menerima sukar, adalah sama dengan menerima hadiah. Hadiah cinta dari DIA yang lain bentuknya. Harus ingat, ujian bukan semestinya hanya pada sukar dan air mata. Senang dan tawa juga mungkin antaranya. Maka bersederhanalah untuk setiap cerita perasaan.

Aku suka akan kata pujangga ini.

We have no right to ask when sorrow comes, 
"Why did this happen to me?"
Unless we ask the same question for every moment of happiness that comes our way. 
 ~Author Unknown

Fahamkan? 

Namun aku ulang semula. Kerana kita manusia biasa, keluh kesah juga adalah biasa. Masalah kekal masalah, yang bezanya langkah seterusnya.

Normal manusia akan selalu mengikut manusia yang mereka cinta dan wajib ke atas manusia Islam untuk mencintai Allah dan rasulnya. Dan juga, bukankah normal manusia akan perlukan idola? Sesuatu sebagai contoh, agar mudah faham mudah ikut?

Kerana itu, rasulullah dari kalangan kita. 

Pemilihan idola yang betul akan menghadiahkan spesifik kita. Akan memandu mereka, kita, kau dan aku bagaimana bangun tatkala jatuh. Bagaimana berjalan perlahan seterusnya berlari. Sentiasa kekal dalam laju larian. 

Dan bangun semula, bila diuji rebah kembali.

Ini manusia kuat. Ini manusia gigih. Inilah manusia Allah sayang. Inilah manusia Muhammad cinta.





Aku juga tidak tahu mahu ungkap bagaimana. Kerana, hemat aku sendiri, aku manusia lemah. Iman lemah. Kerap naik turun. Kerap mengeluh. Kerap tidak berpuas hati. Selalu pula bersedih.

Namun, istimewa manusia adalah mereka punya hati yang boleh berubah. Perubahan yang semakin baik, Alhamdulillah. Atau perubahan semakin buruk, Nauzubillah. Kerana itu kita mesti selalu berdoa pada Ya Muqallibal Qulub, agar selalu menetapkan hati pada kebaikan. Atau perubahan yang sentiasa ke arah itu.

Kita mudahkan cerita begini.

Kalau ada ketika, hati kau berajuk hiba. Ingat Muhammad itu pernah ada saat sukarnya. Adakah baginda mengalah?

Jika baginda tidak, mengapa harus kita?

Salam Maulidur Rasul Ya Muhammad Habibi Mustofa...








p/s: Umat Islam harus cemerlang. Hari ini mesti lebih baik dari semalam...


2 comments:

si para para said...

jangan buang masa..siapa kata kita tidak boleh...

INFINITY said...

Kita ada Allah maha kuasa. :)