Friday, February 18, 2011

Ladu. What?

Musim mengundi. Fuhhh. Lepas maghrib terus terlentok, dalam pukul 9 ada orang ketuk. Agak hailaweyh dengan muka terpisat pisat, ingat ke kawan datang ketuk pintu. Sekali.....!

"Akak, maaf ganggu..."
"Takpe takpe. Kenapa ye?"
"Akak tengah tidur ke? Ke akak tak sihat?"
"Tak apa. Penat sikit,"

Mujurlah datang polite. Aku rasa bodoh juga soalan aku tanya dia awak ni Pro-U ke Pro M? Tercengang kejap bila dia cakap calon persendirian. Aik, sejak bila USM ada parti BEBAS? Tak. Tak. Aku rasa soalan aku yang bodoh sangat. Haih. -.-"

Whateverlah.

***

Saya sangat gemar makanan berasaskan telur, lada hitam dan serai. Suka sangat. Oh, dan saya gemar kuih muih manis. Sangat gemar sampai kalau buka puasa Ramadhan mak tak beli/buat kuih manis, mulalah nak memuncung. Sebab kalau puasa makan kuih tak makan nasi tak pe. Memang Kelantan sejatilah.

Ada sejenis kuih ni, manis dan pedas. Actually tak adalah pedas, tapi tak tau the best word nak replace pedas tu apa. So, lets guna pedas ajalah.

Kuih ini dinamakan ladu. As for Indian, ladu is sejenis manisan. But, for Kelantanese (I'm not sure wether other places use /ladu/ as well but yeah, I knew it from Kelantan), ladu is err kuih?

Ladu ni mak saya yang kenalkan. Setiap kali nak balik KL, mak akan kirim ladu. Dan saya berani bet, dalam usia muda remaja saya sekarang, hanya ada beberap kerat je yang sukakan ladu. Saya suka ladu sebab rasa dia manis dan pedas. Saya faham kalau orang tak suka ladu kerana dalam banyak banyak kuih atau manisan, ladu mungkin yang paling bawah dalam carta kerana rasanya yang pelik (I would say it is unik anyway).

Saya pernah bagi pada kawan rasa, oh gigitan pertama sahaja beliau sudah berkerut kening dan keluarkan dari mulut segera. Hee. So silalah bayangkan bagaimana uniknya rasa ladu ini.

Orang tak suka ladu kerana rasa dia yang menyengit. Orang tak suka ladu kerana rasa dia agak berempah. Orang tak suka ladu mungkin warna dan rupanya tak secantik kuih lapis atau kuih kuih yang lain. Dan kebiasaannya hanya orang orang tertentu yang akan makan ladu, mugkin kerana suka, mungkin kerana adat orang lama atau mungkin kerana terpaksa.

Kalau dekat bandar KB, senang nak jumpa atas pasar. Tapi kalau dekat HUSM/Kubang Kerian, agak sukar atau aku yang tak tahu kat mana kedai. So, kalau ternampak, sure aku tak lepaskan peluang. Macam hari ini, terjumpa di pasar malam.  Terus, yeay!

Oh. Kau nak tahu kenapa ladu ni aku kata golongan tertentu je makan? Masa aku nak beli tadi, makcik berusia lewat 40-an tegur.

"Adik, adik makan ladu?"

Sengih.

"Aah,"
"Sedap ke?"
"Errr... tak tahulah kalau orang lain. Tapi saya suka je. Rasalah makcik, sedap,"

Macam biasa. Muka kerut sikit.

"Dik, bukan  ke orang makan ladu lepas bersalin ke? Masa dalam pantang?"

HAHAHAHHAHAHAHAHH.



Ni ladu aku beli tadi. Heaven oh!






p/s: Muka aku macam orang lepas bersalin ke? Ergh!

3 comments:

zarahani said...

khud..ramai ckp camtu..orang dlm pantang bersalin slalu mkn ladu nih..hehehe..but i really like it too!! ngeee..

Fatin Sakura said...

tanpa was2 lagi kak huda...HAHAHAHAHAHAHAHAHA.. saya makan skali stahun je LADU tu...hehe

INFINITY said...

Ain: Sedap kan! :DD Ada geng lagi!

Fatin: Awat sekali setahun je. Any reason?