Since aku warded tahun lepas, sampai sekarang aku rasa tak selamat je. Bukan aku tak percaya sebab memang aku yakin makhluk makhluk begini wujud. Aku abaikan segala luar normal walau hati berdegup kencang.
Aku selalu anggap aku hanya berilusi. Nak sebut halusinasi macam besar sangat je bunyi dia. Kadang-kadnag bila kita selalu terdedah sangat dengan bunyi atau suara tertentu, kita akan selalu terdengar meski bunyi tersebut tidak wujud.
Ambil contoh, handphone kau. Kadang kala kau seakan terasa handphone kau berbunyi atau bergetar, walhal tiada signal mesej atau panggilan masuk pun. Haa, Itulah yang aku maksudkan.
Selalu orang ketuk pintu nak menjual atau meniaga atau whateverlah, jadi lately aku selalu dengar orang ketuk pintu dan haruslah aku terjerit jerit suuruh tunggu sekejap. Bila buka pintu, tak ada orang. Agak ralat. Tiba-tiba teringat pesan kawan jangan buka kalau ketukan itu tanpa salam.
Tapi kalau yang menjerit siap sebut nama aku itu suara kawan baik aku, haruslah aku buka. Namun tiada manusia? Maka siapa?
Okay abaikan.
Ini berlaku malam semalam.
Aku terbongkang masuk tidur sangat awal. Seawal selepas maghrib. Aku pernah cerita bukan, aku perlukan tidur yang agak sempurna. Maksud aku, perlu baca sekurang-kurang bismillah. Aku dan mimpi buruk adalah pasangan serasi. Tak. Aku tak minta mimpi buruk. Siapa nak. Tapi makin lama, aku makin lali kalau setiap hari aku didatangi mimpi yang buruk buruk.
Aku pun tak tahu kenapa. Jangan pelik sebab aku boleh beza itu adalah mimpi dalam tidur aku sejak dari kecil. Sungguh. Aku siap boleh jerit "Huda, bangun! Ini mimpi je!" dalam mimpi. Aku tak tahu kalau aku ada masalah psikiatri, tapi itulah yang berlaku.
Dan adalah sukar untuk membangunkan diri dari mimpi buruk kecuali selepas perkara buruk dalam mimpi tersebut berlaku; kena tikam, jatuh bangunan, kena kejar etc.
Kadang kala aku merayu dengan diri sendiri dalam mimpi supaya bangun. Bunyi pelik? Tidak bagi aku. Orang pertama yang selalu perhati aku tidur, Azah. Dan dia akan tanya aku kenapa tidur selalu kerut kening tak tenang?
Balik pada kisah semalam.
Aku terbangun pukul 3 pagi selepas mimpi buruk. Aku kira mimpi itu hadir kerana aku belum solat Isyak. Oh, aku selalu mimpi buruk kalau aku tak solat lagi, atau subuh sudah melewati waktu. Bila aku terbangun, aku fikir signifikan mimpi aku.
Bilik aku dekat dengan pintu keluar yang setiap malam pakcik jaga akan tutup. Oh, Nuranian pasti tahu bertapa kuatnya bunyi pintu tu ditutup. Okay, pintu tu macam pintu kedai tarik ke bawah bagi yang tak tahu.
Aku mesti mandi dan aku mulakan dengan gosok gigi dan cuci muka.
Tiba tiba pintu berbunyi kuat.
Aku keluar tengok. Pintu tak tutup rapat. Abaikan walaupun tuhan je yang tahu takut aku bagaimana. Pertama, aku takut manusia yang punya keinginan mahu mencuri. Kedua, of course aku takut makhluk yang satu lagi.
Aku tangguhkan niat mandi hingga ke pukul 4. Aku kira pukul 4 dah cukup pagi. Aku masuk ke tandas semula dan sekali lagi kuat bunyi pintu menganggu. Aku keluar sambil berus gigi kat tangan. Ceh, apa ingat berus gigi boleh jadi senjata? Pegang berus gigi tak agak agak macam pegang pisau.
Aku jalan dekat merapati pintu yang tak tertutup rapat. Aku mengintai dari bawah. Tak ada apa.
Terbantut lagi sekali keinginan. Aku sangat takut, tapi aku tak tahu mana datang perangai aku ni kalau takut lagi nak pergi cari tengok.
Aku masuk semula bilik tunggu pukul 5. Sama, bila aku mendekati sinki, bunyi pintu ditarik kuat kembali. Aku keluar mengintai. Tiada apa. Aku teruskan mandi. Dan tiba tiba tandas depan bilik mandi di flush. Aku lega. Sangka aku ada manusia dah bangun.
Terus aku buka pintu mahu pastikan.
Teka apa?
Tiada apa yang berganjak. Pintu, air bahkan bunyi sunyi dan kuat angin masih sama. Tarik nafas panjang terus mandi dan abaikan.
Aku yang oversensitive-kah?
8 comments:
errr...(buat x pasti dan buat2 x takut)
huda..err..rasenyer..kak huda over sensitive...uhu
Hopefully lah. Huuu. :)
salam...
ahahah.. Seramnya, buatlah novel, nanti saya beli sa!..ahaha
Kalau orang ketuk pintu, sekali.. memang saya tak buka. Kalau dua kali, pasti tak buka juga. sampailah dia bagi salam atau greet. Haha.. maklumlah, saya dan rumate memang malas nak buka pintu... dan surelah pintu bilik saya sentiasa dikunci 24hour jika saya seorang dalam bilik tu. Sebab, saya memang tak suka orang masuk bilik terus buka pintu tanpa beri salam atau tanpa ketuk pintu.
huhu~ dahla hida baru je abis tengok cerita paranormal ni. bezanya, kita Islam. so, tawakallah pada Allah. baca ayat2 pendinding. even dalam hati (kalau kat toilet la. insyaAllah ok. semoga baik-baik sahaja. :)
Fadzli: Tak ada kerja eh nak buat novel seram. Wuu. Satgi tengah syok tulis, mulalah tak pasal pasal benda bukan bukan jadi. Hee.
Hida: Best ke cerita tu Hida? Huda ada tapi tak pernah rasa nak tengok. -.-"
Insyallah. Tu lah, dahlah Huda jenis bangun pukul 4-5 pagi. Susahlah kalau takut nak pergi tandas. Ergh!
jgn pandang belakang...hehe..jgn tegur bnda mcm ni..buat don know je..hehe..-->
http://aliefcmoi.blogspot.com/
Uishhh seram nye entry ni.. dah la saya tgh baca time awal pagi bute camni hishhh..
Aliefcmoi: Huu. Insyallah tak ada apa.
Faizal: Tak adalah seram mana. :)
Post a Comment