Tak boleh! Sebab kalau (tengok sebut juga perkataan kalau) membayangkan perkara ini sepatutnya tak terjadi, itu tak sepatutnya berlaku, dia jadi macam tak redha. Kan?
Macam satu kisah ni.
***
Satu masa dia tak kenal langsung lelaki ini. Tapi nak dijadikan takdir, masa terlibat dalam satu kerja, satu saat dia dalam susah. Maka mula melilau cari manusia untuk dibantu, tiba-tiba lelaki ini muncul. Dengan penuh senyum manis, dan mengerti betapa lelah penat dia dari pagi ke malam membuat kerja, dia menghulurkan tanya, apakah boleh dia bantu?
Oh!
Namun terdetik, apakah tidak mengapa? Dengan jujur dia bertanyakan soalan yang terkeluar dari hati.
Jawab tenang penuh hikmah buat dia rasa selamat. Maka marilah membantu saya, penat lelah ini tidak seberapa, cuma saya mengejar masa yang menghambat cepat. Lantas saya terlupakan akan ia. Dan terlupa akan asas diri.
Dalam perjalanan pergi, dia bersandar mahu terlelap. Namun destinasi lebih cepat tiba.
Hingga hari itu, dia melihat mulia lelaki ini. Meski ada beberapa nista, dalam hati dia, bantuan itu menenggelamkan segala. Dia bukan jatuh cinta. Dia hanya arghhh!
Pada satu hari, ditakdirkan Ilahi dia terlupa sejenak kerana diketuk masuk manusia topeng dalam hidup. Bahagia. Seketika.
Namun yang seketika itu, menjadikan semuanya tidak lagi seperti sebelumnya. Kalau dulu, saat dia buntu, ada satu nama boleh dia cari. Kalau dia nampak manusia ini runsing, dia cepat bertanya kalau boleh dia kongsi. Meringan beban, saling memberi, saling membantu.
Mahu membalas budi mana mungkin, kerana budi di bawa mati.
Cuma, sesaat yang sekajap telah membawa lari mesra yang pernah tercipta. Hingga kini hanya mengintai jauh mengagumi. Hendak didekati semula, mungkin tidak biasa. Sekali menyesali, kalaulah sesaat itu tidak kemari, pasti bukan begini jadi. Namun itu hanya memburukkan cerita, mencarik rasa.
Maka menerima redha atas hikmah pasti ada.
Yang jelas, lelaki yang dikagumi itu, kini mucul, meniti selalu... di alam mimpi. Kalau mahu dekati, selembah hati dia sanggup beri. Kalau bukan, pergi jauh jauh jangan datang lagi.
Sakit juga mengagumi.
***
Fuhhh! Karya!
Sumpah woh aku rasa sakit oi membina kagum. Kadang-kadang buat kerja gila kagum orang sampai password tukar segala ikut ejaan satu satu nama siap ada nama ayah. Hua hua hua.
Ahhh cerita lama!
1 comment:
29928.....56341
Post a Comment