Sunday, November 21, 2010

Selamat Bertunang

Maaf, gua tak ambil gambar. Itupun gua dah separuh hampir nak naik angin kena paksa pakai baju kurung cantik cantik. Ergh!

Aku memanglah tak pernah nak kisah bab bab ni walaupun ahli keluarga sendiri. Entah. Walaupun aku sangatlah mudah nak jatuh hati terutamanya kalau mereka itu kacak lagi baik hati dan mengambil berat, terus cair meleleh leleh hati. Hahhaha. Tapi, namanya nak ambil tahu siapa bakal ipar duai ni memang tak lah. Hoh.

Mungkin, satu hari nanti.

Aku rasa memang sikap dan sifat perempuan begitu. Ececeh terus salahkan sikap dan sifatlah kan.

Punyalah aku tak faham kenapa, sampai bila berborak dengan jiran jiran aku tanya soalan; aku rasa agaklah tak berapa nak cerdik.

1. Bertunang pun kena buat hantaran ke?
2. Lelaki pun sarung cincin juga ke?
3. Kalau tak bertunang, tak boleh ke?

Heh. Susah betul perjalanan nak kahwin.

Apapun, selamat bertunanglah kakanda ku. Jangan lupa belajar masak sedap sedap kemas rumah rajin rajin. Hee.






p/s: Hampeh betul bila semua jiran datang rumah nampak muka aku satu soalan je available, "Angah sihat dah? Kaki okay?"

Nampak sangat budak lembik cesss! :P

4 comments:

hanisah said...

haha..sape yg x cair meleleh klw ade org kacak lg baek ati lg mengambil berat? i like~~ muahahaha..

lunar wolf said...

..cair gak r~..ahaha

INFINITY said...

Hanisah: Euwww! Jangan ambil I punya. :PP

Lunar: Hekhekhek! :P

Cik Lala said...

kakak ko dh bertunang ke?wahhh! congrate utk dia.tak lame lagi ko plak laa.hehe