Tuesday, November 2, 2010

Saya Rakyat Kelantan

Hatred is the feeling that never be better! So, vanish it!

Entah bila nak cerita perihal kenangan manis semanis madu sampai hari ni tak boleh berhenti senyum! Kenangan manis sungguh bila Kelantan buat pertama kalinya berjaya mendapat wow PIALA MALAYSIA! Sungguh hebat berpuluh tahun berusaha hari ni dapat akhirnya!

Sanggup oh menapak ke desa Murni kerana pengalaman menonton bola ketika Piala Dunia sungguh tak menarik. Apa kelas tengok bola kaku macam kayu? Bila nak gol bunyi mencicit je keluar! Huh! Tak semangat bola langsung! 

Maka, terpaksalah aku menapak ke Murni mengelakkan pisang berbuah dua kali tak boleh menjerit bersama sama! Ini Kelantan bertanding wehhh. Bukan Belanda apatah lagi Spain! KELANTAN!

Walaupun ada yang mempertikaikan kewarganegerian aku, atau kata lain mereka jeles barangkali aku dilahirkan di Kelantan dan membesar di sini dan mungking berkahwin dan beranak pinak di sini? Hahaha. Ops. Pertikaian mereka tidak mampu menghancur luluhkan semangat aku jerit jerit sorak suara serak bertambah serak bila Kelantan aww tiba tiba buat kejutan sumbat gol kedua!

Terus peluk rakan sebelah. Tskkk! Kita berjaya! Eh, kaukah yang bermain?

Juga haiiii susah dinafikan kekacakan penjaga gol mata sepet muka jepun yang telah berkali kali menyelamatkan gawang dari membiarkan Negeri Sembilan cuba cuba nak mengutip gol kemenangan. Eh, no way! Penjaga gol yang sungguh kacak itu nampaknya tewas menyelematkan gol penalti lalu membenarkan N9 kutip satu kosong! Namun sepakan penalti apalah nak dikata? Jejaka kacak ini mempertaruhkan kiraan yang silap bila cuba menyelamatkan sudut kiri sekali piungggggg tendangan kanan! Cis! Main main N9 ni.. haippp!

Heks.

Walaupun separuh masa pertama I terpaksa mengaku naik angin juga sambil jerit woii apasal kau main lembab sangat??! Lagi nak hangin bila striker tak jaga padang asyik kosong tambah sakit hati tengok bola golek golek tak ada orang sambut? Aiii nak gol ke tak nak ni?

Terpaksa juga berbekeng dengan rakan sebelah sambil berkata dan meragui apakah Kelantan berlatih atau tidak? Ishh! Rasa nak cepuk je! Itu belum tambah pemain berjersi nombor 10 buat spoil setiap kali dapat bola! Heh. Perumpaan kaki bangku amatlah sesuai digunakan ketika ini!

Geram sampai rasa nak jumpa jurulatih eh encik tolonglah turunkan Akmal Rizal ni ganti nombor sepuluh keluaarrr! Apa kes dapat TUJUH KALI SEPAKAN SUDUT untuk separuh masa pertama tapi ketujuh-tujuh sepakan itu dirugikan begitu sahaja! Ish, ini memang tak patut!

HAHAHAH.

Namun kecewa itu terbalas apabila separuh masa kedua barulah boleh digelarkan ini memang RED WARRIOR yang kita cari! Yeeeehhaaaa! 

Permainan semakin sengit. Cubaan demi cubaan yang jitu untuk bolos gol lawan. Fuhh! Masa ni jantung tak henti berdebar sebab tak sempat nak kelip mata, bola depan gawang maka haruslah jerit jerit okay! Steady! Tendaaaaaanggg! Ceh, tak masuk!

Tak apa, cuba lagi.

Aku ni dah macam pengulas sukan pun ada dah sekarang kan?

Terharu habis akhirnya Akmal Rizal diturunkan. Hek hek hek. Ini memang pemain gedebe bila baru turun padang, rakan lawan tarik lengan. Bro, apa kes bro? Main guna kaki lah bukan guna tangan. Nama pun bola SEPAK, bukan bola TAMPAR!

Kan dah tak pasal pasal kena gedebukkk dengan Akmal Rizal!

Huaarghhh!

Mungkin ada hikmahnya pemain kacak si Aidil dari N9 itu jatuh cedera. Dan dan tu juga Kelantan sumbat gol. Hehehhee. Dan tak lama tu juga, gol kedua pula! WOW!

Makin terharu bila si pemain kacak penjaga gol terus sujud syukur walau berseluar pendek. Hee. Punyalah bersyukur sampai Kelantan yang menang ke tak menang ke tak cuti terus dapat cuti! FB yang mula mula duk bertahniah sana sini terus bertukar wei esok kelas ke tak? Wei, esok kena gi HKB ke tak? Wei, esok exam ke tak?

Ceittt!

Sudah di beri cuti lagi tanya karang tak jadi baru mengamuk satu USM. HAHAHAHA.

Tak kisahlah ramai juga mengutuk dalam FB marah kitorang bising tak nampak rupa perempuan. Tegur dalam FB suara sampai hujung dunia boleh dengar. Siap perli tak ada orang nak kahwinlah kalau macam ni punya perangai. Hai lah come on. Setahun sekali. Setahun sekali! Memang tak salah teguran tu, tapi ada ke orang tengok bola macam tengok tragedi?

Mungkin kena tengok balik apa akan jadi pada stage of excitement bila adrenaline berlumba-lumba dalam badan. Chill eh. Saya memang tak lemah lembut, sopan santun lagilah tidak ayu ayan. Ampun juta juta. Satu malam je saya sorak macam putus nafas sampai vocal cord abused. Satu kali dalam setahun. Itupun kalau Kelantan masuk semi atau/dan final. Dan dalam empat tahun ni, Kelantan baru dua kali masuk final. Tahun ni dan tahun lepas. Tahun lepas tak sempat sorak pulak tu.

Okaylah sekali setahun dari sorakan Akademi Fantasia setiap hujung minggu sampai saya terjaga dari tidur. Kalau dah bilik dekat dengan TV, kena redha banyak sikilaht kalau sorakan tak kena masa. Oh!

Minta halal eh suara excited saya yang dah termasuk dalam sistem auditori terus ke temporal cortex anda yang terganggu tu eh. Tak baik tau benci benci. Kat atas tu saya dah tepek gambar HATRED tak bagus. Letih letih saya edit. Weeehuu!

Ampun eh! Atas dunia ni ada kita tak suka orang, tapi ada juga orang tak suka kita. Jadi, penyelesaiannya adalah saling menerima dan memaafkan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Hek hek. :)

Apapun TAHNIAH KELANTAN. Tahniah pemainnya. Tahniah juga kepada rakyatnya sebab kekal setia walau dah terlepas satu gol. Kekal tak agresif bakar lori walau haih demo baling mercun baling botol air masuk padang. Heh. TAHNIAH kepada KITA SEMUA atas kemenangan gilang gemilang pertama kali ini!

I love you very the much lah kasi kemenangan ni buat I! Tak sia sia I sokong penuh setia siap menapak berbaju merah tau! Love-lah!





p/s: Dengan ucapan si Khairul Fahmi, penjaga gol handsome itu sudah berpunyakah? HAHAHAH!

3 comments:

Nadiah said...

Aksi Akmal Rizal gedebuk tu paling comel. Heh comel betul tindak balas spontan dia :D

Panjang gila Khud tulis pasal bola?

^^ PinKy_FuNKy ~~ said...

khud!!!!!!!!!!!!!!!!!! suke gile tgok bola ritu...hehe..kite menang!!!! yay!!!!!!!

INFINITY said...

Nad: Panjang sebab Kelantan menaaaang! Hek hek hek. Tahu tak pe, kan dah kena gedebuk sebijik! :P

Reen: Yeay! Tak sia sia suara serak!