Kenapa saya suka belajar dekat library?
***
Perkara pertama saya akan lakukan bila masuk ke perpustakaan adalah pergi dekat sudut mari membaca surat khabar. Konon konon nak dapat mood belajar dengan mengetahui apa berlaku kepada dunia hari ini. Ces. Sudahnya kadang-kadang saya sakit tengkuk sebab ruang membaca surat khabar meja rendah kerusi tinggi.
Hayya!
Kedua kenapa saya suka library, beliau ada banyak buku yang banyak gambar yang buat saya berhenti dekat rak entah mana mana walhal saya nak pergi rak ORL. Saya selalu tergari di rak gigi dan rak psikologi! Huh! Buang masa saya sungguh!
Hari ini belek punya belek setiap mukasurat terpandang satu tajuk dekat bahagian ruang pengomen macam tu lah lebih kurang ada tulis pelajar universiti sukar untuk mendapat bahan rujukan.
Erk!
Mula mula nak juga erk besar besar tapi lepas tu balik dalam rational state semula dan agak nak mengiyakan jugalah. Ada sekali tu pernah pensyarah kata hai pelajar sekarang agak malas nak pergi library. Dia kata masa dia dulu dahlah nak pinjam buku kena tengok dalam satu buku besar nak tahu buku tu wujud ke tak. Pulak tu kena tunggu dekat sebulan untuk proses kalau kalau ada pelajar lain yang tengah pinjam. Dahlah tak ada telefon bimbit untuk orang library hubungi bila buku dah available, maka harus rajin hari hari menapak pergi gedung ilmu dan tanya buku dah ada?
Sekarang?
Kau pergi je dekat mana mana sudut dalam library ada komputer, oh spesifik lagi nama dia Opac Krisalis. Haaa. Kau taip je buku apa kau nak terus tadaaaaaa! Keluar semua siap tahun penerbitan, tukang terbit, nama penulis, no siri semualah ada! Kalau kau nak tahu tu buku library ke tak, kau buka mukasurat 100 mesti ada cop library Perpustakaan Hamdan Tahir. Mukasurat lain tak ada. 100 je ada.
Jangan kau nak bagitahu aku kau tak tahu nama library tempat kau belajar apa. Aku cepuk kang!
Tang mana pula budak tu komen bahawasanya pelajar universiti kekurangan sumber rujukan?
Okay aku iyakan yang ni besar besar!
Aku suka baca jurnal. Kesukaan aku terhadap jurnal boleh mengakibatkan aku duduk depan laptop berjam jam demi mencari dan membaca serta mambazirkan dakwat printer berkati kati untuk print! Tapi bila jumpa jurnal yang memanggil manggil hati sampai meronta ronta nak baca terus dan dan tu, dekat webpage pula keluar:
This journal is available now. Add to cart! Contoh besar lagi; British Journal of Audiology - 19(4):Pages 271-276; Tinnitus in noise-induced hearing loss, Electronic, Individual (access for 24 hours for US $86.00)
Haih! Terbantuk keinginan ilmiah aku. Tengok, eja terbantut pun dah salah. (Kau mesti pusing balik mata nak cek aku eja terbantut betul ke tak kan? :P) Huh.
Belajar sungguh mahal!

No comments:
Post a Comment