Thursday, September 2, 2010

Inilah Kenapa Aku Suka Doktor HUSM

Sebab dah buat janji dengan diri sendiri lepas raya eh bukan kau kata masa Ramadhan lagi kau nak buat ke? Tak. Betul. Yang ni betul! Lepas raya nak start fisio, maka bergeraklah ke ladang ternakan alat senaman dengan muka sepuluh sen sambil berharap, oh encik fisio, tolong jangan membebel dengan banyaknya! 

Okay! Fine. Memang dia membebel dengan banyaknya. Aw! Sambil itu mulut tak berhenti berkata, janganlah marah saya. Janganlah marah saya. Janganlah marah saya. Olololo. Tapi membebel beliau memang terasa seperti tidak direject bahkan beliau terus berkata haa cepat start semula. Strat semula tu bukan lepas raya okay! Start semula hari ni! Ya. Hari ini. KHAMIS, 2 SEPTEMBER!

Tapi padanlah muka siapa suruh kau senyap tak cakap sepatah nak cuti kejap. Folder semua dah tak ada dengan kata lain, kes kau dah tutup. Wah terus rasa macam mahkamah.


"Bila appointment dengan doktor?"
"Heh?"
"Bila?"
"Lambat lagi. Bulan sepuluh kot,"
"Hmmm. Pergi jumpa mana-mana doktor ortopedik, minta refer fisio semula. Folder dah tak ada ni,"


Ololololo lagi. Malas oh!

Dua sebab malas. Saya rasa saya bukan orang yang formal. Tapi bila kena jumpa doktor, saya tak reti jadi informal. Saya akan buat appointment baru, tapi this week doktor doktor dari team yang rawat saya tak bertugas jadi memang tiada gunanya saya buat appointment.

Benci I tau! Errr?

Maka saya pergi ke klinik jua nak buat ala-ala berani just knock and walk in terus, Dr. can you make one referral letter for me to the physiotherapist?

Tapi sungguh rasa tertipu kerana itu bukanlah referral letter yang ku bayangkan ada tulisan tulis, Dear physotherapist, thank you for accepting this 23 year old female who has history of sport injury bla bla bla. Bukan. Bukan.

Ia hanyalah satu form yang hanya perlu kau tandakan sahaja pada mana mana kotak berkenaan. Semudah internet di hujung jari. Eh, apa kena mengena?

Disebabkan tiada doktor maka aku nekad pergi wad berharap jumpa mana mana doktor yang boleh tolong I. Baru keluar lif terus ternampak doktor yang examine aku masa student second year segerombolan ambil kes untuk present depan doktor. Muzium habis.


"Err. Dr., saya Huda. Ada mana-mana Dr. OORU tak dalam wad?"
"Saya tak perasanlah. Kenapa?"
"Ermm, saya perlukan surat referral untuk ke fisio semula,"
"Oh. Saya boleh tolong tapi saya kena pergi OT (Operation Theatre),"
"Tak apalah,"
"Ni saya bagi nombor Dr. Y awak call dia lah. Nanti dia tolong,"


Erk! Erk! Erk! Okay. Aku memang jujur orangnya.


"Tak apa ke Dr.?"
"Kenapa tak boleh?"
"Kan nombor personal. Dr. Y tak marah ke?"
"Tak apa dia okay,"
"Kalau dia busy? Ke patut saya sms je?"
"Tak apa. Tak ada masalah. Call lah,"
"Dr. tak marah? Saya kan patient ni, bukan student?"


Doktor senyum.


"Tak,"


Tarik nafas panjang oh takut!


"Saya pergi dulu ya,"
"Okay. Terima kasih banyak Dr.,"


Termenung aku dekat red square (tempat pelajar melepak study. Aku je melepak yang betul punya melepak, nak pegang buku memang tidaklah). Dekat skrin telefon terpampang besar nombor tapi asal je nak tekan, tak jadi. Takut dia satu macam. Tak apa ke call? Ni bukan kes student-lecturer. Ni kes patient-doctor. Tak apa ke? Dah lah bukan nombor formal. Ni nombor pribadi.

Panjang gila tarik nafas. Dari pukul 11 pagi sampai 11 30. Lama gila decide nak call ke tak.


"Assalamualaikum. Dr. Y?"
"Ya saya,"
"Saya Huda. Saya terjumpa nak minta tolong Dr. Saya terjumpa Dr. S bla bla bla,"
"Okay. Nanti saya turun wad,"
"Errr. Dr., saya bukan dalam wad. Saya normal dah,"


Gila punya gagap sampai keluar ayat saya normal. Apakah?


"Saya boleh tolong tapi saya dalam OT lagi. Telefon semula Esok? Eh, cuti. Rabu? Boleh?"
"Boleh. Insyallah. Maaf ganggu Dr.,"


Rabu datang.

Setengah jam pula decide nak call tak nak call tak nak call tak.


"Awak dekat mana?"
"Dr. Saya student sini je. Dr. cakap Dr. kat mana saya pergi,"
"Datang 2 Zamrud boleh?"
"Boleh. Sekarang?"
"Sekarang pun boleh,"


Lega oh! Itupun lepas medical student convince dan ulang cakap doktor HUSM baik, doktor HUSM baik, doktor HUSM baik.

I would really like to say dari dulu sampai sekarang, doktor HUSM memang baik baik! Sangat baik baik! Setakat aku jumpa hingga hari ini, memang boleh jadi idola! Kalau nak tulis nama satu satu, memang tak cukup spacelah! Okay tu tipu. space kat blogspot ni countless.

Alahai politenya! Terus nak pengsan sambil pesan kat diri, nanti dah graduate, tolong jadi audiologis baik! Sila kenang jasa dan jangan jadi kacang yang boleh bagi jerawat timbul kerana banyak protein itu lupakan kulitnya!

Buat baik dengan orang apatah lagi pesakit sebab pesakit kan orang dalam kesusahan. Buat baik, nanti Allah buat baik dengan kita semula! (Terus rasa nak cepuk diri sendiri sebab susah juga tu nak buat).

Karma weh! 

"Laa. Awak nak ni je ke?"
"Aah. Ni je,"
"Okay nah. Ada lagi yang saya boleh tolong?"



Inilah sebab kenapa aku suka doktor HUSM! Layak kan aku suka?

***

Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbanyak bersahur dan berbuka dengan benda ini. Adakah kesihatan aku makin deteriorate?
Sebijik macam aku punya. Kenapa tak ada inhaler perisa oren ke strawberry ke. Tak pun perisa tomyam campur ke, ayam masak pedas ke? Sedap sikit aku nak addicted lebih lebih. 


Aku nak yang macam ni boleh tak? Cool habis! Sporty gila! Baru kena dengan gaya. Ewaaaah!

Nak bawa dalam beg pun rasa hebat tak rasa orang yang lemah nafas tak cukup. Tak payah nak sorok inhaler jauh terceruk dalam beg sebab malu orang tahu limited access to oxygen due to constriction of bronchiole. Lepas tu bila kena attack duk, Shit mana I letak ni?! Mana?!





4 comments:

tronx013 said...

salam...


Wei... actually, Dr HUSM yang kamu maksudkan tu belum tentu mereka berjiwa USM.. mereka ada yang grad UM, UNIMAS, Russia.. n lain2... Semuanya memang baik2... eheh... Tapi bila kamu tanya mereka, adakah mereka mahukan HUSM as tempat kerja atau digelar sebagai DR USM, banyak yang akan tersenyum... huh, USM? hmmm..USM? hmmmmmmm... boiarlah rahsia..
opss..tu ayat saya... Tapi lebih kurang.. kamu sendiri faham kot... kalau tak faham, sedutlah metered dose inhaler tu banyak sikit or letak serbik kari kat dalam inhaler tu..biar kaw sikit!..

INFINITY said...

Apa wei wei? Hahahhaha.

Saya tak cakap doktor husm berjiwa husm. Saya cuma kata Dr. HUSM baik. Dah dia kerja dekat sini, haruslah saya cakap dekat sini. Kalau saya dapat rawatan dekat KB, saya kata doktor HKB baik. Tak semestinya dia berjiwa HKB. Heee.

Dulu saya nak kerja dekat sini, HUSM tapi sebab saya faham apa awak sampaikan, saya dah berniat kerja BUKAN di sini.

Johor orang baik baik tak? Mungkin boleh ambil angin JOhor nanti? Hahahaahahaha.

tronx013 said...

salam..

huh.. saya pernah panggil Dr tu as dr HUSM ni baik2 la... termasuklah Dr.. leps tu dr tu kata.. sorry, i'm not HUSM dr, I'm KKM Dr(Kementerian Kesihatan MAlaysia)...huh.... terkesima saya.. hmm

Ish.. habislah kalau ada kamu datang johr... haish!!! habis2...

INFINITY said...

Eh. Ye ke? Gerunnya! :'(
Sedihlah pulak.

Apsal lak habis. Saya baik orangnya. Mesti rakyat Johor mengalu-alukan kedatangan saya. Heee. :D