Saturday, August 14, 2010

This is Common Sense

Macam kalau kau nak basuh pinggan. Kalau dekat rumah reti pula kau nak buang sisa-sisa dalam tong sampah yang boleh buat sinki tersumbat dulu. Dekat sini, dah reti makan maggi, kau biar bersepah. Kalau dah tersumbat, habis semua kakitangan kau sumpah seranah membebel-bebel bila repairman nak turun padang baiki? Pandai lak bebel, aku nak guna sinki susah oiii!

Kalau dekat rumah, boleh pula kau buang tisu tandas dalam tong sampah bukan dalam mangkuk tandas lepas tu tak reti nak flush kesian orang lepas tu nak guna kena buat muka dulu.

Kalau dekat rumah pandai sungguh kau buang plastik pad siap balut dulu malu punya hal pada abang ayah adik lelaki. Aiii, dekat sini selamba badak kau lambakkan dalam toilet? Itu sisa-sisa tubuh kau, tak malu pula kalau kawan-kawan tengok? Tak rasa segan makcik tolong cuci lihat?

Hey, kat rumah punyalah cantik kau susun alat alat mandi pinggan mangkuk segala bagai, dekat sini susah benar kau nak jaga kau punya syampu mandian berus ubat gigi letak satu tempat. Selamba kau lambakkan atas ruang sinki. Apa kau ingat senang mak cik nak cuci tandas dengan semua harta benda kau semak atas tu? Oh, kau pandai sebut mak cik tak ada kerja nanti. 

Kau ni BUDAK TADIKA ke PELAJAR UNIVERSITI yang konon gila intelek umur dihujung jari, kau sebut apa tinggg, terus boleh jawab! 

Kalau kau bukan pembersih, jangan nak jadi pengotor tempat awam. Dalam bulan Ramadhan ni makin menjadi-jadi pengotornya. Aduh. Bawa-bawalah sedar diri umur tu dah dewasa oi yang esok esok dah nak jadi mak bapak orang. 

Ni bolehlah nak sebut bodoh ni! Geram aku!

p/s: Eh, korang tak belajar ETIKA ke, gambar PATIENT adalah PRIVATE and CONFIDENTIAL? Agak-agak apa perasaan kau bila bapa kau yang tengah sakit ada dalam internet, yang privasinya hanya tutup mata tapi kalau orang tengok, eh tu bapa X kan?

Ni pun kes LACK OF COMMON SENSE. Kau tak kesian ke kalau tiba-tiba profesyen mulia kau diperkotak-katikkan sebab kurang HUMAN SENSE? Atau kau mungkin tak kisah kau hilang sejuta ringgit bila patient saman atau kau hilang lesen kerja sebab kau boleh jerit YEAY! Aku sudah merdeka!

6 comments:

NadBaik said...

Mujur bulan Ramadhan. Nak marah bising banyak-banyak kena ingat tengah puasa maka level sabar kena tinggi jugak. Tapi memang geramlah yang begitu -__-!

P/s: Saya suka bila Kak Huda mula membebel. Ngeh3.

INFINITY said...

Hahahha. Rasa nak cepuk orang oh bila dahlah kena pakai tandas duduk tapi dalam tu macam-macam khazanah! Oloh.

p/s: Senarai kebaikan tak disangka. Membebl? Agak-agak Prof Din buat muka tak kalau dengar?

Hhahahahha.

tronx013 said...

salam


huhu.. selamatlah saya tak minat makan maggie/mee segera..

hmmm.. samalah apa yang berlaku dekat jiran2 saya ni.. masing2 buat hal!!..

pelik giler, depa yang pandai cakap,pandai berdebat, pandai mengarah,pandai menjaga kebersihan diri,tapi kebersihan tempat awam sesenang je kotorkan... sebab mungkin bukan milik depa..dan ada tukang cuci...


kalaulah tukang cuci itu mak bapak depa?? adakah mereka akan kotorkan...??

haish!!!....

apsal tetiba masuk bab gambar patient pula?? gambar kamu dah termasuk ke? opss.

INFINITY said...

Bengang kan Fadzli?

Mungkin kita patut buat notis habis sinis lepas tu tampal dekat tandas. Tengok hati mana keras macam batu, tak faham bahasa.

Tak kesian dekat orang betul. Apalah guna otak bijak kalau hancur akhlak!

Apalah guna pergi kuliah baju cantik wangi semerbak, kalau bilik bertukar dengan tongkang pecah, lagi teruk attitude budak ilmiah bertukar dengan samseng tepi jalan. Oloh!

Nenek tak pergi sekolah lagi pandai jaga kebersihan dari budak U konon geliga otak!

Of course bukan gambar saya, kalau gambar saya memang saya saman dah!

Sebab geram dengan penulis blog dalam kalangan kita ni lack of common sense main hentaam letak gambar pesakit. Ke korang tak belajar ETIKA?



p/s: Ni sejak bila jadi orang utara? :P

tronx013 said...

salam..

sejak jadi orang pandai la... depa vs diarang... panajng diarang drpd depa.. so i choose depa la.. aisey!!...


oooo.. macam kenal je blogger tu.. huhu.... hmmmm apa boleh buat... hmm..manusia akan timbulkan pelbagai bukti kukuh sehinga kesilapannya akan tertutup... bosan!...


Ya, manusia bergaya ke kuliah, bilik macam tongkang pecah... huhu...

INFINITY said...

Itu pemalas namanya. :P

Tak payah teka siapa, cukuplah peringatan jaga privasi pesakit. :)

Kan? Jangan jadi begitu. Pesan pada diri juga. :D