Saturday, August 21, 2010

Ini Satu Cerita

Well. Kami keluar keluar buang masa eh mengeratkan ukhwah pergi makan buka puasa. Kemudian Pah si Natasha Hudson aww itu berkata marilah kita ke merata-rata, maka entah idea siapa, Wakaf Che Yeh!

Maka aku pun berkata, Wakaf Che Yeh ada durian? Kalau ada, mari!

Tak tak. Aku bukan nak cerita ini. AKu nak cerita bila Aimi dan Ini budak Haida berkata sesuatu tentang cerita oloh lupa dah nama tajuk! Kisah yang tajuk dia buat hati lompat lompat nak tengok!

"Movie ke drama?"
"Drama. 16 episod,"
"Mak aih. Layanlah. Omputeh ke?"
"Korea,
"

Kerut kening.

"Tak naklah,"
"Cerita dia lain Kak Hud wooo,"

Haida semangat cerita yang aku dapat kesimpulan je, cinta tak semestinya memiliki. Aww. Beliau berkata jalan cerita tu perempuan ni dia menasihati dan menunjukkan jalan yang bijak kepada orang yang dia suka (aku suspek rakan baiknya) untuk memikat kawan dia. Hah. Macam tu lah lebih kurang.

Kira macam dia hanya berfikir positif kalau orang yang kita sayang gembira, maka gembiralah kita. Drama sungguh. 

Tapi aku macam eh, tipu sungguh. Tipu. Tipu. Tapi aku tak tengok maka nak menidak tidakkan tu macam tak acilah kan.

"Sebab dia positif Kak Hud, last last lelaki tu balik pada dia. Kira Happy ending lah,"

***
"Kau suka dia ke?"
"Agaklah,"
"Baik tak?"
"Baiklah juga. Comel,"
"Hmm...Agama okay?"
"Insyallah,"
"Hmmm..."
"Kalau kau okay dengan dia baru aku macam boleh suka dia,"
"Eh aku pulak dah,"
"Kau bestfriend aku, kalau kau okay maknanya okay,"

Oi oi oi. Hancur luluh hati oi.

"Aku dah tengok dah, dah try borak. Cunlah. Erm, kira aku bagi green lightlah,"
"Serius weh?"
"Lerrr,"
"Kau tak suka aku ke?"
"Penampar nak?"

Hiba wehhhh.

Krrrrriiiiiing.

"Woi. Aku dah bagitahu dia! Berita baik!"
"Kan aku dah kata dia mesti okay punya. Nak nak lagi tahfiz yang lamar dia,"
"Kaulah ni! Tak pasal-pasal jadi. Happy!"
"Tahniah! Tahniah! Tahniah!"
"Kau tak sedih ke?"
"Sedih,"

Senyap.

"Kenapa?"
"Sebab bestfriend aku orang punya,"
"Sampai mati pun kau bestfriend aku. Kau tetap nombor satu. Kalau ada masalah, aku cari kau dulu. Kalau kau ada masalah, cari aku dulu. Okay? Aku nak suka kau dulu, kau tak nak,"
"Shut up lah kau. Aku report kang. Hahahhaha,"

Bodoh bodoh bodoh! Punyalah happy suara tapi kau menangis. Letak telefon menyorok belakang pintu cengeng empat hari empat malam tapi berjaya berlakon dengan cemerlang yang engkau memang gembira lagi bahagia depan kawan baik kau!

Dan kau percaya, kalau betul maka jangan menghalang. Dia akan kembali. Kalau tidak, biarkan pergi. Yang lagi baik menanti. Itu janji, janji DIA. Ewaaaahhh.

Positif habis sampai tak tahu nak letak mana saki baki luluhan hati itu. Heee.

***

Tapi, Allah tu adil. Bersyukur ending dia tak macam ending cerita itu. Tak seronok. Hahahhaha. Sebab kau siapa nak sedih sedih padahal tuhan dah susun elok jalan cerita hidup kau? Apa kau ingat bagus kau sedih kalau tiba-tiba kau tahu kisah masa depan mak aih kau akan lagi meraung kalau apa kau sedihkan sekarang terjadi nanti.

Tak. Aku tak cakap sedih tu salah. Itu lumrah. Cuma, kan apa yang jadi ada hikmah?

Eh, aku nak cakap apa sebenarnya? Ada pengajaran aku nak selit, cuma dah hilang sebab aku tengok FB terus hilang fokus. Adeh.

Dah dah. Aku ada klinik esok. Selamat malam. Eh, pagi dah?



4 comments:

lunar wolf said...

..oiit2~..aku cerita bersahaja je ye..xda smgt2~..ahahah

..crita dia pasal sorg laki suka ppuan sorng nie..tp ppuan tue suka laki lain..so laki nie tlg ppuan tue tuk bsama ngn laki lain tue..tp dlm process tue laki nie jatuh sayang kat ppuan tue..

..bila laki lain tue kecewakan ppuan tu, laki nie xtry pun nk masuk line..tp keep on make sure ppuan tu xsedih.."..it could have been a chance for me but for you it was pain~"

INFINITY said...

Ye. Ye. Kau semangat. Kau cerita apapun semangat.

Laa. Laki ke, aku ingat perempyuan. Duhh.

Ayat it could been a chance tu dari lelaki kat perempuan or terbalik?

Aww. :PP

lunar wolf said...

..ahahaha..

..L : life doesn't hold only bad things..and not only sad things either..no, its not okay..you must smile..smiling is the only way..

P : you knew everythings? is that y u see kang mo[da laki lain]?..then y didn' u tell me?
P : u should say to me 'the man u're waiting for, is marrying someone else'..wasn't it s chance for u, dong baek?don't you even things like that?

L : it could have been a chance for me, but for u it was pain~

OMG, aku mmg bsemangat!!!~..ahahah

INFINITY said...

Aw. Luluh hati oh luluhhhhh. :PP

S to the E to the M to the A to the N to the G.A.T!