Biar tenang resah di dadaku,
Terimalah serta kabulkan harapan ini,
Oh Tuhan...
***Pernah tak kau rasa keliru hingga kau tak tahu nak telan mana satu sampai kau memilih biar. Biar. Biar! Pernah tak kau sudah mencuba sehabis baik dan kau beusaha untuk diletakkan setaraf akhirnya disalahmengertikan? Pernah tak kau rasa tidak diberi ruang untuk penjelasan bahkan kau dianggap bukan sebagaimana yang kau harap?
Pernah tak kau rasa dari kau mencuba dan hanya dipandang biasa maka lebih baik kau tidak berusaha apa-apa? Pernah tak kau rasa ingin menjerit tapi kau hanya memilih diam kerana jika kau berbuat demikian, engkaulah satu satunya manusia yang akan dilabel lebih teruk dari yang kau sangka? Pernah tak kau bercakap seorang diri dan membayangkan dia di depan akhirnya kau rasa lega seolah-olah kau meluahkan pada dia, yang tiada? Pernah tak kau hanya harap diberi peluang berbicara tapi kata-kata kau dipotong tanpa sempat kau menghabiskan kata?
Itulah dinamakan UJIAN, sayang.
***
Hanya ku harap keikhlasan,
Dan kurindukan keramahan,
Aku inginkan kemesraan,
Berkekalan berpanjangan.
Mengasihimu dikasihi,
Menyayangimu di sayangi,
Merindui dan dirindui,
Saling mengerti dihati.
~Inteam; Kasihku Abadi
~Inteam; Kasihku Abadi
Apa khabar kau, disana?
No comments:
Post a Comment