Thanks to a friend of mine, him yang bercerita perihal eh entah, kalau translate dalam bahasa melayu macam huduh pula bunyinya Emotionally Attached. Korang faham je kan apa maksud dia?
Tadi buat pertama kalinya masuk teater operasi eh operation theater menyaksikan pembedahan pengimplanan koklea. Dulu masuk wad sebagai pesakit, kali ni sebagai tukang tengok. Tiba-tiba terus rasa ngilu lutut bila tengok belkang telinga patient sudah terbuka menampakkan tulang dan ueww, tak sanggup tengok.
Tabiklah pada sekalian doktor yang sampai hati memotong kulit manusia hidup. Fuhh.
Aku kerat kulit tikus pun terketar-ketar!
Itulah, cakap pasal sampai hati ni bukan sampai hati yang kejam atau negatif. Tak. Ini sampai hati yang mulia. Sampai hati yang kalau dia tak sampai hati, maka hidup orang yang lain akan merana.
Haa. Cuba kalau surgeon aku tak sampai hati nak potong ligamen lutut ganti, mahu aku tidur setiap malam pukul empat pagi. Empat pagi sekali dengan guling-guling menangis tahan ngilu okay! Tak comel langsung!
Pesakit dalam OT hari ini, pesakit aku kenal. Kenal dan ada emotionally bonding dengan aku. Kalau dia tak rasa apa-apa pun, aku rasa. Aku kasih dan sayang pada dia. Wah, ayat! Tapi, itu betul! Aku sayang dan sungguh terhibur setiap kali bertentang mata. Ewahhhh!
Jadi, masa aku tengok dia terlantar dibiuskan, dalam hati aku macam-macam cerita. Bukan nak belajar apa yang sepatutnya kau belajar dalam bilik OT yang sejuk itulah kan! Dahlah baju OT gila gabak, boleh muat dua orang dalam tu!
Creditted to Nadiah!
Masa aku tengok dia atas bed OT, aku fikir bila dia bangun nanti, dia menangis sakit tak? Aku yang besar ni pun menangis bila ubat bius dah mula habis, inikan dia. Bila dia bangun nanti, kalau dia takut, macam mana dia nak cerita dia takut? Aku yang besar ni masa takut pun dah hilang punca, inikan pula dia. Bila dia buka mata nanti, macam mana dia nak bercerita. Aku yang dah besar ni pun macam-macam ayat aku nak keluarkan, dia bagaimana? Oh.
Tapi, itulah dia yang dikatakan kawal perasaan tersangkut itu. Atau manage you emotionally attached tu in a proper way.
Kita manusia biasa, mana boleh tidak-tidakkan perasaan kasih sayang saling memerlukan tu.
Cuma, aku belum sesuai membuang emotional yang lebih-lebih sangat tu. Akukan ESFJ.
Tapi ingat, doktor tak boleh macam tu. Nanti pesakit tak sembuh.
No comments:
Post a Comment