Masihkah kau ingat. Entah. Masa aku mengemas bilik, aku terjumpa kenangan ini masa menyapu bawa almari.
Siapa masa sekolah dulu pakai kasut warna putih? Siapa? Siapa? Kasut warna putih tu maksudnya kau memang tak bertuah nak jadi pengawas. Euwww!
Masa kecil-kecil, sekolah cuti Sabtu Ahad. Bila hari Sabtu, mak akan pesan, bila nak basuh kasut? Dan, macam biasa, akan ada banyak alasan yang sengaja dicipta seperti bertangguh untuk melihat rancangan Disney Alam Ria dan kemudian bersambungan dengan pelbagai cerita kartun.
Maka Ahad pun menjelmalah lalu teringatkanlah kasut putih yang kotor belongkos dan cepat-cepatlah cuci dengan berat rasa di hati kerana cerita kartun akan bermula. Heh.
Tiba-tiba hari mendung. Oh!
Mak membebel itu belakang kira, yang penting kasut kering! Mak korang ada pesan tak suruh letak bawah peti ais sebab bawah tu panas sikit? Mak aku suruh. Cuma. CUMA. Letak bawah peti, bila dah kering mesti warna setompok kuning. Hodoh.
Okay. Masa ini kapur kasut sungguh berguna!
Ingat tak? Ingat tak? Ke kau pengawas pakai kasut hitam? Hehhee. Eh, kapur kasut pun ada warna hitam okay!
Ingat tak?
Atau, kau tak ada kenangan macam yang aku ada ni?
4 comments:
ahaha!
sme la! sme la!
plg x ske kasut kaler kuning.
tp nak wat cmne... better kuning dr pkai kasut basah g skolah. huu..
Tak pe. Kapur kasut ada! ;P
ada! kenangan jemur kasut belakang peti ais. pandai je mak-mak kita, kan?
Oh. Hida belakang peti ais eh? Huda bawah. Hhahahhaha.
Post a Comment