Ayah, mak dan aku pergi pasar malam tadi. Aku memang tak berapa nak gemar pergi tempat manusia ramai ni. Aku jadi nak marah orang bila serabut. Apakan daya, mak dan ayah aku mahu pergi ketika pulang ambil aku dari tempat kerja.
Fuhh. Patient sungguh ramai. Yang baik hati ramai. Yang naik angin adalah seorang dua. Terutamanya yang mak dia sakit tak ada apa-apa, tapi mentang-mentang si anak kerja doktor, maka bolehlah pintu tak ketuk naik angin keluar asap marah aku kata jumpa patient lain dulu, walhal mak dia dah tunggu lamaaaaaa. Oloh. Standardlah weh hospital banyak pesakitttt.
Cik kak, tahulah awak doktor tapi dah mak awak datang sepuluh minit lewat dari patient sebelumnya, nak buat macam mana? Tengok jamlah weiii! Mak awak masuk klinik, senyum cakap tak apa saya-faham-pesakit-ramai, yang awak nak over satu macam mentang-mentang pakai nametag ada tanda 'DR.' besar alam sebelum nama tu apa pasal?
Orang lain doktor juga.
Kalau pun nak cepat kenalah tunggu. Polisi. First come, fist serve. Kalau terdesak juga, tak boleh ke sebut tolong-tengok-mak-saya-dulu-boleh-saya-busy. Aku orang berhati manusia lagi. Tak boleh cakap secara POLITE ke? Bukannya aku nak naik angin sama kalau kau nak minta tolong. Heh.
Erghhh!
Eh, aku bukan nak cerita ni. Aku nak cerita kes pasar malam.
Mak aku beli laksa dan kuih. Laksa dia macam gula tertumpah, kuih dia macam makan manisan. Hebat hiperbola kan? Tapi, memang manisssss!
Maka ini dialog yang terbentuk.
Mak kata: "Padan ramai yang masuk kecemasan!"
Aku kata: "Padanlah ramai histeria gula takda!"
Ayah kata : "Padanlah ramai yang kena kerat kaki!"
Aku kata: "Padanlah ramai histeria gula takda!"
Ayah kata : "Padanlah ramai yang kena kerat kaki!"
p/s: Selamat datang, En K.E. Sarkastik habisssss. Hhehehehe.
p/s/s: Azahiri buat kisah ini habis rahsia aku! Kau memang bongeklah! Hhehehehe.
p/s/s: Azahiri buat kisah ini habis rahsia aku! Kau memang bongeklah! Hhehehehe.
2 comments:
gahahahahahaha.........
baris paling akhir dalam entri ni yang best........
baca entri ni aku teringat satu kisah dulu........
masa tu kat hotel, aku pesan telur tiga suku.........
biasanya aku makan telur tiga suku ngan kicap........
tapi masa tu aku terlebih tuang kicap, rasa masin sangat, sampai tak lalu nak makan.......
akak aku pun suh letak gula, bagi neutralkan rasa masin tu.......
aku pun letak le satu paket kecik gula yang untuk kopi tu.........
last2, lepas makan, sakit perut bila balik bilik......
huhuhu........
Kau sakit perut sebab kau banyak dosa. Balasan. Hahhahaahhahaha.
Baris akhir memang bestlah kan kalau dapat nikah. Hahahhaha. Tiba-tiba.
Post a Comment